Allah SWT berfirman, "Sebenarnya 
(malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka 
tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - 
perintah-Nya.  Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka 
dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at 
melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu 
berhati - hati kerana takut kepada-Nya" (QS Al Anbiyaa' 26-28) 

Berikut adalah senarai orang - orang yang mendapat doa oleh para malaikat:

1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.

Imam
 Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah 
SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat 
akan bersamanya di dalam pakaiannya.  Dia tidak akan bangun hingga 
malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam
 keadaan suci'" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih
 At Targhib wat Tarhib I/37)  

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.

Imam
 Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW 
bersabda, "Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu 
solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan 
mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia.  Ya Allah sayangilah ia" (Sahih 
Muslim no. 469) 

3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.

Imam
 Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra' bin 'Azib ra., bahawa 
Rasulullah SAW telah bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya
 berselawat kepada orang - orang yang berada pada saf - saf terhadapan" 
(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud
 I/130) 

4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF

(tidak
 membiarkan kekosongan di dalam saf).  Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu 
Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah
 ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para 
malaikat selalu berselawat kepada orang - orang yang menyambung saf - 
saf" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib
 wat Tarhib I/272) 

5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.

Imam
 Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW 
bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh
 dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', kerana barangsiapa 
ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni 
dosanya yang lalu" (Sahih Bukhari no. 782)

6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.

Imam
 Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, 
"Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian
 selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia 
belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan 
sayangilah ia'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan 
hadith ini)



ps:

SASAR 1,000 PEK HADIAH AIDILFITRI UNTUK FAKIR & MISKIN
-- Islamic Aid Malaysia Mohon Sumbangan Anda


Aidilfitri bakal menjelang tiba. Walaupun begitu Islamic Aid Malaysia (IAM) 
sudah pun memulakan kempen bantuan Aidilfitri lebih awal sebagai langkah 
proaktif menyeru masyarakat bersedia dengan kedatangan bulan yang mulia ini 
nanti.

ImpianaSoft Enterprise (ISE) sebagai rakan kerjasama tidak melepaskan peluang 
untuk turut serta dalam aktiviti kebajikan ini, selain membantu dalam promosi, 
ISE turut menyalurkan RM 5 untuk setiap hasil sumbangan penajaan kepada IAM. 
ImpianaSoft Enterprise (ISE) adalah syarikat Bumiputera pengeluar produk makan 
Halal seperti Savvy Sandwich, dan produk bermusim seperti Savvy Cookies (Kuih 
Raya) sejak 2005.

Kempen Kasih Aidilfitri: Taja Hadiah Kuih Raya adalah satu projek bermusim yang 
dilaksanakan oleh IAM di seluruh Malaysia bertujuan memberi bantuan kepada 
golongan yang memerlukan.

Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk makanan berupa pek hadiah bernilai 
RM 50. Setiap satu pek mengandungi 2 balang kuih raya bertujuan meraikan 
golongan kurang bernasib baik untuk sama-sama merasakan kemeriahan hari raya 
Aidilfitri. Agihan bantuan akan dijalankan sebelum dan sepanjang bulan Shawal.

Matlamat kempen:


* Bagi mengeratkan hubungan di antara mereka yang telah menghulurkan sumbangan 
dan golongan yang memerlukan melalui pengagihan pek-pek hadiah di bulan Syawal 
nanti.
* Menyediakan pek hadiah sebagai usaha memberikan keceriaan untuk kalangan 
masyarakat miskin.
* Menggalakkan pembangunan berterusan masyarakat penyayang dengan meningkatkan 
kesedaran dan mengadakan kerjasama pintar dengan pihak berkaitan membantu 
golongan terpinggir.

Golongan Sasar Penerima Bantuan:

Sejumlah 1000 buah keluarga yang tergolong dalam asnaf, fakir dan miskin.

* Ibu tunggal
* Anak yatim
* Pesakit kronik
* Orang Kelainan Upaya (OKU)
* Orang Asli
* Gelandangan

Sepintas tentang kempen Kasih Ramadhan 2011:

Bagi Kasih Ramadan 2011 yang lepas, pihak IAM telah berjaya mengagihkan pek-pek 
makanan kepada lebih 10,000 penerima manfaat dari seluruh Malaysia termasuk 
Sabah & Sarawak yang terdiri daripada golongan fakir, miskin, ibu-ibu tunggal, 
anak-anak yatim, golongan kurang upaya (OKU) dan mereka yang layak mengikut 
pemerhatian dan kriteria yang telah ditetapkan.

Bagi tahun ini, IAM telah mensasarkan 15,000 penerima bermanfaat bagi program 
Kasih Ramadan 2012, termasuk 1,000 penerima bagi program Kasih Aidilfitri 2012 
ini.

Sumbangan anda sangat kami alu-alukan. Dengan hanya RM 50 bagi setiap pek, 
bersamalah kita berkongsi keceriaan bersama mereka-mereka yang memerlukan...

* Bagi Sumbangan melalui pembayaran di ATM / Kaunter Bank/ Maybank2u melalui 
akaun

    "ImpianaSoft Enterprise"- ( 5645 4810 8679 )

* Melalui cek atas nama "ImpianaSoft Enterprise"

    ( Sila emailkan maklumat sumbangan serta slip pembayaran ke 
impianas...@yahoo.com )

* Sumbangan secara terus juga boleh dibuat di pejabat Islamic Aid Malaysia 
beralamat di:

    C-1-56A, Jalan SP5/4, Seksyen 5,
    Taman Serdang Perdana,
    43300 Seri Kembangan, Selangor,
    Malaysia.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

    En.Raffiq Eddy (ISE) di talian 013-355-3513 atau
    En.Farouq Zauji (IAM) di talian 019-3973558/03-89485939


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke