Assalamualaikum dan salam bahagia,

Apa khabar? Hari ini adalah hari keenam kita berpuasa. Sudah berapa muka
surat al-Quran yang kita baca? Sudah berapa helai muka surat buku yang 
kita tulis? Berapa banyak sedekah kita sudah beri? Berapa malam kita 
tunaikan solat tahajud? Ini Kunci  Prestasi Utama (KPI) yang sering 
dikaitkan dengan bulan yang mulia ini. KPI ini sering menjadi impian 
setiap insan beragama Islam untuk menjadi kayu ukur ibadahnya lebih baik
berbanding bulan Ramadhan sebelumnya.

Kita tinggalkan KPI-KPI ini, ia adalah hak setiap manusia. Sama ada ia 
berjaya ataupun tidak, bergantung kepada kekuatan diri dan iman 
individu. Apa yang ingin kita perkatakan di sini adalah mengenai dunia 
penulisan. Bulan Ramadhan juga menjadi ruang untuk para penulis menulis 
artikel, buku, makalah dan sebagainya. Ini kerana bulan ini dilihat 
banyak ruang masa yang berharga bagi tujuan itu.

Beberapa perbincangan bersama beberapa ustaz mengenai ibadah bulan 
Ramadhan. Yang paling menarik satu pandangan yang mengatakan bahawa 
apabila kita menulis buku kerana Allah ia tetap dikira ibadah. Apabila 
kita menulis dengan penuh khusyuk dengan niat baik ini, bertemu dengan 
Lailatul Qadar maka tertulis kita melakukan ibadah 1,000 bulan 
sepertimana orang beribadah yang lain. Inilah hebatnya impak menulis di 
bulan Ramadhan.

Misteri Dunia Penulisan

Dunia penulisan ini sering dilihat sebagai dunia yang membosankan, dunia
akademik dengan falsafah tersendiri. Ramai individu yang ingin 
menceburi bidang penulisan dimomok-momokkan dengan pelbagai persepsi 
negatif dunia buku. Orang Malaysia tak baca buku, tulis buku bukannya 
boleh jual, tidak akan mungkin seseorang menjadi pengarang di Malaysia. 
Inilah 'fitnah-fitnah' besar dunia penulisan. Ada yang ingin melangkah 
masuk berpatah balik dengan pandangan buruk ini.

Ada pula yang berkata apakah bidang yang patut aku tulis? Bolehkah aku 
menulis dalam bidang perubatan sedangkan aku dalam bidang pendidikan? 
Bolehkah aku menulis buku agama sedangkan aku seorang jurutera? Apabila 
aku menulis dalam bidang ini, ada orang mahu bacakah? Ini yang menjadi 
persoalan-persoalan di kepala dan minda seorang bakal penulis.

Satu lagi, apakah sumber kewangan yang boleh diperoleh daripada dunia 
penulisan? Yang orang nampak hanyalah royalti buku sahaja. Adakah ruang 
lain boleh menjana kewangan daripada dunia penulisan ini?

JAWAPANNYA ADA

Akademi Penulis akan membongkar segala misteri ini dan menjawab
persoalan yang bermain di minda semua. Mini Seminar Jana Wang Dengan
Menulis akan diadakan pada 28 Ogos 2010  ini. Segala persoalan dan
misteri ini akan dibongkar oleh Tuan Fauzul  Na'im Ishak, jurulatih
utama Akademi Penulis dalam mini seminar separuh  hari ini. Beliau
berpengalaman selama 10 tahun dalam dunia penulisan  buku. Daripada
seorang editor, jurujual, pengurus penerbitan hingga  sekarang menjawat
jawatan tertinggi dalam editorial di PTS Publications  & Distributors
Sdn. Bhd. sebagai pengurus besar jabatan penerbitan.  Pelbagai info yang
tidak didedahkan di tempat lain akan diceritakan  beliau nanti.

Apa yang lebih menarik adalah mini seminar ini hanya mengenakan yuran
sebanyak RM100 SAHAJA. Yuran terendah dalam sejarah Akademi Penulis.
Hanya untuk 28 orang sahaja.  Bertindak sekarang, hubungi 0136288614
ataupun 0341492560 ataupun email  ke lati...@akademipenulis.com. Boleh
juga mendaftar secara online di 
http://www.tinyurl.com/miniseminar28ogos. Telefon sedang berdering, 
adakah tempat untuk kita lagi? Bertindak sekarang... Mini Seminar Jana
Wang Dengan Menulis 28 Ogos 2010, 9 pagi hingga 12.30 petang di
BilikTraining.com, Wangsa Melawati menanti kehadiran Tuan Puan

Kirim email ke