Utusan Malaysia 14 Dis 06 - KINI ramai remaja
didedahkan dengan majlis prom terutamanya di
sekolah-sekolah yang terletak di kawasan bandar. Prom
adalah satu majlis keramaian yang dikhaskan untuk para
remaja yang baru menamatkan pengajian di sekolah
menengah.

Majlis ini secara tradisinya bermula pada abad ke- 18
di Amerika Syarikat bertujuan untuk mendedahkan remaja
dengan kehidupan yang lebih teratur dan beretika dalam
pergaulan. 

Perkataan prom berasal daripada perkataan promenade
yang bermaksud majlis tarian yang formal di mana para
jemputan memperagakan fesyen pakaian dan gaya tarian
masing-masing. Pada mulanya prom diadakan di
dewan-dewan sekolah, tetapi akhirnya berpindah ke
hotel.

Apabila tarikh prom diumumkan di sekolah, setiap
pelajar lelaki akan ‘melamar’ pelajar perempuan untuk
bersama-sama ke majlis tersebut.

Adalah sesuatu yang amat ‘memalukan’ jika seseorang
pelajar hadir tanpa pasangan. Akan tetapi, trend
remaja Amerika kini sudah berubah dengan pelajar
perempuan menjadi semakin agresif untuk ‘melamar’
pelajar lelaki pilihan mereka ke majlis tersebut. 

Prom yang asalnya menjadi pentas yang lebih sopan kini
telah menjadi medan untuk menunjuk-nunjuk kemewahan
apabila keadaan ekonomi rakyat Amerika menjadi
bertambah baik. 

Prom kini sudah menjadi seolah-olah malam anugerah
bintang dengan mereka yang berkemampuan akan muncul
dengan menaiki limosin.

Majlis prom dimulakan dengan muzik yang konservatif
dan menjadi semakin rancak selepas itu. Kesemua mereka
akan menari berpasang-pasangan sehingga di akhir
majlis puteri dan putera Prom akan dipilih. 

Muzik liar diselangi dengan muzik romantik akan terus
dimainkan dan setelah majlis tersebut tamat kebanyakan
pasangan itu terus dengan ‘agenda tersendiri’ mereka
sehingga ke pagi di bilik-bilik hotel dan tempat lain.

Wajarkah budaya ini menular dan dibiarkan subur di
kalangan remaja Malaysia? Sudah tentu tidak.

Budaya

Mungkin prom di Malaysia belum lagi sampai ke tahap
Amerika, tetapi jika budaya ini terus dipupuk sudah
pasti akhirnya ia akan menuju ke arah yang sama.

Kita telah meniru budaya ragging dan menyaksikannya
sehingga ia menjadi tidak terkawal dan mengakibatkan
kehilangan nyawa remaja seperti yang berlaku di sebuah
sekolah agama berasrama di Negeri Sembilan sedikit
masa dahulu. 

Ragging yang pada mulanya bertujuan untuk
berkenal-kenalan telah menjadi budaya buli dan dera
sehingga Kementerian Pelajaran terpaksa berbelanja
untuk menganjurkan kempen khas bagi membanterasnya.

Diharap tindakan segera diambil bagi memastikan agar
prom tidak menjadi satu lagi ancaman terhadap budaya
dan tatasusila murni kita.

ZULKEFLI MOHAMAD,
Setiausaha Penerangan,
Persatuan Pengguna Islam Malaysia.
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm


    KEAMANAN - KESEJAHTERAAN - KEADILAN 
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
  Sumbangan untuk pembinaan Bangunan PAS N.Sembilan boleh disalurkan melalui 
Bank Islam No Akaun 50120100 27521.  “Bank in slip” bolehlah dihantar kepada :
    Bendahari
  Tabung Bangunan PAS NS, No 11, Tingkat 1, Bangunan PKNNS,Jln Seremban 
K.Pilah, Ampangan,
  70400 Seremban, N.S.






 
____________________________________________________________________________________
Any questions? Get answers on any topic at www.Answers.yahoo.com.  Try it now.


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke