Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

25th July 2007

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

1. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana
saya ingin melengkapkan kuota yang telah di
peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah
di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan,
eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak
yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini
ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan
setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang
beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika
kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi
keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi
di masa akan datang.

2. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah
ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket
saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan
dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa
keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini,
setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan
ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang
telah hilang selama ini.

3. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan
kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak
dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia
sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi
seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah
bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai
besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan
seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh
itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan
lain kebahagiaan kita ini.

4. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari
kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap
menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan
waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di
perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat.
Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh
pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah
waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan
bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau
aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma
akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga.
Menguntungkan bukan?

5. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan
dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak
puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana
adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi
kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap
permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh
keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di
atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan
periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan
perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk
melakukannya.

6. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini.
Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita
menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga
kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama
dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga
cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu
menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi
kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja
akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

7. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat
dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama
dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program
ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG
RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki

Looking for beautiful Muslim Baby Names? Get this Software: 
http://www.21stcenturymuslim.com/myname


      
____________________________________________________________________________________
Check out the hottest 2008 models today at Yahoo! Autos.
http://autos.yahoo.com/new_cars.html


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke