Protes terbaru anti-AS di Jakarta

http://www.maynetwork.net

JAKARTA: Beribu-ribu penduduk Islam mengadakan perhimpunan secara 
aman di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta, semalam, 
menuntut tentera negara itu berundur dari Iraq dan Afghanistan 
sambil menyifatkan Presiden George W Bush sebagai syaitan.

Penunjuk perasaan yang kebanyakannya adalah wanita dari pertubuhan 
Hizbut Tahrir yang menganjurkan perhimpunan itu berkumpul di hadapan 
bangunan kedutaan yang dikelilingi tembok konkrit dan kawat berduri.

Kira-kira 2,000 anggota polis dikerah bersama dua trak penyembur air 
bagi menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya keadaan bertugas 
menjadi ganas.

Penunjuk perasaan terbabit melaungkan kata-kata, "U.S.A keluar dari 
Iraq" dan "Bush adalah pengganas".

Sentimen anti Amerika di Indonesia, negara yang mempunyai penduduk 
Islam paling ramai di dunnia meningkat selepas serangan terhadap 
Afghanistan dan Iraq dan kemarahan menjadi-jadi berikutan penyiaran 
kartun menghina Nabi Muhammad yang disiarkan oleh kebanyakan akhbar 
Eropah.

Beratus-ratus pertubuhan Islam bulan lalu melakukan bantahan serta 
turut melontar kedutaan Amerika Syarikat dengan kayu dan batu.

Jurucakap kedutaan Amerika, Max Kwak berterima kasih terhadap polis 
Indonesia kerana membantu mengekalkan keamanan dan berkata beliau 
menghormati hak rakyat Indonesia untuk mendapatkan kebebasan 
bersuara dan mengadakan perhimpunan. – AP

Penunjuk perasaan terbabit turut membawa sepanduk yang mengutuk 
syarikat perlombongan Amerika Syarikat dan Israel, Freeport-McMoRan 
Copper & Gold Inc yang menyebabkan bencana alam sekitar di tapak 
perlombongan Grasberg di wilayah Papua. – AP 

Minggu lalu, kedutaan Amerika Syarikat mengeluarkan amaran kepada 
semua rakyat Amerika supaya tidak terlalu menonjol diri mereka serta 
mengambil langkah berhati-hati terhadap kemungkinan sebarang 
demonstrasi. 

Indonesia adalah negara Islam yang juga mempunyai penduduk minoriti 
beragama Kristian, Hindu dan Buddha. – AP

http://www.maynetwork.net

====================================================================
Berita terkini ini dihantar kepada ahli berita terkini groups terus
melalui email. Untuk maklumat lanjut & daftar online sila lawat ke :
http://groups.yahoo.com/group/berita_terkini/

atau daftar melalui email : [EMAIL PROTECTED]
====================================================================

  

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke