Assalamu3alaikum;
 
Jangan dok fikir kempen 6 jahanam sahaja, Dadah musuh no satu negara. Dadah itu najis. Tapi banyak lagi hukum lain yang lebih utama di jalankan.
 
Bagimana Hukuman Murtad
Bagaiman Hukum Zina dalam Islam dijalankan
Bagaiman Hukum Penzina Muhsan
Bagaimana Hukum Mencuri dalam Islam
Bagaiman Hukum MInum Arak
Bagaiman Hukum Melakukan Sodomi
Bagaimana Hukum Melakukan Tuduhan Berzina
Bagaiman Menghandle Hukum Pemberontak
Bagaiman Hukuman Muslimin dan Muslimah tak menutup aurat
Bagaimana Hukum Islam untuk semua perkara???
 
Jawapan senang sahaja ada di Parlimen Malaysia "

Bidang Kuasa Perundangan Jenayah: Akta Pindaan 1984, Akta A612 sebelum ini akta 23/1965. memperuntukkan hukuman  6 bulan penjara atau dengan $1000 berubah kepada . PENJARA YANG TIDAK MELEBIHI 3 TAHUN ATAU DENDA  RM5000 ATAU 6KALI SEBATAN ATAU GABUNGAN ..

 
Kenapa satu Hukum sahaja yang perlu diangkat? Sesama kita merenungi Firman Allah
" Apakah kamu beriman dengan sebahagian dari kitab dan kamu kufur sebahagiannya?"
(Al-Baqarah 2:85)
 
Di mana Fatwa JAKIM tentang Pemerintah yang tidak melaksanakan hukum di atas? Apa fatwa JAKIM selain bab DADAH ini sahaja, SURE HEBOH.
 
Selamatkan umat ini dengan Syariat Islam.
 
sekian
==========================================
 
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=0419&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm
 
 
Muka Hadapan

Fatwa haram salahguna dadah selamatkan umat jadi mangsa

HULU TERENGGANU 18 April - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini meminta fatwa berhubung pengharaman penyalahgunaan dadah dilaksanakan secara berkesan sebagai langkah menyelamatkan umat Islam daripada terjebak dengan gejala itu.

Perdana Menteri menegaskan, pelaksanaan fatwa itu secara berkesan dapat menimbulkan kesedaran di kalangan umat Islam bahawa penyalahgunaan dadah adalah haram di sisi agama.

Beliau berkata, langkah itu juga wajar dilaksanakan kerana kumpulan yang paling banyak mengambil dadah di negara ini adalah terdiri daripada mereka yang beragama Islam.

``Saya amat khuatir jika jumlah penagih dadah itu meningkat terlalu ramai sehingga keadaan itu boleh menimbulkan bencana kepada negara dan memporak-perandakan institusi keluarga dan masyarakat.

``Sebab itu, kita perlu haramkan terus penyalahgunaan dadah ini jika kita belum ada lagi fatwa khusus mengenai perkara ini.

``Jika sudah ada fatwa, kita perlu melaksanakannya dengan penuh kesedaran bahawa penyalahgunaan dadah itu boleh menjahanamkan kita,'' tegasnya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran Program Semai Bakti Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Felda Jerangau Barat di sini hari ini.

Kira-kira 10,000 hadirin yang sebahagian besarnya terdiri penduduk tanah rancangan Felda hadir pada majlis tersebut.

Program itu turut dihadiri oleh Datin Seri Endon Mahmood yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh dan isteri, Toh Puan Seri Che Kamariah Zakaria dan beberapa menteri Kabinet lain.

Menurut Abdullah, antara kesan buruk penyalahgunaan dadah termasuk menyebabkan seseorang itu lupa segala-galanya dan sekiranya berkahwin mereka akan mencetuskan masalah besar kepada isteri dan anak-anak.

``Selain itu, penagih dadah yang tiada duit sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan dadah dan ini menimbulkan pelbagai masalah kepada masyarakat.

``Apabila penagih itu mati, masalah dan penderitaannya tidak berakhir. Ini kerana anak-anak dan isteri yang ditinggalkan akan terus hidup menderita apalagi bagi ibu-ibu yang terpaksa membesarkan anak-anak cacat yang akan menderita sepanjang kehidupan mereka,'' katanya.

Timbalan Perdana Menteri yang turut berucap pada majlis itu melahirkan kebimbangannya mengenai gejala dadah termasuk yang membabitkan warga Felda.

``Pada ketika kita berusaha meningkatkan kehidupan peneroka, kita bimbang kerana masih terdapat masalah sosial dalam kawasan Felda dan perkara ini akan terus kita beri perhatian bagi menanganinya,'' katanya.

DiKUALA LUMPUR, Pengerusinya, Datuk Dr. Ismail Ibrahim berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa bahawa penyalahgunaan dadah adalah haram dalam Islam sejak 23 tahun lalu.

Katanya, keputusan bertarikh 15 April 1982 itu dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali ke-3 Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam.

Fatwa itu, katanya lagi, memutuskan bahawa sebarang penyalahgunaan termasuk penyalahgunaan dadah, hukumnya adalah haram.

``Fatwa itu juga memutuskan bahawa dadah hanya boleh digunakan bagi tujuan perubatan yang sah mengikut syarak,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.



Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah
Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis
Ada yang menghisabnya.

Ahmus


Do you Yahoo!?
Make Yahoo! your home page

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
Children International
Would you give Hope to a Child in need?
 
· Click Here to meet a Girl
And Give Her Hope
· Click Here to meet a Boy
And Change His Life
Learn More


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke