Jabatan agama lewat beri bantuan, pendakyah Kristian
ambil kesempatan - mangsa banjir        
KUALA LUMPUR, 4 Jan (Hrkh) - Seorang mangsa banjir
dari Kota Tinggi yang menelefon Harakahdaily hari ini
mendakwa Jabatan Agama Islam Johor lewat untuk
menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir
terutamanya orang Islam di negeri itu. 

Beliau yang mahu dikenali sebagai Ismail Ahmad,
berkata kelewatan itu mengakibatkan pihak lain
daripada persatuan bukan Islam mengambil kesempatan
menghulurkan derma ketika ribuan mangsa mengharapkan
ihsan wang zakat dan Baitulmal. 

"Saya cukup pelik dan hairan, mengapa jabatan agama
cukup lambat dalam bertindak hinggakan persatuan
Buddha dan Kristian di sini lebih awal menghulurkan
bantuan berupa wang RM200 dan makanan serta pakaian
ketika kami mula-mula menghadapi bencana," katanya
kepada Harakahdaily. 

Sebagai mangsa banjir yang berhadapan dengan
kemusnahan seluruh harta benda beliau berkata bahawa
pada saat ini bantuan daripada pihak berkuasa zakat,
Baitulmal dan jabatan agama Islam amatlah ditagih
kerana mangsa terpaksa memulakan hidup tanpa sebarang
harta. Justeru menjadi tanggungjawab kepada pihak
berkuasa agama dan zakat dalam membantu semula
pembayar zakatnya sebelum ini yang kini dilanda
musibah, katanya. 

"Apa yang pihak jabatan agama Islam dan zakat tunggu
lagi, saya pun pelik dalam hal ini mereka perlu
mesyuarat dan buat prosedur macam-macam dengan
pelbagai karenah birokrasi hinggakan mangsa terus
menghadapi kesukaran. 

"Saya tidak nafikan bantuan daripada kerajaan Pusat
telah diterima, tetapi sebagai umat Islam dan pembayar
zakat di Johor saya malu dengan kelemahan pihak
berkuasa agama membela nasib umat Islam sendiri,"
katanya lagi. 

Pihak berkuasa agama perlu mencontohi kebajikan pantas
yang dibuat oleh persatuan bukan Islam di negeri ini
yang begitu cepat menguruskan bantuan kepada mangsa
yang beragama Islam dan bukan Islam, katanya. 

Kelewatan pihak berkuasa agama di negeri ini bertindak
membantu mangsa banjir hanya akan memburukan imej
Islam di mata bukan Islam selain membuka peluang
kepada bukan Islam menyebarluaskan dakyah mereka
kepada umat Islam. 

Menurut Ismail, bagi mangsa sepertinya masih beruntung
kerana ada pekerjaan dan gaji tetap untuk menampung
kehidupan selepas ini, tetapi bagi golongan yang tidak
bekerja dan hanya berniaga kecil-kecilan hidup mereka
tentu cukup sukar selepas ini. 

Dalam hal ini satu tindakan pantas dari pihak zakat
dan jabatan agama Islam amat diperlukan dalam membela
dan memberi sinar baru kepada golongan yang tidak ada
sumber pendapatan ini, katanya. 

Baginya pihak berwajib perlu menyediakan semula
kemudahan dan kelengkapan kepada golongan ini untuk
memulakan semula perniagaan kecil mereka, mungkin
dalam bentuk pemberian geran bantuan atau sebagainya
yang boleh dimanfaatkan untuk menyabung hidup. 

"Ini soal kebajikan yang perlu diusahakan oleh pihak
berkuasa agama dengan serius, jangan suatu hari nanti
akibat kelemahan pihak berkuasa agama membela
kebajikan,rakyat akan hilang kepercayaan untuk
menyalurkan zakat kepada pihak berwajib," katanya. 

"Tidak dinafikan di Johor ini orang Islam ramai yang
dah mula 'convert' kepada Kristian dan Buddha akibat
dakyah melalui kebajikan yang mereka buat ke atas
golongan muda terutamanya. Ini kelemahan pihak
berkuasa agama yang hanya sibuk berceramah tetapi
tidak menjalankan kerja-kerja kebajikan," katanya
lagi. 

Lebih dikesalkan lagi katanya ada pihak menyatakan
bahawa pihak berkuasa agama telah dikenali dengan
kelewatan dalam meluluskan bantuan kepada fakir
miskin, sebaliknya dalam hal-hal yang lain yang tidak
membabitkan kebajika mereka cukup pantas bertindak.  
Banjir di Johor yang berlaku sejak lebih tiga minggu
lalu mengakibatkan beberapa daerah besar di negeri itu
seperti Segamat, Kota Tinggi dan Batu Pahat
ditenggelami air. Setakat ini beberapa tempat
dilaporkan masih ditenggelami air berminggu-minggu
lamanya. 

Begitupun laporan terbaru dari Bernama menyatakan,
jumlah mangsa banjir di semua pusat pemindahan banjir
di Johor berkurangan kepada 23,377 orang daripada
25,292 orang semalam. 

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis
Kontinjen Johor berkata keadaan di Batu Pahat, daerah
paling teruk dilanda banjir sejak dua minggu lepas,
tidak banyak berubah dengan 22,799 orang masih berada
di 66 pusat pemindahan banjir. 

Di Muar, jumlah mangsa yang dicatatkan di tiga pusat
pemindahan ialah 415 orang manakala seramai 163 orang
berada di tujuh pusat pemindahan di Segamat. 

Jurucakap berkata tiga jalan di Batu Pahat dan satu di
Kluang masih ditutup kepada kenderaan ringan. 

Jalan Kluang di Batu 18 ditutup kerana kerja pembaikan
manakala Jalan Seri Medan ke Parit Warijo serta Jalan
Seri Pasir di Seri Medan dan Jalan Seri Bengkal ke
Seri Gading masih ditenggelami air. 

Seramai 15 orang dilaporkan lemas di Johor dalam
banjir yang melanda negeri itu sejak 19 Disember lalu.
- lanh

http://harakahdaily.net/v061/index.php?option=com_content&task=view&id=5889&Itemid=28



    KEAMANAN - KESEJAHTERAAN - KEADILAN 
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
  Sumbangan untuk pembinaan Bangunan PAS N.Sembilan boleh disalurkan melalui 
Bank Islam No Akaun 50120100 27521.  “Bank in slip” bolehlah dihantar kepada :
    Bendahari
  Tabung Bangunan PAS NS, No 11, Tingkat 1, Bangunan PKNNS,Jln Seremban 
K.Pilah, Ampangan,
  70400 Seremban, N.S.





__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke