KIT SIANG SESALI PENAHANAN EMPAT INDIVIDU

 


PETALING JAYA, Jan 13 (Bernama) -- Pengerusi DAP Lim Kit Siang hari ini menyatakan rasa sesalnya terhadap penahanan empat individu, termasuk dua pemimpin pembangkang, semalam di bawah Akta Hasutan.

Katanya, demokrasi menerima tamparan berikutan penangkapan timbalan pengerusi DAP Karpal Singh, naib presiden Keadilan Marina Yusoff, editor Harakah Zulkifli Sulong dan pencetak akhbar itu Chea Lim Thye.

"Saya tergamam dengan penangkapan dan pendakwaan Karpal di mahkamah kerana menimbulkan tuduhan keracunan arsenik dalam mahkamah semasa membela bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 September 1999," katanya dalam satu sidang akhbar di sini.

Lim berkata penangkapan Karpal lebih berbau politik dari perundangan. Karpal dan Marina, kedua-duanya dibebaskan dengan ikat jamin polis RM5,000 seorang, dijangka dihadapkan di mahkamah esok. -- BERNAMA

blue.gif

Kirim email ke