Diabetes: Komplikasi bahaya! ( Bhgn 1/4 ) Oleh: TAJAIYAH IHSAN Minyak Kelapa Dara (VCO) : http://www.maynetwork.net/biovco/
ENTAH mengapa sejak kebelakangan ini, Aminah berasa kurang selesa. Selain kerap ke bilik air, pandangannya juga semakin kabur. Seorang teman memberitahu, ia adalah sesuatu yang normal bagi wanita yang berusia lewat 40-an. Justeru Aminah bercadang untuk berjumpa optometris sahaja. Tekaknya juga sentiasa dahaga, pagi-pagi lagi sudah mencari minuman berais. Namun dahaganya menjadi-jadi sehingga ke malam. Aminah semakin tidak selesa. Kebetulan terjumpa sahabat baiknya Azizah yang mengesyorkannya untuk ke hospital kerana kemungkinan dia diserang diabetes. Walaupun terkedu dengan cadangan rakannya itu, Aminah berhasrat ke hospital untuk menjalani pemeriksaan pada hujung minggu. Sementara menanti hujung minggu, badannya semakin lesu, tidurnya terganggu, berjalan pula bagaikan tidak memijak bumi. Rakan-rakan sekerja dan ahli keluarganya memaksa Aminah jangan berlengah lagi dan itulah yang Aminah lakukan kerana dia tidak berdaya lagi. Dia terkejut mendengar keputusan pemeriksaan darah yang mencatatkan bacaan paras gula dalam darahnya 34.5mmol. ``Awak bernasib baik kerana Allah memberi peluang untuk hidup. Amalkan cara hidup sihat. Komplikasi diabetes banyak sekali. Ia boleh membuat hidup anda derita,'' kata doktor. Aminah merenung hari-hari yang mendung. Dia sudah terbayang wajah-wajah suram adiknya yang juga penghidap diabetes, arwah bapanya meninggal dalam usia muda dan datuk saudaranya yang terpaksa dipotong kaki juga akibat gangren yang berpunca daripada diabetes. Pagi dan petang Aminah disuntik insulin. Dia menjaga pantang, bila gula sudah menurun ke tahap stabil, Aminah sudah tidak memerlukan insulin tetapi cukup dengan ubat-ubatan. Hari ini Aminah bersyukur kerana tidak mengalami komplikasi yang teruk. Tetapi, dia tidak boleh lalai kerana diabetes biarpun dianggap `biasa' namun kesannya cukup luar biasa dan tragis kerana ia pembunuh senyap. Bersambung di bahagian 2 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ TESTIMONI : Saya akan pergi mengerjakan ibadat Haji pada bulan Disember 2003 ini. Setelah menjalankan pemeriksaan kesihatan, didapati tahap kencing manis saya terlalu tinggi iaitu 21. Ini menyebabkan pihak Tabung Haji menahan saya dari pergi mengerjakan ibadat Haji atas sebab kesihatan. Anak saya telah memperkenalkan Minyak Kelapa Dara (VCO) tetapi agak keberatan untuk memakannya kerana saya sukar untuk mempercayainya. Walaubagaimanapun saya amat terdesak untuk menunaikan ibadat Haji. Setelah memakan hanya dua botol Minyak Kelapa Dara (VCO), segalanya berubah. Tahap kencing manis saya telah turun dengan mendadak dari 21 kepada 11. Kini tahap sakit saya menjadi 5 sahaja dan kembali normal. Saya telah di sahkan oleh Tabung Haji dapat pergi menunaikan ibadat Haji pada tahun tersebut. Saya amat bersyukur dan gembira tidak terhingga kerana telah ditemukan dengan Minyak Kelapa Dara (VCO). Puan Fatimah bt Safran, 52 Tahun FELDA Sungai Tengi, Hulu Selangor Maklumat lanjut mengenai Minyak Kelapa Dara (VCO) dan lain-lain testimoni : http://www.maynetwork.net/biovco/ Nota: Testimoni ini adalah berdasarkan pengalaman yang dialami oleh individu di atas. Kesan yang dialami mungkin berbeza antara seorang dengan seorang pengguna yang lain. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/