Assalammu3alaikum;
Teman Salafi saya berkata:
"Kita[1] akan buktikan apa yg diajar dalam halaqah pembinaan ilmu HT itu adalah suatu kesalahan ilmu.... 'Zakat' telah dijelaskan
dalam surah yg paling awal turun di Mekah[2]...surah ni dah ancam rijal daulah tentang ancaman meninggalkan solat dan meninggalkan sedeqah wajib yg dikenali kemudian sebagai zakat istilah tidak penting[3] ya ahmad..."
Kata Dr Wahbah Zuhaili, dan kita boleh melihat komentar Dr Wahbah Zuhaili dalam kitab besarnya iaitu Fiqh Wa Adillatu
"Zakat adalah salah satu rukun Islam yang lima. Ia juga merupakan salah satu daripada Fardu Islam. Ia diwajibkan di Madinah tahun kedua Hijriah (2H) iaitu selepas kewajipan puasa dan zakat fitrah".
Komentar Ahmad Mustafa : "Perlu teliti dalam memahami teks Al-Quran dan Nasnya kerana ada orang cuba menanam kefahaman yang salah tentang islam itu ke dalam minda kaum Muslimin. Bayangkan ulama tafsir dan ulama Fiqh telah mengatakan dengan jelas bahawa Zakat diwajibkan setelah Hijrah Rasululllah saw. Berhijrah ke Madinah, tetapi ada orang dari aliran salafi menafsirkan nas berasaskan kepada lafaz sahaja." Sedangkan makna lafaz ini langsung tidak membuktikan kewajipan berzakat, tetapi tentang sedekah. Perlu saya tegaskan di sini bahawa Hukum Zakat perlu dilaksanakan sebilang masa tanpa ada illat lagi (samada khilafah berdiri atau tidak, samada kita diperintah oleh regim kufur atau Daulah Islam, zakat tetap wajib dilaksanakan. Kerana zakat adalah
hukum Allah yang tak pernah dimansukhkan. Yang menjadi isu kita di sini kerana ada dari pengikut aliran salafi yang cuba memesongkan fakta dan mengatakan zakat telah diwajibkan sebelum Hijrah lagi. Sebagai justifikasi pandangan kelirunya bahawa perlu ibadat zakat diwajibkan sebelum daulah berdiri lagi.
Apakah Ahmad Mustafa telah buktikan Pembinaan Tarbiyyah wa Tasfiyyah tersalah arah?
sekian
[1] Mungkin patut aa jelaskan siapa kita, kalau kita dimaksudkan dengan salafi maka saya akan buktikan pemahaman salafi yang aa
belajar adalah salah kerana, pendapat ulama' muktabar jelas bahawa zakat diwajibkan pada 2H.
[2] Zakat apa ya di situ, apa kata muffasir tentang ayat zakat di Madinah. Adakah ianya sedekah tatawu' atau zakat seperti selepas
turunnya ayat zakat? Ini satu lagi kekeliruan bila belajar Tafsir Al-Quran versi menggunakkan akal untuk menjustifikasi kenyataannya sendiri.
[3] Istilah Fiqh memang tak penting untuk orang yang tak nak memahami kebenaran, bagi ulama Fiqh dan Hadis mereka menggunakan istilah sebagai hujah yang amat penting untuk mendefinisikan sesuatu perkara. Lihat sahaja
istilah – zakat, apakah ianya menjadi tak penting?. Cuba lihat bagaimana mereka medefinisikan istilah Hadis Mardud, Mauquf dan sebagainya, kerana mereka merasakan penting istilah ini digunakan. Sekarang kalau saudara aa mementingkan hujah nescaya saudara akan kalah hujah, maka terserlahlah kebenaran hakiki tetang hukum wajib zakat ini. Iaitu selepas daulah tertubuh.
Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis
Ada yang menghisabnya.
Ahmus
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
[EMAIL PROTECTED]