*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Bercakap pasal racun, tadi keluar berita khabarnya pihak Singapore
cakap buah2an siam-mari banyak racun.  Patutlah bila makan buah
mata-miaouw gatal tekak dibuatnya.  Tapi heran sungguh, apasal
boleh lepas kita punya border tapi tak boleh lepas Singapore punya
border. Kita punya definasi tahap keracunan berbeza kot dengan 
Singapore.  Dulu kita punya sayur kena reject dengan mereka sebab
tahap racun terlalu tinggi.  Tapi kita hentam makan sayur tu sampai
juling mata dibuatnya - ministry tak kata apa2 pun.  Haiiyyaa.

Tapi prof_dr_kulubesar kita ni mungkin bermaksud bukan racun
serangga. Mungkin racun politik tu.   

Nampak gayanya, tak nampak jalan, bagaimana racun politik ini akan
dapat diberhentikan.  Rakyat pun dah jadi immune dengan racun politik
ni.  Even perkara benar pun orang dah tak boleh serap - macam cerita 
budak yang berteriak "serigala" la kot. 

Orang kata "Sauk", lain orang dengar "lauk".  

------------------

From: badar istaq <[EMAIL PROTECTED]>

> Para Hizbineters,
> Semenjak akhir2 ni keadaan cuaca agak tidak menentu. Hampir setiap hari
> keadaan langit mendung dengan sesekali guruh petir berdentum. Selain dari
> itu, keadaan tiupan angin juga semakin kencang dan deras walaupun belum
> mencapai tahap ribut taufan. Dalam suasana yang sebegini, adalah lebih bijak
> dan molek kalau kita mengambil langkah berhemat dalam tindakan seharian
> kita. Kalau ada dikalangan kita yang berhajat (malah sudahpun ada yang
> memulakan) menjalankan kerja-kerja menabur racun samada racun tikus atau
> racun rumpai; tangguhkan lah dulu sehingga keadaan cuaca lebih tenang dan
> mengizinkan. Niat aku bukannya apa, cuma sebagai peringatan kepada sahabat
> semua. Kata orang tua-tua, kalau kita menabur racun, baik diladang,
> dibendang, didusun hatta dilaman rumah sekalipun; jangan sekali-kali
> lakukannya diwaktu cuaca buruk terutama diwaktu angin bertiup kencang.
> Bahaya kerja tu. Kalau sahabat perlu juga menabur racun diwaktu cuaca kurang
> elok ni, pastikan betul-betul bahawa sahabat semua tidak berdiri menentang
> arah angin sebelum memulakan kerja menabur racun tu. Kalau tidak nanti,
> tikus yang diracun tidak mati tapi kucing belaan yang akan membaham tanah.
> Rumpai dan semak samun tidak mati tapi pokok tanaman yang menyembah bumi.
> Walhasilnya, racun habis dan tenaga terbuang tetapi musuh langsung tak
> lentur malah kalau nasib lebih malang lagi, diri sendiri merana dengan kesan
> toxid racun yang ditabur sendiri. Sama-samalah renungkan. Wassalam.


__________________________________________________________
This email has been sent through 2b at http://www.2b.co.uk


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mr pendiam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke