*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt,

Benarlah kataku ... Ibnu Muhajir dan Rahman pasti
tidak mampu utk memberi jawapan bagi penyelesaian
masalah mimpi sdr Ibrahim.

Sebenarnya Rahman dan Muhajir dan wahabi hanya mampu
membuat TUDUHAN dengan mengatakan ‘golongan
sufi/tareqat mengambil mimpi sbgi SUMBER HUKUM SYARIAT
dan DASAR AQIDAH. Sedangkan mereka sendiri tidak tahu
apa yg dituduhnya. Sehingga sekarang mereka tidak
dapat menunjukkan bukti akan tuduhan-tuduhan tersebut.

Sebagai lanjutan kpd email saya dan sdr Hassan Hj
Abdullah, dibawah saya perturunkan hadis-hadis yg
berkaitan dgn mimpi.

MIMPI
=====
1. Firman Allah maksudnya:
“Dan setengah dari tanda-tanda kekuasaan Allah ialah
tidurmu di waktu malam dan siang”

[Kpd Rahman yg pakar dalil, boleh ulas mengikut kitab
Talbis Iblis atau ulama’ kepercayaan anda?]

2. Abu Hurairah ra berkata: Saya telah mendengar
Rasulullah saw bersabda:
“Tiada tinggal dari kenabian KECUALI al-mubasyirot.
Bertanya (para sahabat): Apakah al-mubasyirot itu?
Jawab baginda : Mimpi yang baik” - Riwayat Bukhari

3. Dari Abu Hurairah, sesungguhnya Nabi Muhammad saw
elah bersabda (maksudnya) :
“Apabila telah hampir hari kiamat maka mimpi org
mukmin hampir tidak ada yg dusta. Dan mimpi seorg
mukmin itu sebahagian drp 1/46 bahagian drp kenabian”
- Mutafaq alaihi.

4. Abu Hurairah ra berkata: Rasulullah saw telah
bersabda:
“Siapa yg melihat aku dlm mimpi, maka pasti akan
melihat aku ketika jaga (atau seolah-olah melihat aku
ketika jaga), kerana syaitan tidak dapat menyerupaiku”
- Mutafaq alaihi

[Soalan kpd Muhajir, sekiranya seseorg mukmin mimpi
berjumpa Rasulullah, dan dlm mimpi tersebut baginda
menasihatkan atau mengajar sesuatu, maka bolehkah
mimpi tersebut diamalkan dan diceritakan kpd org lain]

5. Abu Said al-Khudri ra berkata: Sesungguhnya aku
mendengar Nabi Muhammad saw telah bersabda:
“Jika salah satu kamu melihat mimpi yg disukai, maka
itu dari Allah, hendaknya mengucapkan kesyukuran, dan
hendaknya diceritakan.” Dlm lain riwayat: “Jgn kau
ceritakan kecuali kpd org yg kau sukai”. “Dan jika
kamu bermimpi yg menakutkan, maka itu dari syaitan,
hendaknya kamu berlindung dari Allah, dan tidak usah
dibicarakan kpd org lain, maka tiada bahaya darinya” -
Mutafaq alaihi.

Jadi kpd sdr Ibrahim, diharapkan dapat membuat
kesimpulan yg sewajarnya. Namun jika anda berdusta dgn
mimpimu, mungkin sekadar utk menguji ilmu kami, maka
renungkanlah hadis nabi yg berikut:
Ibnu Abbas ra berkata: Sesungguhnya Nabi Muhammad saw
telah bersabda:
“Siapa yg mengaku bermimpi apa yg tidak dimimpikan,
maka ia kelak akan dipaksa menyambung dua biji sya’ir
(gandum), dan pasti tidak akan dapat. Dan .....” -
Riwayat Bukhari

Ibnu Abbas ra berkata: Sesungguhnya Nabi Muhammad saw
telah bersabda:
“Sebesar-besar pendustaan kalau org mengaku matanya
telah melihat apa yg tidak dilihatnya. Mengaku mimpi
apa yg tidak diimpikan” - Riwayat Bukhari.

So kepada Muhajir dan Rahman (dan netters budiman),
pahamilah bahawa cerita mimpi dikalangan org
tareqat/sufi bukan mimpi main-main. Kerana berdasarkan
nas-nas di atas, nyata mimpi boleh membawa kesan dan
pengaruh yg besar khasnya mimpi para wali, ulama' dan
solehin.

Namun jika riwayat hadis yg sahih dari Bukhari dan
Muslim ini pun anda tak boleh terima, maka nak buat
macam mana. Dah rezeki anda berdua.....

-------Terpulang-------




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.
http://invites.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke