SARAWAK & BUMIPUTERANYA SEMAKIN GENTING DIJAJAH
SEPERTI SINGAPURA

Oleh Noor Aza Othman, Damansara Damai, Kuala Lumpur.
[EMAIL PROTECTED]

Bangsa Bumiputera di Sarawak terutamanya yang miskin
dan di kampung-kampung samada yang beragama Islam atau
bukan Islam,  termasuklah kaum Melayu, Iban, Bidayuh,
Melanau, Penan, Lun Bawang, Murut, Kayan, Kenyah dan
lain-lain terus tertindas di Sarawak dalam krisis yang
amat genting. Bahkan sebenarnya fenomena kritikal ini
juga sedang berleluasa di seluruh Sabah dari apa yang
saya diberitahu. Dan keadaan yang paling genting
melibatkan penguasaan Hak Tanah Adat Bumiputera atau
lebih dikenali sebagai Native Customary Landrights
(NCL), yang tertakluk di bawah Hak Adat Bumiputera
atau Native Customary Rights (NCR), iaitu hak pusaka
turun temurun yang telah wujud sejak berabad-abad
lamanya. Ini adalah dengan alasan-alasan “pembangunan
ekonomi” yang melibatkan peningkatan yang amat agresif
oleh bangsa Bukan Bumiputera dan Asing (termasuk
penggabungan mereka), terutamanya dari Singapura,
dalam penguasaan hartanah terutamanya untuk perumahan
mewah dan hotel-hotel di tepi-tepi pantai, pembalakan
yang berleluasa di Hutan-Hutan Simpan, dan perampasan
atau penerokaan tanah untuk perladangan besar-besaran
oleh syarikat-syarikat. Sehinggakan sebuah badan khas
atau pasukan khas telah ditubuhkan oleh Persatuan
Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda), di mana menurut
Timbalan Presidennya Michael Yam:

Badan khas atau pasukan petugas itu akan membantu
memepercepatkan proses dan menarik lebih ramai warga
asing ke mari….Kami berharap kerajan-kerajaan negeri
akan melonggarkan beberapa peraturan.
(dipetik dari Utusan Borneo, 25/01/07, ms. 16)

Sewaktu saya berkunjung ke Miri dan Marudi yang indah,
minggu lepas selama seminggu setelah bertahun-tahun
lamanya, alangkah terkejutnya saya melihat penderitaan
bangsa Bumiputera di sana yang semakin kritikal. Saya
berasa seolah-olah berada di Hong Kong, Pulau Pinang
atau Singapura. Pertama, premis-premis perniagaan di
tengah bandar Miri atau Marudi lebih kurang 90%
dikuasai bangsa Bukan Bumiputera. Dari perbualan saya
dengan beberapa penduduk Bumiputera termasuk
peniaga-peniaga di tengah bandar, mereka mengadu
tentang strategi halus dan terlindung yang
mendiskriminasi peniaga-peniaga Bumiputera untuk
menyewa premis-premis perniagaan terutamanya di tengah
pusat bandar yang hampir 95% dimiliki oleh yang Bukan
Bumiputera atau Orang Asing, yang sengaja mengenakan
sewa yang amat tinggi dan tidak termampu untuk
Bumiputera, tetapi yang murah untuk Bukan Bumiputera.
Kalau adapun para peniaga Bumiputera di tengah bandar,
kebanyakan mereka menumpang di kaki lima di luar
premis-premis perniagaan tersebut atau tersisih di
pasar-pasar atau bazaar-bazar yang buruk, kotor,
berselerak dan ada yang tidak rasmi contohnya Pasar
Tamu. Untuk mengharapkan produk keluaran Bumiputera
dipasarkan di kedai-kedai atau pasaraya Bukan
Bumiputera lagilah jangan diharap. Ini termasuklah
restoran-restoran Bumiputera Islam yang halal yang
sukar dicari dan kalau ada pun, kurang bersih atau
terpaksa menumpang di dalam restoran Cina. Bahkan,
industri pelancongan termasuk hotel-hotel mewah di
tepi pantai atau yang kecil, syarikat-syarikat
pengangkutan pelancong dan pemandu pelancong, dikuasai
Bukan Bumiputera dan Asing. 

Kedua, penjualan atau perampasan tanah-tanah pantai di
Miri termasuk dekat pusat bandar yang amat berharga,
termasuk Tanah Adat Bumiputera dan Tanah Kerajaan
(State Land) terus berleluasa, terutamanya kepada
individu-individu dan syarikat-syarikat Bukan
Bumiputera dan Asing.  Di persisiran pantai dari
Tanjung Lubang hingga ke  Beraya, yang paling
berdekatan dengan pusat bandar, perumahan amat mewah
seolah istana-istana raja, semuanya dimiliki dan
didominasi oleh individu-individu terkaya Miri
terutamanya taukeh-taukeh balak terutamanya dari
syarikat gergasi Samling dan Shin Yang dan syarikat
asing. Di samping itu, dari Beraya hingga ke Bekenu,
tanah-tanah persisiran pantai terus dikuasai Bukan
Bumiputera atau Orang Asing walaupun tanah-tanah ini
dahulunya Tanah Adat Bumiputera. Seorang penduduk
kampung dari kaum Melayu dari Kampung Bakap, Ajan
Sadan, mengadu dan menyuruh saya menyampaikan pada
UMNO, tanah-tanah tepi pantai ini yang dahulunya Tanah
Kerajaan begitu senang diberikan membatasi keadilan
untuk rakyat, kepada individu-individu Bukan
Bumiputera ini sedangkan sepatutnya disimpan untuk
kegunaan penduduk awam, termasuk penambahan Taman
Rekreasi untuk orang awam di tepi pantai dari Taman
Selera yang pendek dan kecil, atau untuk pembinaan
Universiti Awam. Namun kalau Bumiputera, terutamanya
penduduk-penduduk kampung yang beratus tahun
berdekatan pantai dari Kampung Racan, Kampung Nelayan,
Kampung Bakap dan Kampung Sewak Jaya memohon untuk
mendiami atau membeli tanah tepi pantai, tidak
dibenarkan. Juga Adan memberitahu, ada tanah-tanah
tepi pantai asalnya Tanah Adat Bumiputera yang
dirampas atau dibeli kerajaan untuk dipindahmilikan
kepada Tanah Kerajaan, tetapi dijual dengan begitu
mudah kemudiannnya kepada individu-individu kaya atau
syarikat-syarikat Bukan Bumiputera seperti yang
berlaku di atas. Di samping itu, pemberian geran-geran
individu di bawah Seksyen 18 yang tertakluk di bawah
Hak Adat Bumiputera (atau NCR), dan menjadikannya
kawasan tersebut Tanah Kawasan Campur (atau Mixed
Zone) yang boleh dipindahmilik atau dijual kepada
Bukan Bumiputera dan Orang Asing , iaitu ditukar dari
berstatus Tanah Rezab Bumiputera (atau Native Communal
Reserve) atau Tanah Kawasan Bumiputera (Native Area
Land) yang mana lot-lot tanah tidak boleh
dipindahmilik untuk geran individu atau kepada Bukan
Bumiputera atau Orang Asing. Inilah yang berlaku di
kawasan persisiran pantai di sebuah kampung Bumiputera
yang 90% adalah kaum Melayu iaitu Kamping Batu 1 di
Kuala Baram, di mana menurut seorang pegawai
Bumiputera di Jabatan Tanah Miri, 150 lot Tanah Adat
Pribumi disukat dan diberikan geran individu di bawah
seksyen 18 NCR. Malangnya, 76% telah dijualkan kepada
individu-individu dan syarikat-syarikat yang Bukan
Bumiputera dan Asing.

Ketiga, perampasan tanah NCR atau Tanah Kerajaan yang
tidak sah yang sewenang-wenangnya oleh Jabatan Tanah
dan kerajaan Negeri dan disewakan selama 60 tahun
kepada individu-individu kaya atau syarikat-syarikat
gergasi yang kebanyakannya terdiri dari Bukan
Bumiputera atu Asing, terutamanya untuk “pembangunan
ekonomi” pembalakan, kilang-kilang papan atau
perladangan kelapa sawit,. Ini dilakukan oleh
agensi-agensi kerajaan Negeri iaitu Sarawak Land
Development Board (SLDB), Sarawak Land Consolidation
and Rehabilitation Authority dan Sarawak Land Custody
and Development Authority (LCDA) (bayangkan orang
kampung terpaksa menghadapi kekeliruan berhubung
dengan agensi-agensi yang pelbagai ini). Kejadian ini
telah disahkan oleh Pertubuhan-pertubuhan Bukan
Kerajaan (NGOs) seperti Brimas, Sarawak Dayak Iban
Association (Sadia), dan peguam hak asasi manusia Baru
Bian dari kaum Lun Bawang, di mana buat masa ini
terdapat lebih kurang 130 kes-kes yang difailkan oleh
masyarakat Bumiputera berhubung Tanah Adat Bumiputera
mereka yang dirampas seperti di atas, dan mengambil
masa bertahun lamanya untuk dibicarakan seolah sengaja
ditangguh-tangguhkan (lihat repot-repot di
www.borneoproject.com). Namun, selalunya
individu-individu atau syarikat-syarikat yang merampas
tanah-tanah NCR ini terus dibenarkan oleh pihak
mahkamah untuk beroperasi sedangkan menunggu kes-kes
dibicarakan, dengan alasan yang mudah bahawa mereka
sudah melaburkan banyak wang atau pinjaman untuk
projek-projek mereka. Ada juga individu atau syarikat
Bumiputera yang telah menyalahgunakan hak mereka di
mana contohnya, seorang individu yang tidak mahu
dinamakan oleh seorang pegawai di jabatan Tanah Miri,
di mana seorang ahli perniagaan Melayu yang kaya dari
Miri dijualkan Tanah Kerajaan khas untuk Bumiputera
sebanyak 5,000 hektar di Marudi, tetapi lansung
disewakan kepada individu Bukan Bumiputera selama 60
tahun. Seorang penduduk kampung Rumah Panjang Kaum
Iban Kampung Belasoi iaitu Nyaru anak kepada ketua
kampung Belasoi di Marudi, Munau a/k Kendawang,
mengadu inilah perkara biasa di mana banyak Tanah Adat
Bumiputera termasuk yang ditukarkan menjadi Hutan
Simpan sejak penjajajahan British di sana, telah
dipindahmilikkan atau disewakan kepada
syarikat-syarikat balak dan kelapa sawit terutamanya
yang Bukan Bumiputera atau Asing. 

