*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ KOTA BAHARU, 4 April -- Lawatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ke Kelantan esok diibaratkan sebagai utusan penyelamat ketika Umno Kelantan dilaporkan sedang menghadapi krisis kepimpinan. Ini kerana buat kali pertama selepas laporan seminggu lepas bahawa 12 daripada 14 Ketua Bahagian Kelantan berhasrat untuk menggulingkan Datuk Mustapa Mohamad sebagai Ketua Perhubungan Umno Kelantan bagi memberi laluan kepada muka lain, kesemua ketua bahagian itu akan bertemu dalam mesyuarat badan perhubungan Umno Kelantan bersama Abdullah. Mengikut jadual yang dikeluarkan Jabatan Penerangan Kelantan, Timbalan Perdana Menteri akan menghadiri mesyuarat itu di Jeli sempena lawatannya selama sehari. Sebelum itu, Abdullah akan merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Jeli di Maktab Rendah Sains Malaysia Jeli, di sini sebelum bertemu sejam dengan Ketua-ketua bahagian Umno Kelantan. Mesyuarat itu yang diadakan di "lubuk" Mustapa yang juga selaku ketua bahagian Umno Jeli dijangka dapat menghasilkan formula terbaik untuk Umno Kelantan melepasi kemelut sedia ada tanpa menganggu rentak agenda perjuangan parti untuk merampas Kelantan daripada pemerintahan Pas sejak tiga penggal lepas. Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menyifatkan ada "hantu" di kalangan anggota dan pemimpin Umno yang hanya mementingkan diri sendiri hingga menyukarkan usaha Umno untuk merampas Kelantan pada pilihan raya akan datang. Abdullah juga akan menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan Seri Tumpat di Tumpat, kira-kira 100 Km dari Jeli pukul 2.30 petang sebelum balik ke Kuala Lumpur.
_________________________________________________________________ MSN Photos is the easiest way to share and print your photos: http://photos.msn.com/support/worldwide.aspx ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "nor ain" <[EMAIL PROTECTED]>