*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamualaikum,
Sepertimana yang saya utarakan di dalam email yang lepas , umat Islam mesti berusaha mengujudkan sistem khalifah. Sila rujuk URL ini: http://www.khilafah.com Ianya satu site yang membincangkan kepada perlunya sistem khilafah diujudkan semula. Wassalam aslan adzouli ......................... Dunia Islam perlu khalifah Oleh Roslan Hamid dan Nasir Sudin RAHATABAD (Pakistan), 26 Nov (Hrkh) - Kezaliman kuasa besar dunia ke atas ummah dan negara umat Islam mutakhir ini menunjukkan bahawa sistem khalifah yang terbukti dapat menyatupadukan orang Islam pada masa lampau, wajar diwujudkan semula. Al Sheikh Maulana Rahat Gul Sahib, seorang ulama terkenal Pakistan yang baru kembali dari Afghanistan, berkata sejak kejatuhan Khalifah Uthmaniyah (Turki), dunia Islam tidak ada tempat pergantungan dan mudah diperkotak-katikkan oleh musuh. Sebab itulah, kata beliau, dunia Islam tidak habis dilanda krisis demi krisis (daripada krisis Palestin kepada Bosnia, Kosovo dan kini Afghanistan) disebabkan campur tangan kuffar ke atas negara Islam. Maulana Rahat Gul yang juga Pengarah Markas Uloom Islamia di Rahatabad dekat Peshawar, anggota Suruhanjaya Pembaharuan Undang-Undang 'PATA' kerajaan Pakistan dan anggota Majlis Syura Hamdard, berkata dengan wujudnya khalifah itu, negara umat Islam seperti Pakistan, Malaysia, Arab Saudi dan Indonesia boleh bergantung kepadanya. "Sekarang ini negara umat Islam terpisah antara satu sama lain dan ini memudahkan musuh Islam memecah-belahkan mereka," katanya dalam satu wawancara dengan Harakah di madrasahnya di sini. Beliau berkata sengketa di Afghanistan adalah 'permainan' kuasa kuffar yang tidak mahu wujud sebuah kerajaan yang mahu menegakkan undang-undang Islam. "Sebab itu mereka mengeksploitasi perselisihan pendapat antara kerajaan Taliban dan Pakatan Utara pimpinan Burhanuddin Rabbani yang memaksa pasukan Rabbani memerangi Taliban," katanya. Beliau meminta umat Islam merujuk kepada apa yang berlaku ke atas Turki selepas Barat meletakkan Mustafa Kamal Ataturk sebagai pemimpin negara itu. "Ataturk adalah boneka Barat dan sekarang mereka mahu melakukan perkara yang sama ke atas Afghanistan," tegasnya. Mengenai dakwaan kononnya Taliban terlalu ekstrim dalam pelaksanaan undang-undang Islam, Maulana Rahat Gul memberikan perumpamaan mudah: "Kalau kamu di Malaysia memandu kereta di sebelah kanan jalan raya, itu undang-undang di sana. Di sini kamu mesti ikut undang-undang Pakistan, sama ada kamu suka atau tidak. "Demikianlah dengan Taliban. Kamu mesti ikut undang-undang mereka jika kamu berada dalam negara mereka." Maulana Rahat Gul mendakwa laporan perperangan antara suku-suku kaum Afghanistan seperti Pushtun, Uzbek, Tajik dan Dari, sengaja dibesar-besarkan oleh media Barat sedangkan hakikatnya mereka sudah lama bersatu dalam Islam. __________________________________________________ Do You Yahoo!? Yahoo! GeoCities - quick and easy web site hosting, just $8.95/month. http://geocities.yahoo.com/ps/info1 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: aslan adzouli <[EMAIL PROTECTED]>