Marilah kita sama-sama melakukan solat hajat dan
bermunajat kepada Allah swt agar kita serah segala
urusan mereka yang mencuri di Surau Temiang Jaya,
Sikamat kepada Allah swt.  ALLAHHUMA ‘ALAIKA mereka
yang mencuri barangan di Surau Temiang Jaya, Amin,
Amin, Amin Ya Rabbal Alamin.

************************** 
Terima kasih pencuri!
Utusan Malaysia SEREMBAN 7 Feb. 2007 – “Terima kasih
kepada pencuri-pencuri barang-barang surau ini
sehingga habis semuanya hilang. Tapi ingat balasan
Tuhan pasti akan tiba. Tunggu! Ya Allah berilah
petunjuk kepada mereka ini... Amin.”

Kain rentang tertera dengan kata-kata tersebut
dipasang di pintu masuk Surau Temiang Jaya, Sikamat di
sini oleh ahli jawatankuasanya yang kecewa dengan
kecurian tidak terkawal dan semakin menjadi-jadi di
tempat ibadat itu.

Sejak surau itu dibuka pada 1980 sudah lebih 10 kali
kejadian pecah masuk dan kecurian berlaku, termasuk
tiga kali pada tahun lalu.

Apa sahaja harta surau yang berunsurkan besi,
aluminium dan tembaga daripada kepala dan batang paip,
mangga kunci, rantai besi, tong gas, periuk, kuali,
tangga dan radio serta televisyen yang disimpan dalam
stor dan dewan serbaguna surau itu, habis lesap. 
Tidak cukup dengan itu, penjenayah rumah ibadat itu
juga ‘tanpa segan silu’ memecah masuk ruang sembahyang
dan merompak pembesar suara, amplifier serta tabung
duit sumbangan orang ramai.

Imam surau itu, Dahlan Mohamad berkata, setiap kali
barang yang hilang itu diganti baru, perkara yang sama
akan berulang.

“Pintu stor, dewan serbaguna dan ruang sembahyang
telah beberapa kali diganti daripada papan lapis
kepada kayu padat, tetapi semuanya ditendang sehingga
pecah dan diumpil oleh manusia yang tak reti bahasa
ini.

“Kita juga terpaksa menggantikan kepala paip tembaga
dengan plastik dan merantai beberapa barangan berharga
tetapi mereka lagi cekap, mereka gunakan pula pemotong
besi untuk potong rantai dan mangga kunci,” katanya
kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 
Tambah Dahlan, pihak jawatankuasa telah membuat
laporan polis setiap kali berlaku kecurian bagi
membolehkan tindakan lanjut diambil oleh pihak
berkuasa.

Sebagai ikhtiar lain, katanya, para jemaah turut
melakukan sembahyang hajat dan membaca surah Yasin
meminta pertolongan Allah untuk melembutkan hati
pencuri supaya tidak mengulangi perbuatan buruk itu
lagi.

“Tetapi mereka ini seolah-olah tidak takut dengan
undang-undang dunia dan pembalasan pada hari akhirat,
apabila terus mengulangi perbuatan memecah masuk dan
mencuri,” katanya.

Sebagai usaha dan ikhtiar terkini, katanya, para
jemaah dan ahli jawatankuasa bersetuju memasang kain
rentang itu bagi menginsafkan pencuri dan bakal
pencuri.

“Selain itu, kita harap orang ramai dan jemaah lain
yang melalui kawasan ini dan membaca kain rentang ini,
akan turut berdoa memohon supaya pencuri ini diberikan
petunjuk,” katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0207&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm



    KEAMANAN - KESEJAHTERAAN - KEADILAN 
  Blog PAS N.Sembilan http://pasns.blogspot.com
  Laman Web Pemuda PAS N.Sembilan http://www.sriminang.com
  Sumbangan untuk  PAS N.Sembilan melalui Bank Islam No Akaun 50120100 27521.  
“Bank in slip” boleh dihantar ke :Bendahari BPPNS, No 11, Tingkat 1, Bangunan 
PKNNS,Jln Seremban K.Pilah, Ampangan, 70400 Seremban, N.S.





 
____________________________________________________________________________________
Bored stiff? Loosen up... 
Download and play hundreds of games for free on Yahoo! Games.
http://games.yahoo.com/games/front


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke