Rujuk 
http://artmelayu.blogspot.com/2012/03/makam-para-pejuang-turki-di-aceh-tombs.html

Makam
para pejuang Khilafah Uthmaniyah berbangsa Turki di Aceh (Tombs of Turkish
fighters in Aceh) 

 

Pada
tahun 1530an Sultan Al-Qahhar (Acheh) dapat bantuan Khilafah Uthmaniyah. 160
orang askar Turki, askar Habsyah dan askar Gujarat (India/Pakistan), 200 askar
Malabar (India) tiba di Acheh untuk tolong Muslim. Pada tahun 1564 Khilafah 
Uthmaniyah
beri Acheh 500 meriam. Teknologi meriam Khilafah adalah yang tercanggih di
dunia. Askar Acheh berbilang bangsa - tiada Nasionalisme. Menurut (Joginder
Singh Jessy, Sejarawan Malaysia terkenal), Beliau berkata, "Khilafah Uthmaniyah
adalah kuasa terkuat di dunia pada masa itu. Kekuasaan Khilafah Uthmaniyah
berpunca dari tenteranya yang tahan lasak". Acheh serang Portugis di
Melaka 6 kali dengan bantuan Khilafah Uthmaniyah iaitu pada 1537, 1539, 1547,
1568, 1573 dan 1575. Portugis berjaya disekat dari jajah Acheh dan wilayah
lain. Hadis nabi: �Sesungguhnya Imam (Khalifah) adalah
Pelindung� Hubungan akrab di antara Acheh dan Khilafah Uhmaniyah
pertahankan kemerdekaan Acheh selama lebih 300 tahun. Bila Acheh tidak dapat
dibantu Khilafah, Belanda kalahkan Acheh awal abad ke20. Akhbar The New York
Times melaporkan bahawa pada 5 Julai 1873 Belanda minta Acheh putuskan semua
hubungan Acheh dengan Khilafah Uthmaniyah.

Gambar-gambar di bawah menunjukkan
kubur askar-askar Khilafah Uthmaniyah yang dikebumikan di Acheh. Ketika itu
mereka tidak ada semangat nasionalisme yang memecahbelahkan umat seperti yang
kita saksikan hari ini. Mereka sanggup mengharungi lautan beribu-ribu kilometer
dari Turki dan wilayah umat Islam yang lain seperti India menuju ke Acheh untuk
mempertahankan saudara mereka yang satu aqidah dengan mereka di Acheh. Berbeza
dengan hari ini. Walaupun Gaza, Palestin, diserang oleh Yahudi, tetapi askar
Islam yang berdekatan seperti di Mesir, Arab Saudi dan sebagainya tidak dihantar
ke Gaza untuk mempertahankan saudara mereka.

“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang
gugur di jalan Allah, (bahawa mereka itu mati); bahkan (sebenarnya) mereka
itu hidup, tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.”

(Surah
Al-Baqarah: Ayat 154)

 

Mereka itu hidup  bermaksud hidup
dalam alam yang lain yang bukan alam kita ini, di mana mereka mendapat
kenikmatan-kenikmatan di sisi Allah, dan hanya Allah sajalah yang mengetahui
bagaimana keadaan hidup itu.

 









Di sebelah masjid terdapat satu kawasan lapang.

Besides the mosque there is an open area.







Ada papan tanda menyebutnya sebagai makam Tengku di Bitay
(juga dieja Bitai).

There's a signage mentioning it as the tomb of Tengku
di Bitay (also spelt Bitai).







 

Papan tanda ini pula menyebut ini
adalah tanah perkuburan para komander Khilafah Uthmaniyah, askar-askarnya serta
keturunan mereka.

This signage in turn says
this is the graveyard for Ottoman caliphate commanders, soldiers and their
descendants.

 



Untuk pengetahuan Khilafah
Uthmaniyah merupakan sebuah empayar besar bertaraf dunia yang pernah berpusat
di Turki.



For information the Ottoman caliphate was a world superpower
which used to be centred in Turkey.

 



Ia pernah menjadi pusat pemerintahan
kekhalifahan Islam dari awal abad ke 16 Masihi hingga ke awal abad ke 20.

It used to be the centre of rule for the Islamic
caliphate from the early 16th century AD till the early 20th century.

 



Hubungan dengan Aceh dikatakan mula
terjalin semasa Sultan Salahuddin memerintah Aceh (ada yang sebut 1528-1537,
ada yang kata 1530-1539).

Relationship with Aceh is said to have been cemented
since Sultan Salahuddin ruled Aceh (there are those who said 1528-1537, others
said 1530-1539).









Sejak itu askar-askar dari Khilafah
Uthmaniyah dihantar untuk membantu Aceh menangani penjajahan Barat di Asia
Tenggara. Mereka ini berpusat di Bitai dan apabila meninggal dunia dimakamkan
di sini.

Since then soldiers from Turkey have been sent to help
Aceh deal with Western colonisation in South East Asia. They were centred in
Bitai and when they died were laid to rest here.





Paling
terserlah adalah bangunan makam ini.

Most outstanding is this tomb building.









Nampaknya
ia menempatkan jasad para komander dan pemimpin masyarakat Khilafah Uthmaniyah.

Looks like it houses the bodies of the commanders and
leaders of the Turkish community.

Kirim email ke