*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamaualaikum,

celoteh Motivasi 260601

Perancang utama Kejayaan
( maknanya atas dunia nih kita kena rancang  mana ada yang datang
bergolek…kalau datang juga kira rezekilah…tapi ada juga kejayaan tak perlu
dirancang ..contoh kalau kita anak PM ( aik..saya tak sebut PM mana-mana)
sebut tentang perancangan teringat pula saya : Kalau kita merancang Allah
juga merancang tapi yang terjadi ialah perancangan Allah)

Anda boleh melakukannya jika anda yakin anda  boleh!"
( yakin nih maknanya percayalah…ooooh gitu…samalah dengan iman ( ya lah sama
tapi tak serupa)..apa kata kalau kita tafsir begini kalau kita yakin kita
boleh ..kita perlu ada iman terutama iman pada qada dan qadar Tuhan, baru
lah kita boleh dalam erti sebenarnya sebab dunia dapat akhirat pun
dapat…tentu tak rugi. Bagaimana pula tak boleh tapi sudah yakin ..yakin
boleh ..tapi tak boleh-boleh juga..yang nih rasa-rasanya tak ingin dibincang
oleh ahli psikologi dan motivasi….sebab kalau bincang mereka bukan lagi
bermotivasi ( kalau anda nak bincang bincang lah…saya tak leh kata apa-apa)

Ini adalah satu kursus mengenai asas kejayaan. ( ooo krusus kursus apa BA,
MA , PhD atau peringkat tadika…ikut lah..asalkan berjaya)

Kejayaan adalah satu perkara yang teramat luas bagi seseorang menyesuaikan
dirinya terhadap suasana yang sentiasa berubah-ubah dan alam sekitar
kehidupan yang bertukar-tukar, dalam suatu semangat keharrnonian dan jiwa
yang tenang serta yakin.
( apa tidaknya ada orang kata ini berjaya tapi orang lain kata tak berjaya
lagi…maka jadi luaslah ia..tambahan pulak dunia berubah-ubah kalau kita bawa
komputer pada masyarakat 1970 an .. tentu mereka tak tahu apa-apa..alam
sekita pula…hisss selalu saja cuaca panas nih macam mana…dekat nak kiamat
ke??? )

 Sifat harmoni diasaskan atas pemahaman daya-daya yang membentuk
persekitaran seseorang.
( salah satu daripada suasana harmoni ialah bila orang tua sayang apda orang
muda dan orang muda hormat pada orang tua….bukannya export( maaf bahasa
kasar sikit)  ke rumah orang tua)

Oleh itu kursus ini pada hakikatnya adalah satu rangka tindakan yang mungkin
boleh membawa kepada kejayaan, kerana ia membantu pelajar-pelajar untuk
mentafsir, memahami dan menjayakan sebahagian besar daya alam sekitar
kehidupan.
( tapi jangan lupa ya dengan pergertia doa ini :
Ya Allah berikanlah kami kesenagan didunia dan kesenagan di akhirat dan
jauhilah kami daripada azab neraka)

Sebelum anda mula membaca dan memahami ilmu yang terkandung dalam Hukum dan
Rukun Kejayaan, anda harus mengetahui sejarah kursus ini.
( Aik…macam kita fiqah pula guna hukum dan rukun….tak payah susah susahlah
sejarah nabi pun tak ingat ..nak ingat kursus ini pula…)

Anda harus menge-tahui dengan tepat apakah yang ditawarkan dan dijanjikan
terhadap mereka yang mengikuti kursus ini pada keseluruhannya dan sehingga
mereka faham dan meyerap mesra akan prinsip-prinsip dan rukun-rukun yang
menjadi asas dan teras kursus ini.
( kalau dijamjikan syurga saya nak…kalau nak bagi duit berjuta-juta tak nak
lah saya takut tak leh jawab di akhirat nanti)

Anda juga harus mengetahui akan batasan-batasan serta
kemungkinan-kemungkinan yang menjadi satu alat bantuan untuk anda berjuang
bagi mendapatkan satu tempat atau kedudukan di dunia ini.
( Hoi..kedudukan dunia saja ke…kedudukan di akhirat tak ada ke…berjuang
pulak tuu..patutnya berjuanglah fisabilillah)

 Jumpa lagi...

Wassalam


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: cikgunik <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke