*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Tuan Ayub

Dipersilakanlah. Tuan dijemput untuk memberi pendapat dan pandangan dari apa 
jua perspektif dan dari mana mana sudut sekali pun. Jika putih katakanlah 
putih dan jika hitam maka katakanlah hitam. Ianya dipaparkan disini untuk 
pengajaran semua agar kita dapat mempelajari sesuatu..Salam Chief


>===== Original Message From "Ismail, Ayub" <[EMAIL PROTECTED]> =====
>Assalamu'alaikum semua,
>
>Saya amat bersimpati dengan apa yang berlaku. Sampaikan salam takziah saya
>kepada keluarga yang berkenaan. Pada masa yang sama, saya amat kagum dengan
>keluarga ini kerana pada masa yang genting ini mereka masih lagi dapat
>bertindak dengan waras dan wajar. Bagi saya mereka telah melalui tahap ujian
>ini dengan penuh kesabaran.
>
>Izinkan saya berkongsi beberapa perkara yang patut kita pelajari dari
>peristiwa ini. Sebelum berkongsi dengan lebih lanjut saya ingin memohon maaf
>kepada keluarga yang terbabit.  Saya mohon chief untuk mendapatkan keizinan
>dari keluarga berkenaan.  Saya ingin bincangkan dari sudut positif. Tapi
>kalau tidak mendapat keizinan, biarlah saya berhenti di sini.
>
>Regds
>Ayub Ismail
>
> -----Original Message-----
>From:  chief [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
>Sent:  Thursday, February 22, 2001 9:47 PM
>To:    [EMAIL PROTECTED]
>Subject:       H-Net* Suatu Hari Yang Amat Malang (1 dari 3)
>
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Salam
>
>Rentetan tulisan dibawah dihantar oleh seorang sahabat yang tidak mahu
>dirinya
>dikenali.Salam hormat..Chief
>
>---------------------------------------------------------------------
>
>Suatu Hari Yang Amat Malang
>
>T-Minus 5 days:
>X diberitahu oleh Doktor pakar bahawa dia mengandung 2 bulan. Doktor
>merasakan
>bahawa kandungan ini amat membahayakan kepada X yang sudah berusia 45 tahun.
>
>Doktor menyarankan bahawa X patut menggugurkan kandungan tersebut demi
>keselamatan dirinya sendiri. Kali terakhir X mengandung adalah ketika beliau
>
>berusia 41 tahun dimana rahim terpaksa diikat dan beliau terpaksa berehat
>beberapa bulan ketika mengandung. Malamnya X membuat solat Isthikarah agar
>diberikan sedikit pandangan dan bantuan didalam membuat keputusan.
>
>T-Minus 4 days:
>X disarankan oleh seorang kawan agar mengadakan proses pengguguran ( D & C )
>
>di salah sebuah hospital swasta di kota P. Mengikut kawan X, hospital
>tersebut
>adalah salah sebuah hospital bersalin dan sakit puan yang amat baik sekali.
>Maka X pun membuat janjitemu di hospital tersebut untuk proses D&C. Proses
>D&C
>bukanlah perkara baru untuk X kerana sebelum ini sudah dua kali X mengadakan
>
>D&C kerana janin yang meninggal didalam kandungan.
>
>D-Day 8 am
>Tepat jam 8 pagi X dihantar oleh suaminya(S)  ke hospital tersebut dengan
>ditemani oleh anak lelaki mereka yang berusia 7 tahun. X dan S mempunyai 3
>orang anak lelaki berusia 9, 7 dan 3 tahun. Mereka disambut oleh seorang
>doctor pakar yang akan mengadakan D&C.
>
>8:55am
>X bersalaman dengan S dan anak mereka dan disorong masuk ke dalam bilik
>pembedahan. Sebelum disorong masuk X bertanyakan kepada S samada beliau
>patut
>mengadakan proses ini kerana sayangkan kepada janin tersebut. S menerangkan
>bahawa mereka sudah ada 3 orang anak dan kandungan ini membahayakan
>kesihatan
>X . Sepanjang 10 tahun berkahwin, X melalui proses mengandung dan melahirkan
>
>anak yang amat sukar dan rumit.
>
>9:05 am
>Para doktor meneruskan kerja kerja mereka dan X mengarahkan agar S dipanggil
>
>masuk ke dalam bilik pembedahan.   S agak terpingga pingga bila diarah masuk
>
>ke bilik pembedahan oleh isteri beliau.  X memohon ampun dan maaf dari S dan
>
>memohon agar menghalalkan segalanya. S walaupun sedikit terperanjat akan
>tetapi kerana sudah sekian lama mengenali X, hanya mampu tersenyum dan
>mengucup dahi isterinya.
>S melangkah keluar ke bilik menunggu dan para doktor meneruskan kerja-kerja
>mereka.
>
>9:30 am
>D&C sudah selamat disempurnakan. X disorong keluar ke wad pemulihan. X
>disambung kebeberapa buah mesin untuk "monitor" berbagai bagai fungsi tubuh
>badan.
>
>
>9:31 am
>S mengarahkan anaknya agar memeriksa samada X sudah pun berada di dalam wad.
>
>Anak lelakinya dengan suka hati melapurkan bahawa X sudah pun berada di
>dalam
>wad pemulihan.
>
>
>9:35 am
>S pun masuk ke kamar wad untuk melihat isteri beliau.  Tidak ada seorang
>doktor atau jururawat pun yang berada di dalam bilik tersebut. S mendapati
>bahawa X berada didalam keadaan separuh sedar kerana kesan bius masih belum
>hilang. S memanggil manggil nama isterinya dan X menggerak-gerakkan
>badannya.
>Tidaklah diketahui bahawa X menggerakkan tubuhnya tanda mendengar panggilan
>suaminya atau pun sebaliknya. S melihat kepada mesin mesin monitor dan
>mendapati bahawa ianya berkelip seperti kebiasaannya. S bukanlah seorang
>sarjana perubatan akan tetapi setelah sekian lama masuk dan keluar ke
>hospital
>menemani isterinya, beliau seakan boleh mengagak bilamana mesin monitor
>berfungsi secara normal atau tidak normal.
>
>9:36 am
>S mendapati X kelihatan seperti sesak nafas dan salah satu mesin monitor
>dirasakan cuba memberitahu sesuatu yang tidak kena. S memanggil manggil
>isterinya akan tetapi tiada jawapan yang diterima. S panik dan berlari
>keluar
>dari  bilik wad untuk mencari mana mana doktor atau jururawat. Di luar kamar
>S
>bertembung dengan salah seorang doktor di hospital berkenaan. Dalam keadaan
>panik S menceritakan tentang keadaan X yang seperti sedang sesak nafas.
>Doktor berkenaan berlari mendapatkan jururawat dan mengarahkan beliau agar
>memanggil beberapa orang doktor lagi.
>
>9:37 am
>S berlari ke kamar wad semula untuk melihat akan keadaan X. Keadaan X masih
>tidak berubah kerana berada didalam keadaan separuh sedar dan sedang
>bergerak
>gerak kerana seolah olah sedang sesak nafas.
>
>Dua orang doktor masuk ke wad dan mula menjerit memanggil manggil nama X. S
>diarahkan supaya keluar dari kamar wad. Antara mahu dan tidak S melangkah
>keluar dengan penuh tanda tanya.
>
>9:45 am
>Dua orang lagi doktor masuk ke kamar wad. Bilamana pintu wad dibuka untuk
>doktor dan jururawat masuk dan keluar S merasakan berlaku kekecohan yang
>amat
>sangat.
>
>Didalam keadaan yang kecoh itu S tahu bahawa sudah ada 6 orang doktor dan 3
>orang jururawat berada di sisi katil X.
>
>10:00 am
>S nampak jururawat dan doktor berlari keluar dan masuk. S cuba juga untuk
>masuk ke kamar wad tetapi setiap kali mencuba jururawat menghalang beliau
>dari
>terus masuk.
>
>Dari celahan pintu S nampak seakan ada tiub dimasukkan kedalam mulut
>isterinya.
>
>Unknown time  am
>Salah seorang doktor keluar dan bertemu S dan memberitahu bahawa para doktor
>
>sedang cuba sedaya upaya untuk merawat X.
>
>S nampak ada doktor yang keluar dari kamar X sambil memegang alat kelui
>masing
>masing. Mungkin mereka dipanggil untuk pergi merawat para pesakit yang lain.
>
>Sudah 2 doktor yang keluar dan wajah mereka amat sugul sekali.  S merasakan
>sesuatu yang amat tidak kena sudah berlaku pada X.
>
>Unknown time am
>Doktor yang sama keluar memberitahu S bahawa jantung X terhenti buat
>seketika
>akan tetapi berlaku sedikit pendarahan dalaman . Bagaimana pun jantung X
>sudah
>berfungsi seperti biasa dan para doktor sedang cuba sedaya upaya untuk
>memulihkan X. S sangat tidak berpuas hati dan menanyakan akan peluang
>isterinya untuk terus hidup. Doktor menyarankan agar S bersabar dan terus
>berdoa.
>
>
>Unknown time am
>S memberitahu anaknya yang kedua yang bersama datang bahawa ada sesuatu yang
>
>amat tidak kena telah berlaku pada ibu beliau. S seakan memberitahu bahawa
>besar kemungkinan X mungkin sudah tiada lagi. S cuba sedaya upaya berdoa
>agar
>isterinya selamat didalam masa yang sama.
>
>S menelefon salah seorang dari kakak X dan menceritakan tentang apa yang
>berlaku. Kakak ( K ) berkenaan menyarankan agar S bersabar dan beliau akan
>cuba menghubungi adik beradik dan saudara mara yang lain.
>
>Unknown time am
>S terdengar seorang doktor mengarahkan jururawat untuk mendapatkan sebuah
>ambulan. S faham bahawa isterinya akan dipindahkan kesalah sebuah hospital
>yang lain yang mempunyai kelengkapan serba canggih.
>
>S menelefon rumahnya dan mengarahkan orang gajinya ( G) agar menyiapkan
>anak-anak mereka yang lagi dua orang agar mudah diambil dan dibawa kemana
>mana
>hospital untuk menemui ibu mereka.
>
>Seorang yang kelihatan seperti pemandu ambulan telah tiba di kamar wad dan
>pemandu tersebut diarahkan untuk untuk duduk menunggu sahaja.
>
>S sekali lagi menghubungi K dan memberitahu bahawa X akan dipindahkan dan
>memberitahu agar jika ada sanak saudara  yang ingin datang melawat agar
>tunggu
>buat seketika. Di masa yang sama telefon bimbit milik S dan X terus
>berdering.
>Panggilan datang dari sanak saudara  meminta penjelasan dan ingin mengetahui
>
>apa yang terjadi.
>
>Masa terus berlalu dan S masih terus berdoa sambil menjawab panggilan
>telefon
>yang datang tanpa henti.
>
>12:30pm
>Doktor memberitahu bahawa X akan dipindahkan ke salah sebuah hospital
>terbesar
>dan paling canggih di rantau ini. S mengiyakan sahaja dan masih terus
>bertanya
>akan keadaan diri X. Doktor berkenaan tidak dapat menjawab dan menyuruh agar
>S
>terus berdoa dan bersabar.
>
>S menghubungi K dan beberapa orang jiran tetangga dan sanak saudara
>disebelah
>S dan memberitahu nama hospital yang patut mereka pergi.
>
>12:45 pm
>Seorang doktor bertanyakan samada S ingin bersama isterinya di dalam
>ambulan.
>S menyatakan bahawa beliau terpaksa pulang ke rumah untuk mendapatkan anak
>anaknya.
>Doktor berkenaan menulis nama hospital diatas sekeping kertas dan nama
>seorang
>doktor di situ yang patut S hubungi. S diarahkan untuk datang terus ke Unit
>Rawatan Rapi (ICU)
>
>12:55pm
>X disorong keluar dari kamar wad ke ambulan. S dapat melihat dengan jelas
>tiub
>yang dimasukkan kedalam mulut isterinya dan kelihatan kesan kesan darah yang
>
>sudah dilapkan. Wajah X kelihatan pucat. S tidak tahu samada isterinya
>berada
>didalam koma atau masih lagi dibius.
>
>1:00pm
>Seorang doktor menemani X didalam ambulan dan S terus pulang ke rumah untuk
>mendapatkan anak anaknya dan orang gaji ( G) mereka. S terus menghubungi
>saudara maranya seramai yang mungkin sambil memandu. S mula menggeledah beg
>tangan isterinya untuk mendapatkan buku telefon mini milik isterinya. S
>terus
>menghubungi rakan rakan sepejabat isterinya dan menceritakan serba ringkas
>apa
>yang berlaku
>
>K terus menghubungi adik beradik yang lain. Ada yang sedang makan angin
>bercanda di luar kota, ada yang sedang bekerja dan ada yang sedang
>beristirehat. K juga menghubungi ibu bapa mereka di kampung. Ibu mereka
>menjawab telefon dan terus pitam dan tidak kedengaran apa apa bunyi
>dipenghujung talian. K menghubungi kakak beliau yang sulong yang menetap di
>kampung agar datang untuk melihat keadaan ibu dan ayah.
>
>K juga menghubungi adik beliau yang bongsu ( B) yang sedang bersiap sedia
>untuk keluar menghadiri halaqah selepas Zohor. B terus menghubungi suami ( C
>)
> beliau yang kebetulan sedang berada di penghujung negeri kerana menghadiri
>satu janjitemu. C seakan tidak percaya bahawa seseorang yang menjalani D&C
>boleh berada di dalam ICU.
>C mahukan isterinya( B) terus menghadiri halaqah kerana kebetulan hari ini
>adalah giliran B untuk menjadi penyampai. C merasakan tidak apa apa yang
>serius yang bakal menimpa X kerana D&C bagi X dan keluarga mereka adalah
>seperti suatu kebiasaan.
>C tidak dapat mengira berapa banyak wad yang dilawatinya kerana proses D&C
>yang dijalankan oleh kakak kakak isterinya. Bagaimana pun B sudah pun
>membatalkan halaqah tersebut dan meminta kawan kawannya membaca Yaseen dan
>mendoakan agar X pulih seperti sediakala.
>
>C terus singgah ke cybercafe dan menggunakan teknologi SMS dan menghantar
>pesanan secepat mungkin ke telefon bimbit milik  kesemua saudara mara
>dikedua
>dua belah pihak.
>Pesanannya agak mudah. "X berada di ICU di hospital ++ sila datang dengan
>kadar segera "
>
>C ada lagi janjitemu di kota pada petangnya dan berjanji untuk bertemu B
>sebelum Asar di hospital berkenaan.
>
>------------------------------------------------------------
> Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at:
>                http://MailAndNews.com
>
> Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or
> POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.
>------------------------------------------------------------
>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: chief <[EMAIL PROTECTED]>

------------------------------------------------------------
 Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at:
                http://MailAndNews.com

 Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or
 POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.
------------------------------------------------------------


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: chief <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke