Berita dibawah yg aku posting ini pernah menjadi headline di Internal webnya Petronas. Ya, terserah anda bagaimana menyikapi hal ini. Sebagai seorang "artis" bisa saja kita bangga karena dibicarakan orang lain. Loh, lah iya kan ? ... Karena dibicarakan berarti diperhitungkan, ada aspek iklan disini. Atau kalau kita ini minder serta rendah diri, bisa saja kita anggap mereka sedang menertawakan kita. Namun yg aku pikirkan yg ada dibenak mereka adalah mereka "serius menanggapi" ucapan Pak Widya ... ya sekali lagi Petronas "serius menanggapi".

Banyak aspek yg mungkin tidak dapat dibayangkan dengan keseriusan Petronas dengan issue ini. Akan banyak sekali aspek bisnis yg akan terkait dengan sesuatu yg seolah hanya angin lalu ini. Bayangkan saja seandainya anda sedang bekerja sama dengan partner lain dimana temen itu berkata "ingin seperti kita" ? Pikiran positip kan menyatakan bahwa mereka sudah "satu suara" dengan kita, mungkin visinya hampir sama. Dengan demikian program kerja sama yg sedang dijalankan akan semakin mulus.
Pikiran negatip akan menyatakan ... "Hah, barangkali mereka merasa 'tersaingi' dengan kemajuan Petronas ... Mungkin pembicaraan yg sedang berjalan bisa saja terganggu" ...


Bisa saja akhirnya ucapan Pak Widya ini ndak ada isinya, ngga ada terusannya. Bisa saja apapun yg dipikirkan Petronas bukan menjadi pemikiran kita. Namun yg ingin saya ungkapkan adalah bagaimana Petronas itu mara (maju) karena selalu serius mengahadapi gejala-gejala perubahan yg ada disekelilingnya, bagaimana mereka serius menanggapi sesuatu yg saat ini mungkin bukan "major concern", ya sekali lagi bagiamana seriusnya mereka bekerja ...

Nah kalau saja Pertamina juga serius dengan impian Pak Widya ini untuk melihat Petronas, Nah anda sudah punya "jendela-jendela" yg saat ini ada didalam Petronas, anda bisa juga melongok dari "jendela" Pertamina sendiri yg saat ini ada teman anda disini. Anda juga memliki IATMI cabang KL disini yg siap membantu Pertamina utk gantian belajar ...

Itu kalau anda serius menanggapi impian Pak Widya.

hef e nais whik en.

RDP

--- In [EMAIL PROTECTED], "Rovicky Dwi Putrohari" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Ekonomi
------------------------------------------------------------------
31 Ogos, 2004 13:05 PM Pertamina Sorot Kejayaan Petronas Bagi Penyuburan Semula


Laporan Khas Oleh Openg Net

JAKARTA, 31 Ogos (Bernama) -- Semasa perbadanan minyak dan gas nasional, Petronas, sedang dalam proses penubuhannya pada 1974, ia menghantar sepasukan pegawai-pegawai ke Jakarta untuk mengkaji model perniagaan dan operasi syarikat gergasi minyak Indonesia ketika itu, Pertamina.

Mulai saat itu, Petronas tidak lagi menoleh ke belakang, sebaliknya terus mara untuk menjadi salah satu peserta yang terbesar dalam industri gas dan minyak dunia, malah melebihi "mentor"nya, Pertamina, yang kini terumbang-ambing dan dibelenggu keadaan yang tidak menentu.

Anehnya, Pertamina, yang ditubuhkan dalam tahun-tahun 1960-an itu, akhirnya merosot menjadi entiti yang dibebani masalah kewangan, sebahagian besarnya disebabkan oleh ketidak cekapan dan sedikit sebanyak, kerana rasuah.

Ia terkenal sebagai penjana pendapatan bagi pentadbiran kerajaan yang lalu dan pada ketika itu, Pertamina menikmati monopoli ke atas kawasan-kawasan penting sektor minyak dan gas Indonesia.

Pada 1999, firma perakaunan antarabangsa, PricewaterhouseCoopers, mengenal pasti bahawa wang berjumlah berbilion-bilion dolar telah dibazirkan disebabkan oleh ketidak cekapan dan kerugian.

Pada Februari 2000, Presiden ketika itu, Abdurrahman Wahid mengambil keputusan untuk memperbetulkan kepincangan dalam Pertamina. Beliau melantik Baihaki Hakim, seorang eksekutif industri minyak dan gas di Indonesia yang juga bekas Presiden PT Caltex Pacific Indonesia, sebuah anak syarikat gergasi tenaga Amerika, Chevron Texaco, untuk menjadi Presiden Pengarah Pertamina.

Apabila Pertamina dijadikan sebuah syarikat tanggungan berhad pada 2000, Baihaki memutuskan untuk membuat rancangan baru bagi masa depan syarikat itu untuk memastikan ia akan menumpukan tenaganya kepada pengedaran dan perniagaan gas, serta pengurusan kilang penapisan minyak dan pemprosesan gas.

Tetapi, Baihaki tidak kekal lama sebagai peneraju syarikat itu untuk menyaksikan visinya menjelmakan hasil, kerana Abdurrahman telah digantikan oleh Presiden baru, Megawati Sukarnoputri.

Pilihan Megawati ialah Ariffi Nawawi, salah seorang pengarah Pertamina.

Pelantikan Ariffi dibuat September lalu dan satu lagi rombakan pasukan pengurusan Pertamina berlaku dalam proses itu. Peristiwa itu juga sekali lagi menjadikan Pertamina tumpuan perhatian di tengah-
tengah masalah kewangan, kekurangan bahan api di beberapa kawasan di Indonesia dan kontroversi mengenai penjualan dua kapal tangki minyaknya.


Langkah menjual dua buah Kapal Tangki Minyak Mentah Sangat Besar (VLCC) yang baru dibina itu pada bulan Jun dengan harga AS$184 juta kepada sebuah syarikat Norway, Frontline Ltd, mencetuskan bantahan keras daripada beberapa pihak, termasuk penggubal undang-undang, malah juga pekerja-pekerja syarikat itu.

Mereka yang mencela langkah Pertamina itu mempertahankan hujah bahawa syarikat itu akan meraih faedah yang lebih besar jika ia mengendalikan kapal tangkinya sendiri untuk menghantar minyak daripada memajak kapal kepada pengusaha-pengusaha lain.

Komisi Pembenterasan Korupsi (KPK) yang baru ditubuhkan, kini sedang menyiasat beberapa keluarbiasaan yang didakwa berlaku dalam urusan penjualan kapal-kapal itu.

Penganalisis politik berkata, masalah urus niaga Pertamina yang melibatkan pihak atasan boleh memberi kesan ke atas pilihan raya presiden 20 Sept ini.

Kata mereka, itulah sebabnya Menteri Enterpris Negara, Laksamana Sukardi campur tangan bagi melaksanakan satu lagi penyusunan semula syarikat minyak itu.

Ariffi kemudiannya disingkirkan, sekali gus memegang rekod sebagai Presiden Pengarah Pertamina yang paling singkat perkhidmatannya iaitu hanya selama 11 bulan

Dua minggu lalu, Widya Purnama, bekas Presiden Pengarah firma telekomunikasi milik negara, PT Indosat, menjadi ketua baru Pertamina.

Widya yang berusia 50 tahun itu, meskipun merupakan pendatang baru dalam industri ini, berazam untuk membantu memastikan Pertamina terlepas daripada masalah yang membelenggunya sekarang dan muncul sebagai sebuah syarikat pengeluar minyak dan gas yang ternama di rantau ini.

"Saya ke mari untuk memperbaiki Pertamina. Saya akan jadikan Pertamina yang terbaik di rantau Asia Tenggara, bahkan lebih besar daripada Petronas," katanya sambil menambah bahawa beliau malah akan menggunakan syarikat minyak dan gas Malaysia itu sebagai ukur rujuk.

Dalam ucapan sulungnya yang disiarkan melalui laman web Pertamina, beliau berkata, ini boleh dilakukan, dengan syarat seramai 23,000 pekerja Pertamina yang ada sanggup bekerja dengan penuh kejujuran dan disiplin.

Dalam usaha memartabatkan Pertamina ke kedudukannya yang setanding dengan Petronas melalui program penyuburan semula, laungan Widya juga termasuk peringatan kepada pekerja-pekerja Pertamina tentang semangat dan pengorbanan yang diperlihatkan oleh nenek moyang mereka yang berjuang bagi mencapai kemerdekaan negara mereka pada 17 Ogos, 1945.

Beliau mahu pekerja-pekerja itu berusaha lebih keras untuk memulihkan syarikat itu. Ketika Indonesia sekarang berada dalam suasana meriah menyambut ulang tahun ke-59 kemerdekaannya, Widya mungkin dapat menawan hati dan perasaan pekerja-pekerja Pertamina.

Tetapi, halangan besar masih banyak yang perlu beliau atasi, memandangkan tugas berat yang menunggu beliau.

-- BERNAMA

_________________________________________________________________
Add photos to your messages with MSN 8. Get 2 months FREE*. http://join.msn.com/?page=features/featuredemail



--------------------------------------------------------------------- To unsubscribe, send email to: [EMAIL PROTECTED] Visit IAGI Website: http://iagi.or.id IAGI-net Archive 1: http://www.mail-archive.com/iagi-net%40iagi.or.id/ IAGI-net Archive 2: http://groups.yahoo.com/group/iagi Komisi Sedimentologi (FOSI) : F. Hasan Sidi([EMAIL PROTECTED])-http://fosi.iagi.or.id Komisi SDM/Pendidikan : Edy Sunardi([EMAIL PROTECTED]) Komisi Karst : Hanang Samodra([EMAIL PROTECTED]) Komisi Sertifikasi : M. Suryowibowo([EMAIL PROTECTED]) Komisi OTODA : Ridwan Djamaluddin([EMAIL PROTECTED] atau [EMAIL PROTECTED]), Arif Zardi Dahlius([EMAIL PROTECTED]) Komisi Database Geologi : Aria A. Mulhadiono([EMAIL PROTECTED]) ---------------------------------------------------------------------



Kirim email ke