ASSALAMU`ALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH... La ilaha ilallah ….semoga Allah sentiasa memberikan Hidayah & TaufikNYA kepada dirimu, Ummu Abdul Aziz. Begitu juga kepada semua orang beriman yang lain. Allah jaga dirimu & orang beriman yang lain sehingga benar-benar bermanfaat bagi agama dan umat ini...
Ameeen YA ALLAH YA RABBAL`ALAMEEEN... from my compeha® ============================================================================================================ ----- Forwarded Message ----- >From: ab rahim abdul hamid <arah1...@yahoo.com> >To: u hartford <x-...@yahoogroups.com> >Cc: silaturrahim <thesilaturra...@googlegroups.com>; >naqibnet-disk...@yahoogroups.com; alumni_esq...@yahoogroups.com; >masjidtourgui...@googlegroups.com; bekam <be...@googlegroups.com> >Sent: Wednesday, February 13, 2013 2:18 AM >Subject: [NaqibNet Diskusi] Wanita Ini Berjaya Islamkan 7 Profesor Barat..... > > > > > >Wanita Ini Berjaya Islamkan 7 Profesor Barat Hanya Dengan Jilbab >> >>Kisah yang satu ini merupakan salah satu contoh dari sekian banyak potret >>kehidupan seorang wanita muslimah yang begitu bangga dan merasa terhormat >>dengan agama yang selama ini ia telah hadir mewarnai perjalanan hidupnya. >>Seorang muslimah yang di hatinya terdengar keras degupan syiar agama >>Allah.Itulah hati yang mampu mengenal Allah dan Rasul Nya sehingga keraguan >>tak pernah lagi ditemui di dalamnya. Dialah peribadi seorang wanita muslimah >>yang hatinya selalu memikul tanggung jawab dakwah. Namun sayang watak semacam >>ini ternyata jarang untuk kita temui. Ya memang sangat jarang sekali. >> >>Ummu Abdul Aziz, begitulah wanita ini biasa disapa dalam hariannya. Suaminya >>seorang doktor yang tinggal di bandar Riyadh, Saudi Arabia. >> >>Pada satu kesempatan, Ummu Abdul Aziz harus menyertai suaminya untuk >>menghadiri salah satu persidangan perubatan yang diadakan di salah satu >>negara Eropah. Dengan langkah pasti ia iringi keberangkatan sang suami. Ya, >>ia sedar sekali bahawa Tuhan yang selama ini ia sembah di negaranya tak lain >>adalah Tuhan yang akan ia jumpai di negera Eropah tersebut. Tuhan yang satu, >>Allah. Demikian pula halnya kaum Lelaki yang ia jumpai nya di negara asalnya, >>Arab Saudi. Oleh kerana itu, sebaik tiba di negara destinasi, keadaannya >>tidak berubah sedikitpun. >> >>Komitmen untuk sentiasa melaksanakan segala perintah Tuhannya ia selalu >>pegang dengan baik. Hal ini nampak kelihatan jelas dari cara ia berpakaian. >>Potongan kain yang dikenakannya menutupi seluruh anggota tubuhnya .. Ya Ummu >>Abdul Azis mengenakan pakaian secara lengkap sehingga tidak tak sedikitpun >>anggota tubuhnya yang boleh terpandang mata, walaupun ia berada di kawasan >>Eropah yang serupa dengan mode-mode pakaian masa kini. >> >>Oleh kerana itu wajar apabila masyarakat Eropah yang menjumpainya merasa >>hairan dengan pemandangan yang sangat asing seperti yang ia tampakkan. Ia pun >>mula menjadi pusat perhatian, seakan-akan bertanya ‘”Makhluk apakah yang ada >>di balik kain hitam ini?” Benar-benar pemandangan yang sungguh aneh bagi >>mereka. >> >>Pada suatu hari, beberapa wanita Eropah berkumpul mendatanginya. Rata-rata >>mereka adalah para profesor yang boleh dikatakan sudah cukup berumur. >>Dialogpun akhirnya berlangsung di antara mereka (Qadaralllah ummu Abdul Aziz >>mampu berbahasa Inggeris). Dengan begitu beraninya salah seorang daripada >>mereka mengajukan sebuah soalan, “Kamu pasti kelihatan seperti ini hanya >>untuk menyembunyikan kecacatan yang ada di tubuh kamu bukan? Atau mungkin >>sekadar menutupi wajahmu yang nampak tidak cantik?? >> >>Ya kiranya anggapan seperti itulah yang tertanam di benak mereka selama ini >>terhadapnya. Ummu Aziz terus membawa mereka ke salah satu sudut bilik, lalu >>membuka cadar yang selama ini menutupinya wajahnya. Ternyata ia nampak >>seperti wanita normal pada umumnya, tanpa ada cacat sedikitpun sebagaimana >>dugaan mereka. Bahkan mungkin parasnya lebih cantik dari wanita biasanya, >>in-sya Allah. Kesempatan ini tentu tidak ia biarkan berlalu begitu sahaja >>tanpa menyampaikan sesuatu kebenaran. >> >>Setelah memperlihatkan wajahnya, Ummu Abdul Aziz terus bermula masuk ke >>pembicaraan asas. Ia jelaskan kepada mereka bagaimana Islam meletakkan >>wanita. Ia paparkan sejauh mana penghormatan agama Allah ini terhadap kaum >>Hawa selain ia berikan gambaran tentang ajaran agama Islam secara umum. >> >>Tahukah apa yang berlaku selepas itu? Ya setelah tiga jam berlalu, sebanyak >>tujuh dari sepuluh Professor wanita tadi terus mengikrarkan keislaman mereka! >>Tak lain kerana Ummu Abdul Aziz atas izin Allah! Bayangkan tujuh orang >>Professor masuk Islam hanya dalam tempoh tiga jam selepas melakukan dialog. >> >>Sebagai seorang muslimah Ummu abdul Aziz tidak merasa kecil sehingga menjadi >>asing dengan ajaran agamanya Kehadirannya di negara pengusung faham >>liberalisme yang jauh dari sistem nilai sosial tersebut. Ia tetap berpakaian >>muslimah sejati dan tidak mempengaruhinya untuk berganti pakaian ketat dengan >>hiasan murahan di sana-sini seperti perhiasan kejahiliyahan layaknya barangan >>murahan. >> >>Tujuh orang professor wanita menyatakan keislaman mereka. Allah pun >>meninggikan darjat mereka dengan agama ini. Agama yang selama ini menjadi >>satu kebanggaan tersendiri bagi peribadi seperti Ummu Abdul Aziz. Akhirnnya >>dari seorang muslimah yang berusaha untuk mengajak umat ini kepada jalan >>Allah. Ia fungsikan dirinya sebagai media turunnya hidayah bagi siapa yang >>Allah kehendaki. Dengan cara seperti ini ia mampu merubah pandangan rendah >>mereka terhadap agama yang Allah redhai ini. >> >>La ilaha ilallah ….semoga Allah sentiasa memberikan taufikNya kepada dirimu, >>Ummu Abdul Aziz. Allah jaga dirimu sehingga benar-benar bermanfaat bagi agama >>dan umat ini... Amiin >> >> >> >