Harian Metro 19 Jan 2005 Edisi KL: Kasut mahal kulit babi (Dilampirkan gambar kulit babi)
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin [EMAIL PROTECTED] KUALA LUMPUR: Seorang kenamaan (VIP) dikatakan ‘naik angin’ berikutan rasa tertipu akibat terbeli sepasang kasut berjenama terkemuka yang sebahagiannya dibuat daripada kulit babi. Beliau hanya menyedari kasut buatan Sepanyol dan bernilai hampir RM1,000 itu terdapat bahan kulit babi pada bahagian dalam dan tumit selepas membawanya pulang ke rumah. Beliau membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang segera memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Berikutan aduan itu, sepasukan tiga pegawai penguat kuasa KPDNHEP dan dua pegawai Jakim membuat pemeriksaan mengejut di kedai yang menjual kasut itu di sebuah pusat beli-belah di Jalan Ampang, tengah hari semalam. Hasilnya, mereka menemui berpuluh-puluh pasang kasut berjenama terkemuka dari luar negara yang disyaki diperbuat daripada kulit babi berdasarkan tanda tiga bintik kecil pada permukaan kulit. Sumber Jakim berkata, pemilik kedai berkenaan mendakwa hanya mengetahui mengenai kasut itu diperbuat daripada kulit babi tiga hari lalu selepas menerima aduan sama daripada mangsa. “Apabila disoal siasat, dia menyalahkan syarikat pengedar yang sebelum ini berjanji hanya akan mengeksport kasut yang sesuai dengan pasaran negara ini. “Mereka juga bersetuju mengasingkan kasut daripada kulit babi itu dengan yang lain,” katanya. Bagaimanapun, sumber itu berkata, pemilik kedai itu gagal meletakkan notis atau tanda peringatan bagi membezakan antara kasut biasa dan kasut berkulit babi. Tindakan itu ternyata menyalahi undang-undang dan pengusaha seharusnya lebih peka terhadap isu sensitif. “KPDNHEP dan Jakim melakukan siasatan mengikut prosedur ditetapkan. Oleh itu, pemilik kedai itu wajib mematuhi segala arahan serta tidak memandang remeh perkara ini. “Walaupun dia mendakwa jualan kebanyakan kasut bersaiz besar itu disasarkan kepada pelancong asing namun tidak mustahil ada antara pembeli pengguna Islam,” katanya. Sumber terbabit berkata, pihaknya mengambil contoh empat pasang kasut untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi pemeriksaan lanjut. Sementara itu, KPDNHEP dan Jakim turut melakukan pemeriksaan sama di sebuah lagi kedai menjual kasut di pusat beli-belah berkenaan dan menemui sepasang kasut wanita dan sepasang kasut lelaki disyaki diperbuat daripada kulit babi. “Tindakan pemeriksaan seperti itu akan diteruskan di beberapa pusat beli-belah lain bagi memastikan pekedai mematuhi arahan dengan mengasingkan kasut berkulit babi dengan kasut lain. “Umat Islam dinasihati berwaspada kerana kulit babi ini boleh menyebabkan sembahyang dan ibadat si pemakai tidak sah selain perlu disamak dengan air lumpur jika tersentuh,” katanya. Dalam kes 10 Disember tahun lalu, Harian Metro turut mendedahkan penemuan beratus pasang kasut dan sandal diperbuat daripada kulit babi yang dijual di sebuah kedai di Sungai Buloh. Siasatan mendapati, kulit babi pada kasut terbabit boleh dikenal pasti berdasarkan struktur permukaan kulitnya yang mempunyai tiga bintik kecil serata yang berhampiran antara satu sama lain. __________________________________ Do you Yahoo!? Yahoo! Mail - Easier than ever with enhanced search. Learn more. http://info.mail.yahoo.com/mail_250 ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Has someone you know been affected by illness or disease? Network for Good is THE place to support health awareness efforts! http://us.click.yahoo.com/UwRTUD/UOnJAA/i1hLAA/wpWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
<<inline: Kulit.jpg>>