Keempat, penguasaan pangkat pegawai-pegawai atasan di
jabatan-jabatan kerajaan terutamanya yang berkaitan
dengan tanah dan hutan, iaitu di Jabatan Tanah dan
Jabatan Hutan, rata-rata dimonopoli oleh Bukan
Bumiputera. Mungkinkah ini antara faktor yang
menyebabkan Tanah Adat Bumiputera begitu senang
dipindahmilikkan dan Hutan-Hutan Simpan di jalankan
pembalakan sewenang-wenangnya. Kerani-kerani yang
berpangkat rendah memanglah ramai yang Bumiputera.
Sewaktu saya ke Jabatan Tanah Miri dan Jabatan Hutan
Miri untuk menyelidiki dengan lebih mendalam
perkara-perkara yang berleluasa seperti di atas yang
melibatkan Tanah Adat Bumiputera dan pembalakan di
Hutan Simpan tersebut , saya telah dihalau dengan
begitu angkuh oleh pegawai-pegawai atasan Bukan
Bumiputera dan ada yang sepenuhnya berbahasa Inggeris
walaupun saya bercakap di dalam bahasa Kebangsaan,
seolah saya rakyat biasa yang tiada lansung hak (saya
akan mengadu secara rasmi kepada Biro Pengaduan Awam
selepas ini). Penduduk-penduduk kampung Bumiputera
memberitahu bahawa inilah layanan yang biasa kepada
Bumiputera apalagi dari kampung dan tidak
berpendidikan tinggi, terutamanya apabila ingin
membuat aduan tentang masalah perampasan Tanah Adat
Bumiputera atau Tanah Kerajaan atau permohonan
mendapatkan hakmilik Tanah Adat Bumiputera. Contohnya,
Cik Rose dari kaum Melayu dari Kampung Sungai Rait,
seorang peniaga kecil dari Pasar Tamu Miri, yang sudah
menunggu lebih kurang 11 tahun untuk mendapatkan geran
Tanah Adat Bumiputera. Namun syukurlah akhirnya dapat
juga bertemu dengan seorang pegawai atasan Bumiputera,
Encik Razak yang begitu prihatin pada soalan-soalan
saya serta aduan saya. Namun, Encik Razak juga
kelihatan tertekan untuk berterus-terang di dalam
suasana jabatan kerajaan yang begitu berahsia,
walaupun dia memberikan kerjasama yang amat bernilai,
contohnya mengenai perpindahanmilik lebih 80% Tanah
Adat Bumiputera di Kampung Batu 1 seperti yang
diterangkan sebelum ini. Walaupun demikian Encik Razak
berjanji akan membantu penduduk kampung yang ingin
berjumpa dengannya. Dan apabila saya turun ke Pejabat
Pendaftaran Tanah untuk mengetahui dengan lebih jelas
tentang samada pemilik Bukan Bumiputera Tanah Adat
Bumiputera ini adalah rakyat tempatan, Semenanjung 
atau orang asing terutamanya dari Singapura, saya
tidak dilayan sama sekali oleh Pembantu Pegawai
Pendaftar, Encik Lim Cheng Ek, dan memberitahu bahawa
ini adalah rahsia sulit, seolah berkaitan keselamatan
negara! 

Kelima, penguasaan Miri, Marudi dan bandar-bandar lain
di Sarawak dari apa yang diberitahu oleh penduduk yang
berhijrah dari Kuching, Sibu, Limbang dan Bintulu,
oleh syarikat-syarikat balak dan kelapa sawit yang
berlagak seperti “Mafia”. Syarikat-syarikat ini yang
seolah menguasai Sarawak dan ahli-ahli politiknya,
seolah melaksanakan “Undang-Undang Hutan”nya sendiri
(iaitu seolah Law of the Jungle). Selalunya
syarikat-syarikat balak ini akan juga mempunyai
anak-anak syarikat yang terlibat di dalam pelbagai
perniagaan lain terutamanya dalam bidang hartanah,
kilang-kilang papan), perladangan besaran kelapa sawit
dan pengangkutan pasir (pasir ini mungkin juga
diangkut ke Singapura secara haram). Contohnya,
syarikat-syarikat yang berpusat di Miri, Samling dan
Shin Yang amat berkuasa, dan digeruni oleh penduduk
Sarawak. Syarikat-syarikat ini yang terlibat di dalam
banyak projek-projek pembalakan di Hutan Simpan dan
perampasan Tanah Adat Bumiputera untuk perladangan
kelapa sawit atau perladangan untuk kilang papan (pulp
plantation) secara besaran, kini begitu agresif
menumpukan pada bidang hartanah (real estate). Ini
termasuklah pembelian yang begitu senang Tanah
Kerajaan di tepi-tepi pantai dan berdekatan pusat
bandar, contohnya untuk pembinaan kediaman yang berupa
istana-istana peribadi taukeh-taukehnya di persisiran
pantai dari Tanjung Lubang hingga ke Beraya seperti
yang diterangkan sebelum ini, sehingga
sewenang-wenangnya memusnahkan kemudahan awam seperti
sebuah jambatan rekreasi awam ke dalam laut dan
pondoknya. Juga pembinaan Wisma Samling di Tanah
Kerajaan di persisiran pantai yang dahulunya bekas
tanah Jabatan Marin. Penguasaan hartanah di pusat
bandar yang terbaru oleh syarikat-syarikat gergasi
Samling dan Shin Yang ini di pusat bandar termasuklah
Bukit Canada Hill dan Bukit Haji Wahid, yang juga
merupakan Tanah Kerajaan, yang dahulunya merupakan
pusat penempatan penduduk Bumiputera yang telah
dipindahkan. Di samping itu, syarikat-syarikat gergasi
balak ini serta yang syarikat-syarikat balak yang
lebih kecil, bertindak seperti “Mafia” ini mengupah
gangster-gangster, dan kadang-kadang dengan bantuan
pihak polis tempatan yang nyata telah diberi rasuah, 
samada untuk menakutkan atau sehingga membunuh
penduduk kampung, pekerja-pekerjanya atau
aktivis-aktivis sosial yang menentang projek-projek
perladangan dan pembalakan besar-besaran yang
melibatkan perampasan Tanah Adat Bumiputera atau
kemusnahan Hutan Simpan yang mengancam pendapatan
tradisonal yan g masih berlleuasa, dari hasil hutan
dan keselamatan penduduk, serta pekerja-pekerja yang
menuntut hak mereka. Mereka juga kebanyakan tidak
mendaftarkan pekerja-pekerja mereka di bawah skim
nasional KWSP seperti yang dituntut oleh undang-undang
negara. Seperti kejadian-kejadian  yang sungguh
mengharukan yang diceritakan oleh Nyaru yang telah
disebutkan sebelum ini,  bapanya iaitu Ketua Kampung
Rumah Panjang Kampung Belasoi di Marudi, yang bernama
Munau a/k Kendawang, yang disyakki di bunuh oleh
gangster syarikat balak Sekaloh pada tahun 1994.
Bapanya menentang pembalakan di Hutan Simpan Marudi
yang menceroboh tanah perkuburan pusaka kaum Iban
turun temurun yang berabad usianya yang tertakluk di
bawah Tanah Adat Bumiputera yang telah dirangkumkan
sebagai Hutan Simpan. Di samping itu, kampung saudara
Nyaru di sebuah Rumah Panjang kaum Iban di Bakong,
Miri, telah diserang oleh pasukan polis tempatan,
setelah penduduk kampung tersebut menentang
pencerobohan Tanah Adat Bumiputera mereka, sehingga
juga tercetus kejadian pembunuhan. Selain dari itu,
Nyaru terus lagi ditimpa malang dengan kejadian
terbaru tahun lepas, apabila abangnya yang bekerja di
syarikat balak KTS Katimas dipercayai dibunuh dengan
sengaja, dan syarikat balak ini enggan membayar
pampasan di samping tidak mendaftarkan pekerjanya ke
KWSP. Ketiga-tiga kes tersebut tidak pernah mahu
diselesaikan oleh pihak polis hingga sekarang; bahkan
pegawai polis yang membunuh seorang penduduk warga
emas yang tidak bersenjata di Bakong itu masih
berkhidmat, bahkan dinaikkan pangkat. Dan sehingga
sekarang pembunuhan aktivis Switzerland, Bruno Manser,
yang memperjuangkan kawasan Hutan dan Tanah Adat
Bumiputera kaum Penan terutamanya yang amat
tradisional yang merupakan pengembara Hutan Tropika
(Nomadic People of the Rainforest) dari pembalakan
besar-besaran, yang mana kes pembunuhan ini masih
belum diselesaikan Bayangkan aktivis-aktivis barat
bukan Islam yang begitu berani dan ikhlas
memperjuangkan hak orang Islam di Iraq, Palestin,
Afghanistan dan Lebanon dari keganasan US-Israel, UK
dan sekutu-sekutu mereka, dibunuh dengan kejam, hanya
kerana mempertahankan keadilan? Jadi alasan Bruno
Manser sebagai aktivis barat yang masuk campur hal
ehwal negara kita dan maka biarkanlah pembunuhan kejam
berlaku terhadapnya, tidak boleh diterima oleh
pencinta keadilan. Bahkan Islam tidak hanya
memperjuangkan keadilan untuk orang Islam semata-mata
dan kekejaman kepada sesiapa termasuk yang bukan
Islam. 

Keenam, kebajikan yang diabaikan terhadap penduduk
miskin Bumiputera. Contohnya sewaktu saya ke
perkampungan kaum Melayu di Kampung Sewak Jaya dekat
Miri, sistem perparitan tidak ada lansung. Air
bertakung di parit-parit yang boleh membahayakan
keselamatan penduduk dari segi wabak denggi dan
menyebabkan kampung mudah dilanda banjir jika hujan
lebat; di samping jalanrayanya banyak yang berlubang.
Selain dari itu, kabel taliponnya sudah dicuri dan
tidak mahu digantikan oleh pihak tempatan, yang mana
ini juga telah menjejaskan sebuah chalet
eko-pelancongan milik Bumiputera. Tempat menunggu
basnya juga terdiri dari dua pondok papan buruk
sedangkan kampung dan chalet ini terkenal dengan
pelancong barat disebabkan terdapat persisiran pantai
dan lautan yang terindah di Miri. Satu lagi contoh,
ialah pengabaian di kampung-kampung Bumiputera di
Marudi, yang terdiri kebanyakan dari kaum Iban,
Melayu, Kayan dan Kenyah Sewaktu di sana, saya melawat
Rumah Panjang kaum Iban di Kampung Sengkabang dan
sungguh terharu melihat bekas tapak tanah rumah
panjang tersebut yang terbakar sejak 2003. Sehingga
kini tiada bantuan untuk mendirikan Rumah panjang
tersebut semula dari pihak kerajaan negeri dan
penghuni rumah panjang tersebut yang berjumlah lebih
kurang 100 orang, tinggal dalam pondok-pondok buruk
yang kelihatan begitu daif. Bahkan bekalan elektrik
pun tiada, dan ini merupakan perkara biasa di
kampung-kampung Bumiputera, Sedangkan, pekan Marudi
yang tidak jauh dan dikuasai penduduk Bukan Bumiputera
begitu canggih hinggakan sampai ada dua atau tiga
bank. Menurut Ketua Kampung Sengkabang, Pak Entap,
mereka sudah puas memohon dan ahli parlimen hanya
menjengok sewaktu pilihanraya dahulu. Selain dari itu
Pak Entap mengadu, untuk memperbaiki kehidupan mereka
melalui bidang pertanian di samping menceburi industri
kecil eko-pelancongan serta pemasaran kraftangan
mereka yang indah, penduduk kampung-kampung Bumiputera
Marudi sudah banyak kali berulang alik ke Jabatan
Pertanian Marudi. Namun, pegawai-pegawai di Jabatan
ini sering menghilangkan diri “minum kopi” berjam-jam
dan melayan penduduk kampung dengan sombong. Bahkan
banyak tanah-tanah kerjaan bekas Hutan Simpan dan
Tanah Adat Bumiputera di Marudi semakin diberikan
kepada syarikat-syarikat perladangan dan
individu-individu Bukan Bumiputera. 

Saya juga merasa hampa dengan keadaan ramai generasi
muda dari kampung-kampung Bumiputera, terutamanya yang
miskin, di mana masih ramai yang keciciran sekolah di
peringkat awal. Contohnya, menurut Pak Entap di Rumah
Panjang Kampung Sengkabang di atas, setakat ini hanya
seorang yang masuk universiti dan dua mengambil bidang
kejururawatan dari masyarakat tersebut. Kebanyakan
generasi muda masih berhenti sekolah awal kerana
tertekan akibat kemiskinan lalu ingin membantu
keluarga, dan selalunya terpaksa walaupun berat hati,
bekerja di syarikat-syarikat balak, pasir dan
perladangan milik bukan Bumiputera. Namun, Pak Entap
dan penduduk kampung Bumiputera yang lain percaya
sekiranya industri pertanian dibangunkan dengan
komersil untuk masyarakat Bumiputera seperti yang
diperjuangkan Kementerian Pertanian, akan menarik
generasi muda untik kembali ke kampung dan
membangunkan masyarakat mereka terutamanya dari
kemiskinan yang berlarutan dari generasi ke generasi.
Ini juga akan menghasilkan generasi muda akan datang
yang mementingkan pelajaran yang setinggi-tingginya
akibat tidak lagi dibelenggu kemiskinan yang banyak
mengganggu pembesaran dan pengembangan minda mereka.
Selain dari itu, apabila kemiskinan membelenggu
kehidupan mereka berterusan, mereka seolah menerima
sebarang penindasan sebagai nasib yang telah
ditentukan untuk kehidupan mereka oleh Tuhan.

Akhir sekali, saya ingin mencadangkan agar ahli-ahli
politik Bumiputera terutamanya dari generasi muda
dalam UMNO untuk betul-betul turun padang dan
menyiasat secara sulit krisis genting yang melanda
Bumiputera Sabah dan Sarawak. Bila di sana, tak
usahlah hanya duduk dengan selesa di hotel-hotel
besar, tetapi bercampurlah sebagai rakyat biasa dengan
rakyat yang miskin dan tertindas di kampung-kampung,
di pasar-pasar buruk dan naiklah bas-bas atau
kenderaan awam. Dan usahlah segan atau hendaklah
merendah diri untuk beramah-mesra tentang kehidupan
harian kerana orang-orang kampung selalunya mudah
mesra dan ikhlas. Bahkan, penduduk miskin dan
tertindas Bumiputera terutamanya dari kampung-kampung
kaum Melayu di sana amat mahukan pembelaan UMNO (untuk
menapak di Sarawak seperti di Sabah) dan Kerajaan
Persekutuan, oleh kerana banyak parti-parti Bumiputera
dan kerajaan negeri di sana yang dipergunakan oleh
Bukan Bumiputera dan Orang Asing untuk memecahbelahkan
Bumiputera dan menyokong penjajahan mereka,
terutamanya menggunakan isu agama. Iaitu dengan
menghasut Bumiputera Bukan Islam untuk membenci
Bumiputera Islam. Dan kebanyakan Bumiputera Bukan
Islam di Sabah dan Sarawak, termasuk di ceruk kampung
amat agresif dipengaruhi mahzab Evangelism, iaitu
salah satu mahzab Kristian yang palsu dan amat
berbahaya yang diterajui oleh pemimpin-pemimpin dan
penjajah barat yang amat bencikan Islam dan hak
Bumiputera sesuatu negara, iaitu Bush, Howard dan
Blair, dengan sekutu-sekutu kuat mereka termasuk
Singapura. Maka di dalam konteks yang lebih luas,
politik global juga turut wujud dengan amat halus dan
tersembunyi tetapi paling merbahaya jika terus
dibiarkan, di dalam penjajahan Sarawak dan Sabah ini,
yang amat indah serta amat kaya dengan sumber asli gas
dan miyak, yang masih banyak belum diterokai. 

Yang Ikhlas, 
Noor Aza Othman
Damansara Damai, Kuala Lumpur.
Talipon: 012-5394924
[EMAIL PROTECTED]


    KEAMANAN - KESEJAHTERAAN - KEADILAN 
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
  Sumbangan untuk pembinaan Bangunan PAS N.Sembilan boleh disalurkan melalui 
Bank Islam No Akaun 50120100 27521.  “Bank in slip” bolehlah dihantar kepada :
    Bendahari
  Tabung Bangunan PAS NS, No 11, Tingkat 1, Bangunan PKNNS,Jln Seremban 
K.Pilah, Ampangan,
  70400 Seremban, N.S.






 
____________________________________________________________________________________
It's here! Your new message!  
Get new email alerts with the free Yahoo! Toolbar.
http://tools.search.yahoo.com/toolbar/features/mail/


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke