----- Forwarded Message ---- From: AHMAD KHAIRY AHMAD DOMIL <ahmadkhairyahmaddo...@yahoo.com> To: hidayah...@yahoogroups.com Sent: Sun, September 12, 2010 10:41:44 PM Subject: Fw: [Al-Ramadhan] Antara Teo Nie Ching, Rosmah Mansor dan Puteri UMNO.. Aslmwbkth... Puak-puak gabra... memacam alasan laaa... Sedangkan sesangat joleh kefasikan dan kemunafikan mereka... AKAD AIJAdRS(Agi Idup Junjung ALLAH dan Rasulullah Sa.w.) ============================================================================================= ----- Forwarded Message ---- From: ArifYoges a...@isses-tech.comsent: Mon, August 30, 2010 3:30:28 PM Muhd Arif Yoges Design Engineer ISSES TECHNOLOGY (M) SDN BHD Mobile: +6019-388 0257 Website: www.isses-tech.com ----- Original Message ----- From: Abu.Bakar Sent: Monday, August 30, 2010 12:51 PM Antara Teo Nie Ching, Rosmah Mansor dan Puteri UMNO.. Posted by Anak Sungai Derhaka at Sunday, August 29, 2010 > > >Teo Nie Ching ialah seorang Ahli Parlimen dari DAP, beliau telah dijemput >memberikan sepatah dua kata kerana telah memberikan sumbangan kepada Surau >Al-Huda, Kajang pada 22 Ogos yang lalu malangnya lawatannya itu telah >mencetuskan kontroversi setelah disensasikan oleh Utusan Malaysia yang >mentafsirkan ucapannya itu sebagai takzirah.- lihat di SINI > >Disebabkan beliau bukanlah seorang yang berugama Islam jadi beliau tidak >menutup >rambutnya yang juga sebahagian dari aurat tetapi pakaiannya boleh dikatakan >sopan. > >Kejadian ini telah dikritik hebat oleh para Mufti, Ahli Ugama dan Media yang >dikuasai oleh UMNO/BN. Pengarah JAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai >berkata, perkara tersebut tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak >dibenarkan memasuki masjid dan surau sedangkan suatu masa dulu JAKIM pernah >mencadangkan agar MASJID DIJADIKAN SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN.- baca di SINI > >Kemudiannya mereka mempertikaikan pula cara Nie Ching berpakaian yang tidak >menutup kepalanya yang juga sebahagian dari aurat denga tidak memakai tudung... > > > > >Ini pula ialah gambar Isteri Najib iaitu Rosmah sedang memberikan takzirah >(layak kah dia?) didalam sebuah Surau yang tidak tahu entah dimana. > >Memberikan Takzirah dengan tidak menutup keseluruhan aurat (hampir sama dengan >Nie Ching)di hadiri oleh para penyokong UMNO yang jelas kelihatan ada yang >tidak >menutup aurat didalam Surau tersebut. > >Mereka adalah orang-orang Islam yang sepatutnya lebih memahami tuntutan Islam >dalam menjaga adab dan tertib ketika berada didalam Masjid atau Surau. Dan >sebagai wanita yang berugama Islam cara berpakaian mereka sepatutnya jauh >lebih >sopan dari Nie Ching yang bukan Islam itu.. > >Malangnya tiada sesiapapun dari para Mufti, Ahli Ugama dan Media yang berani >mempertikaikan kelakuan mereka itu.. Mereka memejamkan mata mereka... > >Adakah kerana perempuan itu Isteri kepada Najib dan pendengarnya pula ialah >penyokong UMNO mereka tidak tertakluk kepada undang-undang Allah? > > > > >Ini juga gambar Rosmah Isteri Najib yang dibanggakan oleh > >penyokong UMNO/BN.. juga memperlihatkan aurat didalam Masjid. > > > > >Ini gambar lama.. err.. bukan gambar Rosmah. Puteri UMNO sedang > >membaca Al-Quran sambil mendedahkan aurat > > > > >Ini juga gambar puteri-puteri UMNO dalam satu majlis disebuah > >surau atau masjid.. ada yang penampilannya sama dengan Nie Ching. > > > >PUTERI UMNO TERKECUALI DARI HUKUM ISLAM KE??? > > > > > >Dr Asri: Saya bukan pertahan YB Teo >Ogos 29, 10 1:38pm >Kongsi 110Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin berkata laporan >media yang menyebut bahawa beliau mempertahankan tindakan ahli parlimen >Serdang >Teo Nie Ching adalah kurang tepat. > > "Saya kira laporan itu kurang tepat. Saya tidak campur dalam urusan politik >beliau dan tidak mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku," katanya dalam >satu >kenyataan. > > >Cuma, tambahnya, beliau telah menegaskan beberapa perkara berikut: > >1. Bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid jika dengan tujuan yang betul >seperti untuk mengenali Islam, memahami atau mempelajarinya. Juga untuk urusan >dengan orang Muslim, dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan masjid. Ini >kerana pada zaman Nabi SAW bukan Muslim masuk ke masjid untuk bertemu >Rasulullah >SAW. > >2. Isu-isu agama Islam hendaklah dinilai dengan timbangan agama yang >berteraskan >dalil dan hujah. Menggunakan neraca politik kepartian untuk menilai isu agama >boleh merosakkan kesucian agama ini. Islam dibina atas hujah dan dalil, >sementara politik kepartian sering dibina atas persepsi dan prejudis. > >3. Bukan Muslim, bahkan Muslim juga tidak boleh menggunakan masjid untuk >tujuan >politik puak dan peribadi. > >4 .Pandangan dan pendapat mengenai Islam hendaklah berteraskan hakikat Islam >yang sebenar. Pendekatan sesetengah golongan politik kebelakangan ini >menggunakan isu agama untuk membangkit permusuhan kaum sehingga boleh >menimbulkan salahfaham terhadap Islam, sebenarnya tindakan itulah yang >mencemarkan Islam. > > Sebelum ini, tindakan ahli parlimen Serdang itu memberi ucapan di sebuah > surau >di Kajang Sentral telah menimbulkan kemarahan beberapa pihak. > >Berikutan itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengambil alih >pengurusan surau tersebut. > >Sultan Selangor juga dilaporkan turut murka dengan apa yang berlaku itu. > > > >