SEREMBAN, 28 Ogos (Hrkh) - Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Mohamad 
Hasan, mengeluarkan kenyataan yang kurang sopan di dalam persidangan Dun Negeri 
Sembilan semalam kerana berang dengan tindakan Adun Pakatan Rakyat yang keluar 
dari dewan sebagai tanda protes. 
   
Persidangan Dun yang bermula jam 10 pagi itu menjadi kecoh apabila Ketua 
Pembangkang, Loke Siew Fook (DAP-Lobak), menyuarakan rasa tidak puas hati Adun 
Pakatan Rakyat kepada Speaker Dato' Razak Mansor kerana penggiliran sesi soal 
jawab ketika perbahasan hanya mengutamakan kepada Adun Barisan Nasional (BN) 
sahaja. 

Adun BN pula akan melengah-lengahkan masa dan membangkitkan soalan yang tiada 
mempunyai kepentingan langsung terhadap permasalahan rakyat sehingga 
menyebabkan Adun Pakatan Rakyat tidak berpeluang untuk membangkitkan soalan 
kerana masa sudah tamat. 

Loke mencadangkan supaya diselang-selikan soalan di antara wakil BN dan Pakatan 
Rakyat supaya ianya adil kepada kedua-dua belah pihak seperti yang diamalkan di 
Parlimen mahupun di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat. 

Walaubagaimana pun, ianya ditolak oleh Dato' Razak dengan alasan peraturan itu 
telah dijalankan sejak sekian lama dan memang diamalkan di dalam persidangan 
Dun Negeri Sembilan, ini menyebabkan 15 Adun Pakatan Rakyat bertindak keluar 
dari dewan pada pukul 10.30 pagi kerana memboikot persidangan Dun tersebut. 

Mohamad Hasan yang jelas berang dengan tindakan itu mengatakan 'pergi mampus' 
kepada pembangkang sambil diiringi sorakan Adun BN yang lain ketika menggulung 
perbahasan pada pukul 12.00 tengahari. 

"Mereka ingat saya takut, 'pergi mampus' sama mereka, mereka tak ada pun kita 
boleh bersidang juga lagi senang kita buat kerja," kata beliau dengan nada 
marah. 

Akhirnya persidangan Dun kali ini ditamatkan pada pukul 12.30 tengahari iaitu 
antara tempoh persidangan Dun yang terpendek sedangkan notis yang diberikan 
sebelum ini untuk dua hari. - mks. _ 

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16694&Itemid=1
 



      

------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke