*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Kata Mahathir, jika ahli UMNO tak hentikan politik wang, maka UMNO akan 
hancur dan runtuh. Tepat sekali tekaan Mahathir kali ini.

Nampak gayanya itulah yang akan berlaku kepada UMNO. InsyaAllah, sifat tamak 
yang ditanam sejak bertahun2 akan menyebabkan pemimpin UMNO tak dapat 
membendung politik wang. Seterusnya menguburkan UMNO dari dalam buat 
selama-lamanya. Masing akan berkata "Ambil sikit jer tak ada kesan kepaa 
UMNO kot." Dari anggapan itu, politik wang akan terus subur dalam UMNO 
hingga ke hari ia rebah kebumi, InsyaAllah.

Itulah kuasa Tuhan Yang Maha Merancang.

Wassalam.

>From: "Concorde" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: <[EMAIL PROTECTED]>, <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: H-Net* "air mata antirasuah Presiden."
>Date: Sat, 25 Nov 2000 04:15:02 +0800
>
>Nov 23, 2000
>
>TANAHAIRKU
>Aman Rais
>
>Air mata Mahathir lagi
>
>Apabila para perwakilan yang menghadiri perhimpunan khas Umno pada Sabtu 
>lalu ditanya apakah acara kemuncak hari itu, ramai yang menjawab "air mata 
>antirasuah Presiden."
>
>Menurut mereka kata-kata Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad - "saya sudah 
>merayu, saya sudah menangis dan saya sudah berdoa dan kini kita meminda 
>perlembagaan parti..." - adalah tanda kekecewaan dan ketakutan beliau 
>terhadap gejala rasuah yang melanda parti itu.
>
>Mereka menerima sebulat suara pengakuan Presiden itu. Mereka juga bersetuju 
>usaha-usaha segera dan tegas perlu diambil untuk membasmi amalan buruk itu 
>yang sedang mereputkan parti Melayu terbesar itu.
>
>Bagaimanapun seorang perwakilan dari Melaka menegaskan: "Air mata emas 
>sekalipun tidak dapat membendung rasuah kalau ahli-ahli Umno tidak 
>menyokong usaha Presiden itu."
>
>Dalam keadaan Umno yang dibelenggu rasuah dan politik wang yang serius 
>sekarang, saya percaya usaha melawan rasuah mesti dimulakan dari atas. 
>Pucuk pimpinan parti dan kerajaan mesti menunjukkan kesungguhan untuk 
>melawan gejala-gejala ini dengan mengambil tindakan tegas terhadap pemberi 
>dan penerima rasuah," katanya lagi.
>
>"Kalau setakat merayu, menangis, beretorik sahaja dan bersandiwara, gejala 
>ini bukan sahaja tidak dapat diatasi, malah akan menjadi lebih teruk. Untuk 
>apa kami mengumpul bukti dan membuat laporan, kalau siasatan dan pendakwaan 
>tidak dijalankan."
>
>Ucapan Dr Mahathir yang penuh emosi berhubung masa depan Umno dan bangsa 
>Melayu serta bahaya gejala rasuah itu tidak akan menyelamatkan parti itu 
>daripada keruntuhan jika beliau sendiri dan kerajaan tidak 
>bersungguh-sungguh memerangi gejala ini.
>
>Kalau beliau dan barisan kepimpinan Umno serius membenci dan memerangi 
>rasuah, mengapa ahli-ahli Umno yang pernah didapati mengamalkan politik 
>wang dipecat daripada parti untuk sementara waktu sahaja?
>
>Bertentangan tujuan pindaan
>
>Selepas tamat tempoh tertentu, pesalah berkenaan memohon menyertai semula 
>Umno dan peliknya, individu itu diterima kembali. Sepatut seseorang itu 
>dipecat seumur hidup daripada parti!
>
>Begitu juga dengan salah laku beberapa orang pemimpin kanan parti dan 
>kerajaan, walaupun kerta siasatan Badan Pencegah Rasuah mengesahkan si 
>polan mengamalkan rasuah, tetapi dia tidak didakwa; sebaliknya terus 
>diangkat menjadi pemimpin parti dan kerajaan.
>
>Nampaknya banyak yang perlu dilakukan oleh Dr Mahathir dan Umno untuk 
>membersihkan semula parti dan kerajaan.
>
>Intipati ucapan perasmian beliau pada pagi 18 November itu jelas sekali 
>bertentangan dengan tujuan pindaan perlembagaan Umno. Pindaan perlembagaan 
>parti tidak menunjukkan ketegasan memerangi rasuah.
>
>Pindaan-pindaan yang dibuat lebih menjurus kepada usaha untuk meramaikan 
>ahli-ahli parti terutamanya memikat golongan muda dan kakitangan kerajaan 
>kumpulan A.
>
>Tindakan jawatankuasa pindaan perlembagaan mencari cara terbaik dan 
>merangka usul memindahkan kuasa memilih anggota Majlis Tertinggi kepada 
>ahli-ahli di akar umbi menunjukkan Umno tidak mahu melepaskan dirinya dari 
>amalan politik wang.
>
>Cadangan awal untuk menurunkan hak pemilihan anggota MT yang kini berada di 
>tangan perwakilan yang menghadiri perhimpunan kepada ahli-ahli di cawangan 
>sebelum ini dilihat sebagai salah satu daripada usaha yang berkesan untuk 
>membendung politik wang.
>
>Bagaimanapun cadangan itu mati di tengah jalan atas alasan ia terlalu rumit 
>untuk dilaksanakan. Maka tinggallah kuasa memilih MT di tangan para 
>perwakilan - lebih sikit daripada 2000 orang itu. Kuasa di tangan 
>perwakilan yang kecil jumlahnya ini memudahkan amalan politik wang.
>
>Undi sebagai modal
>
>Para perwakilan boleh menjadi undi mereka modal untuk tawar menawar bagi 
>mendapatkan habuan untuk diri sendiri atau untuk memenangkan calon 
>kesayangan masing-masing.
>
>Seorang perwakilan dari Johor menyatakan, sepatutnya pindaan dalam hak 
>pengundian anggota MT itu dilakukan kerana apabila ahli-ahli di akar umbi 
>diberi kuasa untuk memilih, politik wang dapat dikurangkan kalaupun tidak 
>dibasmi sepenuhnya.
>
>"Apabila 30,000 atau lebih ahli akar umbi terlibat secara langsung dalam 
>pemilihan anggota MT, tentulah seseorang calon yang mahu menggunakan 
>politik wang akan berfikir banyak kali sebelum melakukannya. Kos untuk 
>merasuah pemilih yang seramai itu tentulah lebih besar berbanding dengan 
>jumlah yang perlu ditabur kepada 2,000 orang perwakilan," jelasnya.
>
>Beliau berpendapat, pindaan-pindaan yang dilakukan itu akan menggalakkan 
>lagi gejala rasuah dan politik wang kerana lebih ramai ahli baru dan lama 
>akan merebut jawatan.
>
>"Orang masuk Umno kerana mahu jawatan, pangkat dan bisnis. Sekarang siapa 
>sahaja boleh dipilih jadi wakil rakyat walaupun baru sehari masuk parti. 
>Mungkin kakitangan kumpulan A akan berebut-rebut masuk Umno dan ini akan 
>menggalakkan lagi lobi-melobi dan cantas-mencantas," tambahnya.
>
>Tambahan pula katanya, perlembagaan parti kini menyerahkan kuasa penuh 
>kepada perhubungan negeri untuk menentukan calon-calon wakil rakyat, ini 
>tentunya akan menghebatkan lagi politicking di peringkat cawangan dan 
>bahagian.
>
>Penyakit rasuah yang dihidapi oleh Umno sangat kronik. Oleh itu usaha 
>memeranginya memerlukan kesungguhan dan kebencian terhadap gejala tersebut.
>
>Air liur dan air mata sahaja tidak berdaya mematikan nafsu terhadap rasuah.
>
>
>--------------------------------------------------------------------------------
>AMAN RAIS adalah bekas wartawan yang pernah berkhidmat dengan beberapa 
>akhbar arus perdana. Beliau meninggalkan kerjaya sebagai "pelapor 
>berita-berita prokerajaan" dan memilih menjadi penulis bebas bagi mencari 
>wadah perjuangan yang lebih terbuka dan berkesan.

_____________________________________________________________________________________
Get more from the Web.  FREE MSN Explorer download : http://explorer.msn.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke