Peserta PLKN mati akibat sesak nafas
Berita Harian 19 Jan 2007 - MELAKA: Seorang peserta
Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Ayer Keroh,
dekat sini yang baru menyertai program itu 1 Januari
lalu meninggal dunia selepas sesak nafas di kem itu
pagi semalam.

Ili Ameera Azlan, 17, bekas pelajar Sekolah Menengah
Teknik Tunku Jaafar, Seremban, dikatakan sesak nafas
sejurus dikejutkan daripada tidur oleh rakan
sebiliknya kira-kira jam 5.30 pagi.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakub, berkata selepas
dimaklumkan kepada penyelia, Ili Ameera dihantar ke
Hospital Melaka (HM) jam 6 pagi sebelum disahkan
meninggal dunia jam 6.30 pagi.

“Kita akan menyiasat dari semua aspek. Kita sudah
mendapatkan keterangan rakannya. Daripada siasatan
awal forensik, kita tidak menemui apa-apa atau tiada
unsur jenayah.

“Malah, Allahyarham juga dikatakan seorang yang ceria.
Tiada kegiatan berat dilakukan pihak PLKN semalam
(kelmarin) berikutan hujan dan kelas malam juga habis
pada jam 10.30 malam,” katanya ketika ditemui di HM di
sini, semalam.

Allahyarham adalah anak sulung daripada dua beradik
dan tinggal di Taman Tunku Jaafar, Seremban.

Di KUALA LUMPUR, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak, berkata siasatan rapi akan dilakukan
untuk mengetahui punca sebenar kematian.

“Saya tidak mahu membuat apa-apa andaian sekarang.
Kita tunggu laporan sedikit masa lagi,” katanya sambil
melahirkan rasa simpati dan sedih atas kematian
pelatih itu.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Nasional/20070118233957/Article/



    KEAMANAN - KESEJAHTERAAN - KEADILAN 
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
  Sumbangan untuk pembinaan Bangunan PAS N.Sembilan boleh disalurkan melalui 
Bank Islam No Akaun 50120100 27521.  “Bank in slip” bolehlah dihantar kepada :
    Bendahari
  Tabung Bangunan PAS NS, No 11, Tingkat 1, Bangunan PKNNS,Jln Seremban 
K.Pilah, Ampangan,
  70400 Seremban, N.S.






 
____________________________________________________________________________________
Yahoo! Music Unlimited
Access over 1 million songs.
http://music.yahoo.com/unlimited


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke