Anda ingin merasai sendiri keperitan hidup umat Islam
di Kemboja serta membantu umat Islam di sana ? Melihat
sendiri bagaimana umat Islam di sana hanya makan
daging setahun sekali , itupun melalui sumbangan
ibadah korban dan aqiqah. Melihat sendiri bagaimana
umat Islam di sana yang berketurunan Melayu yang hanya
makan nasi berlaukkan garam. Melihat bagaimana
anak-anak mereka berkongsi-kongsi Al Quran untuk
mengaji. Walaupun hidup dalam kesusahan dan penuh
kedaifan tetapi mereka masih bahagia dengan Islam yang
ada pada diri mereka.

Sekiranya anda sendiri ingin menyampaikan bantuan
kepada umat Islam di sana maka andalah bolehlah
menyertai Misi Relief ke Kemboja anjuran Yayasan Amal
Malaysia pada 25 hingga 28 November 2006. Perbelanjaan
untuk seorang adalah sekitar RM 1000, penginapan dan
makan minum bukanlah hotel lima bintang, anda mungkin
terpaksa tidur di masjid yang berlantaikan tanah
beratapkan langit atau mungkin tidur di pondok-pondok.

Anda bolehlah menyampaikan sendiri sumbangan yang anda
kumpulkan di kalangan sahabat handai serta rakan
taulan samada dalam bentuk wang ringgit, makanan,
buku, Al Quran, sejadah, telekung kepada
saudara-saudara seagama dan sebangsa di Kemboja.

Jika anda tidak berkesempatan untuk bersama anda juga
bolehlah menaja sesiapa untuk ke sana serta
memaklumkan program ini kepada rakan-rakan.

Disamping itu mereka yang ingin mengambil bahagian
dalam ibadah aqiqah di sana kadarnya hanyalah RM 150
untuk satu bahagian. Dengan hanya RM 150
berpuluh-puluh keluarga Islam di sana dapat makan nasi
berlaukkan daging. Atau anda tiada siapa untuk
diaqiqahkan anda masih berpeluang untuk memberi satu
bahagian atas niat sedekah.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Relief Kemboja
sila hubungi Sdr Jamaludin Elias AJK Yayasan Amal
Pusat 019-6644796.

Mereka yang ingin pergi ke sana sila sediakan RM 1000,
wang saku serta serahkan nama penuh, No Kad Pengenalan
dan No Paspot kepada Sdr Jamaludin Elias.

Untuk maklumat lanjut mengenai Yayasan Amal sila ke
laman web berikut www.amalmalaysia.net 


     
  Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
   
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke