Ikhwan letak calon wanita di Mesir
Thursday, July 04 @ 11:08:53 MYT


Oleh: Salman Al Munziri, Kaherah
Sebagaimana di Malaysia, gerakan Islam di Mesir iaitu Ikhwanul Muslimun mula
menerima calon wanita mewakili mereka dalam pilihan raya.

Ikhwan meletakkan calon wanita pertama mereka dalam pilihannraya kecil yang
diadakan di Iskandariah baru-baru ini.
Bagaimanapun, mereka belum berjaya dalam percubaan pertama ini.
Pilihanraya kecil bagi mengisi kekosongan dua kerusi Dewan Rakyat di daerah
Ar Raml, Iskandariah, Mesir mengembalikan pertembungan di antara Ikhwanul
Muslimin dengan parti pemerintah.
Sudah agak lama, tidak kedengaran pertembungan di antara kedua-dua belah
pihak. Ikhwanul Muslimin yang ditubuhkan oleh Hasan Al Bana pada tahun 1928
diharamkan oleh kerajaan Mesir pada tahun 1948.
Walaupun diharamkan, mereka terus bergerak di atas nama
pertubuhan-pertubuhan kebajikan, seperti Majlis Peguam, Persatuan Doktor
M! uslim dan sebagainya.
Pada tahun 1954, Ikhwan mula menyertai pilihanraya. Mereka bertanding di
atas pelbagai tiket, terutamanya Parti Buruh dan bebas.
PARLIMEN
Hasilnya, dalam pilihanraya umum Oktober tahun 2000, Ikhwanul Muslimin
berjaya menghantar 17 wakilnya ke parlimen yang mempunyai 444 kerusi.
Pilihanraya berkenaan diadakan untuk mengisi kekosongan 442 kerusi. Manakala
dua kawasan parlimen di Iskandariah tidak boleh diadakan pilihanraya atas
arahan mahkamah.
Ikhwanul Muslimin berjaya mendapatkan arahan mahkamah untuk menangguhkan
pilihanraya di dua kawasan berkenaan kerana menurut mereka, ramai daripada
petugas pilihanrayanya berada di dalam tahanan polis.
Mereka memohon kepada`mahkamah supaya ditanguhkan pilihanraya`sehingga
petugas-petugas`ini`dibebaskan.
Khamis lalu (27/6/2002), pilihanraya`di kawasan`berkenaan diadakan dan ia
menyaksikan pertembungan di antara 24 orang calon. Kawasan-kawasan berkenaan
mempunyai 160,00! 0 pengundi.
Walaupun ditandingi oleh jumlah calon yang ramai, namun calon yang menjadi
tumpuan ialah daripada parti pemerintah dan Ikhwanul Muslimin.
CALON WANITA PERTAMA
Buat pertama kalinya di dalam sejarah, Ikhwan meletakkan seorang calon
wanita. Penyertaan wanita di dalam pilihanraya sebagai calon telah
diperdebatkan hebat di kalangan ulama' Mesir dan dunia Arab suatu ketika
dahulu.
Secara umumnya, mereka membenarkan di dalam keadaan tertentu dan tidak
membenarkan dalam keadaan yang lain.
Calon muslimat itu ialah Jihan Al Halfawi. Seorang lagi calon Ikhwan ialah
Al Muhammadi Ahmad Syed Ali.
Pelbagai catatan menarik berlaku sepanjang tempuh kempen pilihanraya ini.
Ringkasnya, Jihan dan Muhammadi terpaksa bertempur 'tanpa senjata' sedangkan
pihak lawan memiliki segala-galanya.
Menurut Jihan, perayu-perayu undinya tidak dibenarkan menghampiri pusat
mengundi. Bakan wakil calon juga tidak dibenarkan memasuki.
"Hanya saya seor! ang sahaja yang dibenarkan masuk ke tempat pembuangan undi,"
demikian Al Jazeerah memetik Jihan sebagai berkata.
Ratusan pengundi turut didakwa dihalang daripada mengundi.
Tambahnya lagi, pihak lawan telah mejalankan provokasi yang mengakibatkan
penyokong-penyokong Ikhwan dipukul oleh pihak-pihak tertentu.
TANGKAPAN
Wartawan dan juru gambar juga ada yang ditangkap dan dipukul. Perkara ini
diakui oleh wartawan Asociated Press, Sarah Ad Dib.
Al Jazeerah melaporkan, berlaku beberapa pertempuran yang melibatkan
berpuluh-puluh penyokong parti pemerintah dengan penyokong Ikhwanul
Muslimin. Mereka melontar batu di antara satu sama lain.
Sepanjang tempuh pilihanraya, kawasan berkenaan dikawal rapi oleh pihak
keselamatan. Mereka yang ingin masuk ke kawasan berkenaan pasti diperiksa
dengan rapi.
Ramai di kalangan petugas-petugas Ikhwanul Muslimin ditahan polis dengan
dakwaan mengancam keselamatan.
Selain di Iskandariah, penangkapan turut! dilakukan di dua bandar berdekatan,
Damanhur dan Rasheed.
Selain penyokong Ikhwanul Muslimin, wartawan juga turut di tahan. Wakil
Stesen Televisyen Abu Dhabi, Hani Ammarah, 37, beserta dua orang juru gambar
telah ditahan ketika membuat liputan pertempuran yang berlaku.
Polis mengesahkan penahanan 15 orang daripada Ikhwan sehari sebelum
pilihanraya. Mereka didakwa mengapi-apikan ketegangan di antara penyokong
kedua-dua parti dan menggunakan kaedah yang bertentengan dengan
undang-undang ketika berkempen. Mereka ditahan reman selama 15 hari untuk
siasatan.
Pihak Ikhwanul Muslimin pula mendakwa, kebanyakan yang ditahan adalah
petugas-petugas penting bagi calon mereka.
Ternyata, pilihanraya kali ini menyaksikan kegagalan Ikhwan untuk menambah
bilangan kerusinya di parlimen.
HAK ASASI MANUSIA
Sebelum pilihanraya ini, Pertubuhan Hak Asasi Manusia tempatan dan
antarabangsa menganggarkan, lebih kurang seribu orang telah di tahan olehpihak berkuasa.
Pemerhati berpendapat, sekiranya suasana kekalutan ini tidak diperbaiki,
mungkin Jihan adalah calon muslimat pertama dan terakhir bagi Ikhwan dalam
pilihanraya Mesir.
Kebenaran bagi muslimat menyertai pilihanraya sebagai calon diputuskan oleh
ulama' sekiranya suasana mengizinkan.
Sekiranya suasana tidak mengizinkan dan calon terdedah kepada bahaya dan
pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita maka keharusan itu adalah
ternafi.
Dalam masa yang sama para ulama' bersepakat bahwa muslimat tidak dibenarkan
memegang jawatan tertinggi di dalam sebuah negara seperti presiden, perdana
menteri atau sultan (wali al a'zam).
Ini adalah berdasarkan hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Abu
Daud dan beberapa hadith yang lain.
Larangan ini adalah untuk memastikan institusi keluarga tidak terabai dan
untuk memastikan keutuhan sesebuah negara.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture !



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
New! SBC Yahoo! Dial - 1st Month Free & unlimited access

Kirim email ke