*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kunta Kinte Malaysia ([EMAIL PROTECTED]) -
dari laman web umno kata:

"Zaman berlemah-lembut telah tamat! Bak kata pepatah
 cegah sebelum parah!"  

Beliau ini tak habis2 menjolok pihak2 berkuasa
supaya bertindak kepada penyokong2 pembangkang
yang makan gaji. Dia ingat gaji itu hak mutlak
kerajaan. Dia lupa bahawa semuanya dari Allah.
Terpulanglah bagaimana manusia nak gunakan -
nak mengampu kerajaan zalim macam beliau atau
sebaliknya.

Kata2 diatas adalah contoh kata2 takabbur talibarut2
anti-Islam yg muncul dari dari segenap penjuru. 
Hingga MCA dan MIC pun bukan main rancak sekarang.
Mereka berpakat memusuhi; dari hukum Allah, ke sunnah
Nabi, ke Ulama, ke Mujahidin, ke pelajar, pendakwah,
dll. Sakithatinya terhadap apa2 yg berbau Islam,
hingga nama "Serambi Mekah" pun membuatkan mereka
separuh gila atau gila - disuruh buang nya. Lupa 
rupanya dia, yang nyawa kita ni pun Allah bagi pinjam
sekejap. Tapi dia gunakan untuk mengampu pemimpin2
Zalim yang terang2 melakukan penentangan terhadap
Islam (melalui tulisan2 beliau).

Ya Allah ya Tuhan Kami, kami berlepas diri dari
terpengaruh dan cenderung kepada manusia talibarut
musuh Islam ini. Segala denyut nadi yang manusia ini
buat untuk menentang Islam adalah dalam pemerhatian
malaikat2 Mu, yang pasti akan dibacakan semula di
akhirat nanti.

-------------

Tan Sri Musa Mohamad Perlu Jelaskan Apa Masalah 
dengan Jabatan Pendidikan Kedah? 
   
Kunta Kinte Malaysia ([EMAIL PROTECTED]) 
 
Kalau ada perkara yang perlu dibereskan Tan Sri Musa
Mohamad di Kedah pastinya ia membabitkan Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) Kedah sendiri. 
 
Beberapa bulan lalu kita dikejutkan dengan
kesamsengan seorang guru di Pokok Sena membuat soalan
matematik yang cenderung kepada ideologi pembangkang.
Ini kita anggap selesailah sebab tindakan telah
diambil walaupun kerosakannya tetap ada. 
 
Malangnya, tidak cukup dengan kemunculan cikgu
separuh cerdik itu JPN Kedah terus menimbulkan
masalah baru. 
 
Pada rabu lepas, Utusan Malaysia (15 Ogos 2001)
melaporkan kenyataan Exco Hal-Ehwal Agama Islam
Kedah, Ustaz Fadzil Hanafi, bahawa kerajaan negeri
gagal untuk menganjurkan seminar menangani gejala
sosial di Kedah apabila Jabatan Pendidikan Negeri
tidak memberi kerjasama. 
 
Menurut Ustaz Fadzil Hanafi, JPN Kedah menarik balik
persetujuan awal untuk membenarkan 75 pelajar dari 15
buah sekolah di kawasan Kuala Muda menghadiri seminar
tersebut.  
 
Kegagalan ini bukan sahaja bermakna satu amal makruf
telah dihalang oleh si ‘dungu’ dalam JPN ini tetapi
juga membabitkan maruah kerajaan Kedah dan wang yang
banyak yang telah digunakan untuk menjayakan seminar
ini. 
 
Ini yang kita mahu Tan Sri Musa jawab. Kenapa satu
program kerajaan negeri boleh diperlecehkan oleh JPN?
Apakah mereka ini lebih besar daripada Exco Kerajaan
Negeri yang diamanahkan oleh rakyat untuk
membangunkan negeri?  
 
Kalau program kemungkaran yang hendak dilaksanakan
kita tidaklah marah JPN Kedah hendak halang. Tapi
bila program macam ini pun hendak dihalang kita
nampak terdapat pegawai JPN yang kurang ajar. Apakah
sekarang ini lebih baik kita menyokong pembangkang
dari kerajaan kalau mahu mendapat sebarang
perkhidmatan kerajaan? 
 
Tidak cukup dengan itu, Utusan pada hari yang sama
juga menerbitkan surat pembaca daripada Ahmad Mahzan
yang mendakwa seorang Pensyarah Kanan Institut
Perguruan Darulaman (IPDA) ditukar kerana pensyarah
tersebut melaporkan kegiatan anti kerajaan di IPDA. 
 
Ini Tan Sri Musa kena jawab dengan jelas. Kita tidak
mahu lagi cakap-cakap kosong selama ini. bahawa kalau
kakitangan kerajaan sokong kerajaan secara terbuka
maka ia akan mendapat pelbagai masalah, akhirnya
terbukti benar. 
 
Surat Pembaca Utusan itu juga menyebut dengan jelas
bagaimana seorang pensyarah IPDA mengibarkan bendera
parti pembangkang di laman rumahnya. (saya percaya ia
dalam kawasan kampus IPDA). 
 
Jadi kita hendak tahu kenapa seorang pensyarah kanan
yang sokong kerajaan boleh ditukar menjadi guru biasa
sedangkan masih ramai penyokong pembangkang yang
tidak sehebat mana pun terus menikmati taraf yang
lebih baik. 
 
Apakah kesemua perkara ini membenarkan khabar angin
bahawa menyokong UMNO pada hari ini bermakna bolehlah
menguburkan hasrat seseorang untuk naik pangkat atau
mendapat kerja dengan jabatan kerajaan? 
 
Kalau guru atau pegawai JPN hendak menyokong
pembangkang itu kita tidak ada masalah. Tapi kalau
guru atau pegawai JPN tidak boleh bertindak
profesional hingga menzalimi penyokong kerajaan ini
sudah lebih. 
 
Ini belum kita dedahkan mengenai segelintir pensyarah
Universiti Perguruan Sultan Idris yang secara terang
terangan menghentam kerajaan dalam dewan kuliah.
Memang mereka ini segelintir tapi golongan inilah
yang sedang membentuk guru-guru yang anti kerajaan
dan UMNO sewenang-wenangnya. 
 
Terdapat Guru yang berpengalaman dan melanjutkan
pelajaran di UPSI ingin menentang pendapat pensyarah
ini, tapi mereka pun khuatir untuk meluahkan pendapat
mereka kerana keputusan peperiksaan mereka terletak
di tangan pensyarah-pensyarah ini. 
 
Kita tidak minta Kementerian Pendidikan ambil
tindakan ke atas penyokong pembangkang kerana itu
adalah hak mereka. Tetapi mereka yang menggunakan
segala kelebihan kedudukan mereka dalam kerajaan
untuk menindas, menzalimi dan menggagalkan orang yang
menyokong kerajaan perlu diambil tindakan tegas. 
 
Alasan sukar mengambil tindakan tidak timbul kerana
terdapat pelbagai cara untuk mengambil tindakan.
Kalau hendak seribu daya kalau tidak mahu seribu
dalih. 
 
Saya rasa tidak perlulah kami penyokong UMNO di bawah
ini mengajar menteri bagaimana untuk bertindak. Atau
pun elok pecat sahaja penasihat-penasihat yang tidak
menyumbang apa-apa pun.  
 
Zaman berlemah-lembut telah tamat! Bak kata pepatah
cegah sebelum parah!  

 

-- 

_______________________________________________
Talk More, Pay Less with Net2Phone Direct(R), up to 1500 minutes free! 
http://www.net2phone.com/cgi-bin/link.cgi?143 



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mee goreng" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke