Berita // News : Jumlah
Sambut Mahathir Kurang Dari Jangkaan Awal: Akhbar Singapura
hold=0>
Thursday, July 04, 2002 - 04:07 AM GMT



Jumlah orang
yang menyambut pelakon air mata Mahathir Mohamad di Lapangan Terbang Subang
"hanya 3,000 orang", demikian laporan akhbar Straits Times, milik kerajaan
Singapura. Jumlah tersebut meleset berbanding jangkaan awal New Straits
Times iaitu 10,000 orang dan laporan Malaysiakini.com seramai 5,000 orang.
Di antara laman-laman internet, hanya Agenda Daily yang dipercayai mendapat
sokongan fraksi tertentu dalam UMNO tidak melaporkan jumlah yang sedikit
itu. Sebelum ini, sumber UMNO mendakwa boleh membawa "100 atau 200 ribu
orang" untuk mengha! diri "sambutan" terhadap Mahathir itu. Mahathir juga
dikhabarkan mengarahkan Setiausaha Agung UMNO Khalil Yaakob untuk mencari
"200 ribu" orang untuk menyambutnya di Markas TUDM tersebut. Bagaimanapun,
banyak sepanduk dan nasi bungkus terbuang kerana jumlah yang hadir merosot
di luar jangkaan. Sementara itu, wartawan Malaysiakini.com melaporkan
sebanyak lapan bas terdiri daripada pelajar-pelajar empat IPTS sekitar Kuala
Lumpur turut hadir dalam sambutan hambar itu. Sumber pemuda-keadilan.org
melaporkan, mereka diarahkan menghadiri sambutan itu oleh pentadbir IPTS
mereka. Pentadbir IPTS pula diarah berbuat demikian oleh Setiausaha
Pengelola UMNO Tengku Adnan Mansor kerana badan-badan perhubungan negeri
gagal mencari "penyokong" yang cukup walaupun menyediakan wang saku RM50,
makanan dan pengangkutan percuma. Sokongan terhadap Mahathir dalam UMNO
semakin merosot sedangkan perhatian tertumpu kepada mereka yang ingin
merebut jawatan.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 4 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
New! SBC Yahoo! Dial - 1st Month Free & unlimited access

Kirim email ke