Di Sini Kita Bermula..
Dr. Omar bin Yaakob

27. Falsafah Kumpulan Modenis 

Golongan anti-hadis yang dibincangkan dalam sebelum
ini hanyalah sebahagian daripada aliran yang lebih
besar yakni trend modenis yang sering melaungkan
perlunya Islam disesuaikan dengan kehendak zaman;
perlunya Islam bersifat modenis, moderat, liberal dan
'progresif'. 

Walaupun istilah 'progresif' tersebut nampaknya
seolah-olah bebas-nilai (value-free)  tetapi
sebenarnya ia membawa nilainya yang tersendiri. 
Istilah 'progresif' digunakan di barat bukan sekadar
ukuran perkembangan tamadun material tetapi juga
perkembangan idea, nilai dan prinsip.  

Dari sudut nilai dan idea, progresif dikaitkan dengan
pergerakan kebangkitan (renaissance) dan perubahan
daripada sikap, perhubungan, mentaliti
orthodox-feudal-medieval kepada sesuatu yang lebih
liberal, demokratik dan permissive.  

Progresif adalah anti-tesis kepada sikap dan pandangan
 tradisional yang dianggap orthodox, kolot dan jumud. 
Sekiranya sesuatu tidak berubah, maka itu tidak
progresif.  Maka sekiranya kita menyeru untuk kembali
kepada sesuatu idealisme yang diajar oleh Nabi s.a.w.
1500 tahun yang silam, maka kita dianggap kolot, jumud
dan tidak progresif. 

Falsafah progresif yang dipegang oleh golongan ini
sebenarnya mempunyai unsur falsafah evolusi Darwinisme
di mana dinisbahkan bahawa makhluk, masyarakat  dan
idea pegangan manusia seperti juga manusia dan makhluk
lain sentiasa berubah dari keadaan yang tidak baik
kepada keadaan yang lebih baik, lebih moden, lebih
bermutu, lebih maju.  

Keadaan masyarakat manusia hari ini kononnya lebih
baik dari sepuluh, seratus, seribu tahun yang lalu. 
Kehidupan bermula daripada keadaan yang primitif dan
sentiasa bergerak ke arah yang lebih baik, lebih
sempurna daripada keadaan yang sebelumnya, daripada
tamaddun primitif seperti yang dijalani oleh
orang-orang asli benua Afrika kepada kebudayaan yang
kompleks dan maju yang dikepalai oleh tamaddun Eropah.

Dengan itu mereka mencanangkan perlunya melihat faktor
sejarah dalam segenap hal.  Apa juga yang berkait
dengan masyarakat manusia dari sudut pakaian, muzik,
moral, perundangan, cara hidup, budaya semuanya telah
berubah dan orang yang mengamalkan amalan sepuluh,
seratus, seribu tahun dahulu adalah ketinggalan zaman.
 

Oleh itu, agama (termasuk Islam) juga dilihat sebagai
satu yang bersifat harus evolusioner, yang harus
bertukar mengikut peredaran zaman;  apa yang tidak
sesuai dengan zaman masakini boleh, malah perlu,
ditinggalkan. Oleh kerana cara hidup Islam sudah
diatasi (superseeded) oleh ideal-ideal barat, maka
mereka mencadangkan jalan paling selamat bagi Islam
ialah menyesuaikan pentafsirannya dengan tamaddun
barat. 

Maka timbullah pandangan bahawa berpegang kepada
pegangan asli Islam sebagai kolot, orthodoks dan
ketinggalan zaman!

Bersambung.. inshaAllahÂ…



                
____________________________________________________
Start your day with Yahoo! - make it your home page 
http://www.yahoo.com/r/hs 
 


///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke