*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
alahh.. dia tu tambi mana tau halal haram........ pakai bow tie lagik.....
memang dasar penyokong yahudi 

> -----Original Message-----
> From: Hassan, Haslim [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> Sent: Tuesday, 07 May, 2002 3:38 PM
> To:   [EMAIL PROTECTED]
> Subject:      H-Net* Pelancong tukar destinasi kerana kod berpakaian
> 
> Sila lihat perenggan akhir dalam ruangan yang keluar dalam Berita Harian
> bertarikh 3-Mei-2002, 
> Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengatakan bahawa cadangan kerajaan
> Terengganu mengharamkan pemakaian baju mandi BERTENTANGAN dengan
> perlembagaan negara malah bertentangan dengan NILAI ISLAM???
>  
>  
> 
> Pelancong tukar destinasi kerana kod berpakaian
> 
> 
> KUALA LUMPUR, Khamis: Cadangan kerajaan Terengganu mewujudkan kod etika
> berpakaian kepada pelancongan asing termasuk mengharamkan pemakaian baju
> mandi menyebabkan kerajaan kerugian berjuta ringgit apabila pelancong
> asing membatalkan tempahan untuk melancong ke negara ini.
> 
> Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Abdul Kadir Sheikh
> Fadzir berkata, cadangan itu menyebabkan pelancong asing curiga berkunjung
> ke negara ini.
> 
> Katanya, pelancong asing bukan saja membatalkan percutian di Terengganu
> malah destinasi lain seperti Langkawi, Sabah dan Sarawak.
> 
> "Kebanyakan pelancong menganggap larangan itu membabitkan semua destinasi
> di negara ini sedangkan cadangan itu membabitkan Terengganu saja.
> 
> "Cadangan kerajaan Terengganu itu dipetik dengan meluas oleh agensi berita
> asing di luar negara dan ia seolah-olah menggambarkan Malaysia tidak
> sesuai untuk dikunjungi sama seperti yang berlaku ke atas Pulau Sipadan
> pada tahun 2000," katanya selepas melancarkan Logo Karnival Kebudayaan dan
> kesenian Rakyat anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Bumiputera di Hotel
> Pan Pacific, hari ini.
> 
> Bulan lalu, Pengerusi Jawatankuasa Sukan, Kebudayaan dan Pelancongan
> Terengganu, Wan Hassan Mohd Ramli dilaporkan berkata, kerajaan Kerajaan
> Pas Terengganu bercadang menyediakan risalah mengenai tatacara berpakai-an
> ketika berkunjung ke negeri itu.
> 
> 
> 
> Abdul Kadir berkata, kebanyakan agensi pelancongan asing terpaksa
> membatalkan tempahan dan mencadangkan pelancong bercuti ke destinasi lain
> seperti Bangkok, Haadyai dan Bali berikutan cadangan itu.
> 
> Katanya, tindakan agensi pelancongan itu kerana mereka tidak mahu
> menanggung risiko disaman oleh pelanggan apabila pelancong tidak boleh
> berpakaian mandi seperti yang dicadangkan oleh Kerajaan Terengganu itu.
> 
> Beliau berkata, cadangan Kerajaan Terengganu itu memberi gambaran yang
> tidak baik mengenai Malaysia sehingga menyebabkan pelancong mula beralih
> ke destinasi lain termasuk Singapura.
> 
> "Sektor pelancongan baru saja pulih kesan daripada peristiwa 11 September
> tetapi kini tercemar berikutan cadangan yang menakutkan pelancong itu,"
> katanya.
> 
> Beliau berkata, Terengganu tidak sepatutnya melaksana dasar yang menyekat
> kebebasan dan hak asasi orang bukan Islam.
> 
> Katanya, cadangan itu bukan saja bertentangan dengan Perlembagaan Negara
> yang membenarkan rakyat bebas mengamalkan agama, budaya dan cara hidup
> masing-masing malah bertentangan dengan nilai Islam.
> <http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Nasional/20020503011314/
> Article/>
> 
> _____________________________________________________________________
> Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or
> proprietary information. If you are not the intended recipient, 
> kindly delete this email including all attachments, destroying all forms
> of all copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of
> the information contained therein. Non-compliance with the forgoing may
> result in legal action.
> 
> This message has been checked for all known viruses by the 
> MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
> http://www.messagelabs.com/stats.asp
> 
> 

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Mohd, S. Yusof" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke