Habibie bincang kerjasama dengan Anwar
Thursday, September 23 @ 11:09:27 MYT


Oleh Zunar dari MUNICH

BEKAS Presiden Indonesia, Bacharuddin Jusof Habibie mengadakan rundingan tidak rasmi dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tengah hari semalam (waktu Jerman, lewat petang waktu Malaysia)

Perbincangan antara kedua-dua pemimpin tersebut diadakan selepas Habibie yang menetap di Jerman menjemput Anwar dan rombongan untuk makan tengah hari ‘ala Thai’ di kediaman beliau, di Heilment Starse, 35 kilometer dari Alpha Klinik.

Habibie (bertopi) sebelum mengadakan perbincangan dengan Anwar dan rombongan di rumahnya, di Heilment Starse, Munich. Di sebelah kiri sekali ialah Dr Ziauddin Sardar manakala di sebelah kanan sekali ialah Ezam Mohd Noor.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Ismail; cendekiawan Islam, Dr Ziauddin Sardar dan Ketua Pemuda KeADILan, Ezam Mohd Noor.

Dihubungi kemudian, Ezam berkata dalam pertemuan tersebut, secara keseluruhannya, Habibie menyentuh kepada peranan yang boleh dimainkan oleh Anwar dalam mempertingkat kerjasama di rantau Asia, khususnya di Indonesia bagi mewujudkan suasana lebih aman dan demokratik.

Menurut Ezam, Habibie berpendapat peranan Anwar amat penting bagi merealisasikan usaha ini kerana mantan Timbalan Perdana Menteri itu punya jaringan persahabatan yang kuat di kalangan masyarakat rantau ini, khususnya di Indonesia sendiri.

Malah Habibie memberitahu bahawa beliau telah dihubungi oleh beberapa tokoh penting Indonesia termasuk bekas Presiden, Abdul Rahman Wahid (Gus Dur ) yang juga menyatakan hasrat yang sama, kata Ezam.

Dalam respons ringkasnya, Anwar berkata beliau menyambut baik hasrat Habibie dan teman-teman dari negara jiran itu.

“Saya tidak sama sekali menolak sebarang usaha bersama rakan-rakan di Indonesia untuk mengujudkan rantau yang lebih demokratik dan adil,” kata Anwar.

Habibie berkata pegawai-pegawai dari Habibie Centre, sebuah badan pemikir yang beribu pejabat di Jakarta akan mengunjungi Anwar untuk mengenal pasti dan memperjelas bentuk kerjasama selepas beliau pulang ke Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Dalam pertemuan itu juga, Anwar mengulangi kenyataan awal bahawa menjadikan Indonesia sebagai negara pertama yang dilawati selepas pulang ke Malaysia apabila sembuh sepenuhnya.

Dalam kenyataan sebelum ini, Anwar menyatakan banyak menerima permintaan untuk memainkan peranan lebih besar untuk meredakan ketegangan antara kelompok di peringkat antarabangsa. - zs

Printer Friendly Page  Send this Story to a Friend


Do you Yahoo!?
Take Yahoo! Mail with you! Get it on your mobile phone.

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke