Antara Acheh dan Chechnya

Acheh dan Chechnya, kedua-dua wilayah ini didiami oleh
majoriti penduduk yang beragama Islam. Penduduk Islam
di Acheh dan Chechnya ini berpegang teguh kepada
prinsip Islam. Penduduk Islam di Chechnya telah sekian
lama menderita akibat serangan tentera penceroboh.
Ratusan ribuan penduduk Islam di sana telah terkorban
akibat serangan tentera penceroboh.

Tentera penceroboh telah memusnahkan kediaman penduduk
Islam di Chechnya, merompak harta benda mereka,
memperkosa gadis dan wanita Islam di sana, membunuh
dan menyiksa remaja dan lelaki dewasa di sana dan
membunuh para ulama, hanya semata-mata mereka ini
mengucapkan dua kalimah syahadah.

Pejuang mujahidin yang menentang pencerobohan tentera
yang bersikap zalim, tidak berperikemanusiaan dan
barbarik ini tidak mengharapkan wang ringgit daripada
kita semua. Mereka tidak mengharapkan kita menghantar
air mineral, beras, pakaian dan sebagainya.  Mereka
tidak mengharapkan kita menghantar senjata dan peluru.
Bukannya mereka tidak perlukan semua ini, tapi kerana
mereka tahu bantuan yang dihulurkan nanti tidak akan
sampai kepada penduduk Chechnya yang dizalimi.

Mereka di Chechnya hanya mengharapakan DOA kita semua.
Doa agar mereka diberi kekuatan oleh Allah swt untuk
mengusir keluar tentera penceroboh, agar Allah
memberikan kejayaan kepada umat Islam di Chechnya. Dan
ini adalah harapan dan pesanan yang disampaikan oleh
pemimpin Islam di sana.

Sempena kedatangan Idil Adha ini marilah kita
mendoakan keselamatan , keamanan dan kejayaan untuk
umat Islam di seluruh dunia termasuk di Acheh, Iraq,
Afghanistan, Palestin, Chechnya, Sri Lanka dan di
merata pelusuk alam.

Ada orang mengatakan kenapa tiada sukarelawan Arab di
Acheh. Kita hendaklah bersangka baik sesama saudara
kita dalam Islam. Sukarelawan Arab sekarang ini sedang
bertumpu di negara mereka sendiri, di wilayah mereka.
Dan sukarelawan Arab yang kaya raya mereka menghadapi
kesukaran untuk menyalurkan wang ringgit kerana
pelbagai sekatan ekonomi yang dikenakan kepada mereka
atas sebab mengekang keganasan.

WAllahua’lam

Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Untuk melihat perkembangan di Chechnya sila klik sini
http://www.kavkazcenter.com/eng/



                
__________________________________ 
Do you Yahoo!? 
Yahoo! Mail - Helps protect you from nasty viruses. 
http://promotions.yahoo.com/new_mail


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Has someone you know been affected by illness or disease?
Network for Good is THE place to support health awareness efforts!
http://us.click.yahoo.com/UwRTUD/UOnJAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke