Mungkin ada di antara anda yang pernah membaca bahagian-bahagian awal karya saya di laman ini atau web lain yang bertajuk Pendakwah Air Kacang Soya. Saya menulis tajuk tersebut dengan Saudara Amirul. Ia masih dalam proses *finalize* untuk dihantar bagi tujuan penerbitan. Dalam karya tersebut, saya berkongsi pengalaman melihat individu yang menjual air kacang soya dan bagaimana kesungguhannya untuk menjual produknya. Kesungguhan dalam dunia bisnes ini saya kaitkan dengan alam dakwah kerana produk dakwah ialah Islam itu sendiri. Cuma apa yang lebih menarik dalam pengalaman saya beberapa hari ini: alam e-marketing mempunyai konsep yang hampir sama - menggunakan teknologi IT yang ada. Rugi kalau keseriusan dalam dunia IT ini tidak dimanfaatkan oleh individu yang terleibat dengan dakwah. Read more...<http://st-gallery.com/index.php?option=com_content&task=view&id=315&Itemid=1>