Send from Nokia E71 -original message- Subject: FW: PENAWAR KEPENATAN From: "Abd Rahman Abd Samad - Consumer Recovery Department, Southern Region" <arahma...@bankislam.com.my> Date: 08/06/2009 5:37 PM
Penawar Kepenatan, amalkan.... Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya. Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.. Saidina Ali berkata : "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu." Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata: "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar! ) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam." Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini. Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku." Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , InsyaAllah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman. "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar ________________________________ This e-mail and any files transmitted with it is legally privileged and confidential and intended solely for the use of the individual or entity to whom it is addressed. If you are not the intended recipient, you are hereby notified that you have received this e-mail and any files transmitted with it in error and that any use, dissemination, forwarding, printing or copying of this e-mail and any files transmitted with it is strictly prohibited. If you have received this e-mail and any files transmitted with it in error, please notify the sender immediately by reply e-mail and delete this email. Views, opinions, conclusions or other information contained in this email not related to the business of Bank Islam Malaysia Berhad shall not be taken as reflective of or endorsed by it. --~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~ **************** HIGH SKOOL MUAR ***************** Korang semua telah menerima pesanan ini kerana korang semua telah melanggan di dalam Google Group "HSM(class of '91 -'95) Kalau tgh bosan, hantar lah email ke hsm...@googlegroups.com. Kalau takmo melanggan lagi email ke hsmuor+unsubscr...@googlegroups.com. Untuk keterangan lanjut,lawat la website group hampehh nihh!!.....hahahaha!! http://groups.google.com/group/hsmuor?hl=en-GB?hl=en-GB "SOALAN : JIDON KALAU KENTUT,APAKAH REAKSI MUKA BELIAU?...... ******************************************************************************************* -~----------~----~----~----~------~----~------~--~---