[ipjps] THE BEGINNING OF THE MAHATHIR DYNASTY ... WAIT FOR THE SHOW TO
BEGIN ....           Monday, May 27, 2013 7:50 PM
From:              "azali rahman" <a...@mail.com>             View
contact details
<http://us.lrd.yahoo.com/_ylc=X3oDMTBtcDcxYXVrBF9TAzM5ODMwMTAyNwRhYwN2aW\
V3QUI-/SIG=1opfo655k/EXP=1370865263/**http%3A//address.mail.yahoo.com/ya\
b%3Fv=YM%26A=t%26simp=1%26em=ar60%2540mail.com%26fn=azali%2Brahman%26.do\
ne=http%253A%252F%252Fus.mc1404.mail.yahoo.com%252Fmc%252FshowMessage%25\
3FsMid%253D0%2526filterBy%253D%2526.rand%253D195311149%2526midIndex%253D\
0%2526mid%253D2_0_0_1_525422_AFTrHkgAAA%25252BXUaNJTAAAANptyn8%2526f%253\
D1%2526fromId%253D%2526m%253D2_0_0_1_525422_AFTrHkgAAA%25252BXUaNJTAAAAN\
ptyn8%25252C2_0_0_1_524108_ACDvHkgAACCdUaNCXAhScVzpzCY%25252C2_0_0_1_522\
395_AG9L2kIAAAslUaMuEgAAAKTfAl0%25252C2_0_0_1_521420_AG5L2kIAAA8yUaMrDAA\
AACy46fk%25252C2_0_0_1_520088_APzuHkgAAIDAUaLQgwzUzCY3Gas%25252C2_0_0_1_\
518853_AIHuHkgAABAEUaLKrgAAAL7GrFU%25252C%2526sort%253Ddate%2526order%25\
3Ddown%2526startMid%253D0%2526.jsrand%253D6164039%2526acrumb%253D.8tHxVx\
NLBg%2526enc%253Dauto>
To:           "Ipjps" <ip...@yahoogroups.com>




Monday, 27 May 2013 17:31  Kedudukan Muhyiddin kritikal selepas
kenyataan Mahathir ...   Written by  -
<http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=itemlist&\
task=user&id=272%3A2013-05-27-11-35-43&Itemid=2>


Jika  anda ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, anda pasti tidak dapat
bersenyum  mulai semalam. Itulah kata-kata sumber Umno kepada
Harakahdaily tengah  malam semalam.

Sumber Umno menghubungi Harakahdaily ekoran  kenyataan Tun Dr Mahathir
bahawa Umno-BN akan mengekalkan Perdana  Menteri Datuk Seri Najib Razak
sebagai ketuanya kerana tiada calon lain  yang lebih berwibawa.

Mahathir dipetik berkata di satu forum di  Jepun semalam dengan nada
sebegini: "Saya berasa parti akan menyokong  beliau (Najib) kerana
kurang alternatif."

"Ini memberi tamparan  kepada Muhyiddin yang merasakan selama ini
beliau adalah 'Prime Minister  material' di mata Mahathir. Kini,
Muhyiddin bakal terasa bahang kerana  nyawa politiknya telah dipotong
separuh oleh Mahathir," kata sumber Umno  kepada Harakahdaily.

Sumber Umno yang menelefon dari Jepun berkata beliau juga agak terkejut
dengan kenyataan Mahathir.

"Sepatutnya  Mahathir apabila melihat Khairy Jamaluddin dalam
kabinet akan terus  timbul rasa nak cantas Najib. Tapi kenyataan yang
merugikan Muhyiddin  itu cukup pelik. Secara tidak langsung, ini
menghantar mesej kepada  keseluruhan Umno bahawa Muhyiddin tidak sesuai
jadi timbalan kerana  tidak layak mengganti Najib, sekiranya berlaku
apa-apa pada Najib," kata  beliau lagi.

Minggu lepas, sumber Umno itu berkata Muhyiddin  tiada cara untuk
menyelamatkan diri selain mencabar Najib sebagai  Presiden Umno dalam
pemilihan parti akan datang.

Ini kerana  katanya, jika Muhyiddin memilih untuk mempertahankan
jawatan, sudah  pasti ada orang yang mencabarnya seperti bekas Ketua
Menteri Melaka  Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan juga Pengerusi Felda
Datuk Seri Isa  Samad.

"Muhyiddin kini keseorangan di atas. Mahathir pula  seolah-olah
sudah menikamnya. Seperti yang saya kata, Muhyiddin terpaksa  cabar
Najib untuk menyelamatkan diri," kata sumber Umno itu.

Harakahdaily  sempat bertanya kepada sumber Umno apakah mungkin Najib
dan Muhyiddin  bersama-sama mengisytiharkan jawatan Presiden dan
Timbalan Presiden  tidak dipertandingkan.

"Boleh kalau mereka boleh puaskan hati  semua warlord dan kini saya
percaya antara Najib dan Muhyiddin pun tak  dapat satukan semua warlord.

"Najib sudah pasti akan cuba umum  jawatan Presiden tidak perlu
dipertandingkan, tapi timbalan, susah nak  halang orang mencabar
Muhyiddin sebab ramai calon yang layak  mencabarnya, tidak seperti
Najib," kata beliau sebelum menamatkan  perbualan.

- Harakah Daily

Kirim email ke