Bekas tahanan Al-Qaeda mahu serang AS

http://www.maynetwork.net

PARIS 28 Feb. - Seorang anggota Al-Qaeda yang terlepas daripada 
tahanan tentera udara Amerika Syarikat (AS), di Bagram, Afghanistan, 
Julai lalu, bersumpah akan menyerang rakyat AS walau di mana mereka 
berada. 

Kuwaiti Mehmood Ahmed Mohammed atau lebih dikenali sebagai Omar al-
Faruq berkata, kelekaan pengawal di pangkalan tentera udara tersebut 
yang sedang bermain permainan video membolehkan dia bersama tiga 
lagi rakannya melepaskan diri.

``Tuhan telah membantu kami melepaskan diri,'' katanya yang memakai 
jubah putih beserta senjata api menerusi satu rakaman video.

Tiga rakannya yang lain ialah rakyat Libya, Mohammed Hassan, 
Abdullah Hashimi dari Syria, dan Mohammad al-Qahtani warganegara 
Arab Saudi.

``Kamu (AS) tidak akan boleh menghentikan perjuangan kami. Kami akan 
terus memerangi AS di mana-mana, Afghanistan, Iraq dan di seluruh 
dunia,'' kata Omar di akhir rakaman video itu.

Omar merupakan salah seorang leftenan utama kepada ketua Al-Qaeda, 
Osama bin Laden. Dia telah ditangkap di Indonesia pada tahun 2002, 
sebelum diserahkan kepada AS.

Pelepasan empat orang tahanan itu disifatkan AS sebagai satu 
kejadian yang memalukan kem utamanya yang mempunyai lebih 5,000 
tentera.

Satu sumber AS pula memberitahu AFP, pelepasan tahanan-tahanan itu 
berkemungkinan mendapat bantuan orang dalam berdasarkan penemuan 
baju tahanan yang ditinggalkan.

- AFP

http://www.maynetwork.net

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berita terkini ini dihantar kepada ahli berita terkini groups terus
melalui email. Untuk maklumat lanjut & daftar online sila lawat ke :
http://groups.yahoo.com/group/berita_terkini/

atau daftar melalui email : [EMAIL PROTECTED]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





  

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke