Info Kesihatan : Darah tinggi, kencing manis potensi strok

WALAUPUN strok boleh menyerang sesiapa pada bila-bila masa, ia tidak 
berlaku begitu saja, kata Profesor C.T. Tan, Presiden Persatuan 
Sains Neuro.

Simptom tertentu seperti kebas atau pertuturan yang tidak jelas 
boleh berlaku tiba-tiba tetapi keadaan yang sebenarnya (dikenali 
sebagai penyakit cerebrovascular) hanya akan dikesan bertahun-tahun 
selepas serangan strok berlaku.

Bagi mencegah serangan itu, mereka yang mempunyai risiko untuk 
diserang perlu mengetahui faktor yang mengakibatkannya.

Sungguhpun tiada faktor risiko yang dapat dielak seperti umur, 
sejarah keluarga dan jantina (lelaki mempunyai risiko yang lebih 
tinggi berbanding wanita). Prof. Tan berkata, 70 hingga 80 peratus 
strok berpotensi untuk dihalang.

Rawatan awal terhadap tekanan darah tinggi adalah cara yang paling 
efisien untuk menghalang serangan strok.

Tekanan darah tinggi berlaku pada 60 hingga 70 peratus pesakit strok 
dan 50 peratus kes kencing manis mempunyai tekanan darah tinggi.

Tekanan darah tinggi atau hypertension adalah sesuatu yang biasa. 
Namun kebanyakan orang yang menghidapnya berasa sihat dan tidak 
sedar mereka mempunyai masalah - walaupun tekanan darah mereka sudah 
sampai ke tahap yang membahayakan.

Ia tidak mempunyai simptom yang dapat dikesan, menyebabkan mereka 
hanya mengetahuinya kali pertama apabila mereka terkena strok atau 
Transient Ishemic Attack (TIA) yang dikenali juga sebagai strok 
kecil.

Secara umumnya, jantung berdenyut sekitar 70 hingga 80 kali seminit. 
Ia menyalurkan darah melalui arteri ke segenap bahagian badan - ia 
kembali ke jantung melalui vena.

Tekanan darah ialah kekuatan yang dikenakan ke atas otot arteri oleh 
darah yang mengalir ke jantung melalui tubuh badan.

Tekanan yang berlaku apabila otot jantung mengepam dikenali sebagai 
tekanan darah sistolik - yang lebih tinggi daripada dua angka dalam 
bacaan tekanan darah. Tekanan dalam arteri apabila otot jantung 
mengendur dikenali sebagai tekanan diastolik - angka rendah pada 
bacaan.

Kebanyakan doktor kini percaya bacaan tekanan darah yang normal 
sepatutnya tidak lebih daripada 140/90 bagi lelaki dan wanita. 
Sekiranya bacaan tekanan darah kerap melebihi 140/90 pada dua 
keadaan, anda mempunyai tekanan darah tinggi.

Tekanan darah tinggi memberikan tekanan kepada pembuluh darah. Ia 
boleh menyebabkan pembuluh menjadi tebal dan rosak, yang 
mengakibatkan jantung terpaksa bekerja lebih keras untuk mengalirkan 
darah melaluinya. Perubahan ini boleh menyebabkan masalah yang 
serius termasuk strok.

Ia berpunca daripada beberapa sebab. Tekanan darah tinggi boleh 
mengakibatkan ketulan kolestrol dan kandungan lemak terbebas 
daripada dinding arteri, menyebabkan arteri di otak tersumbat.

Ia mengakibatkan pembentukan selaput pada arteri menjadikan ia lebih 
mudah tersekat oleh ketulan darah. Dan tekanan yang berlebihan boleh 
mengakibatkan pembuluh darah pecah, menyebabkan pendarahan dalam 
otak, satu lagi punca strok.

Prof. Tan menyarankan supaya orang ramai membuat ujian tekanan darah 
tinggi sekurang-kurangnya sekali setahun dan mereka yang berumur di 
bawah 30 tahun, dua kali setahun bagi mengelak sebarang masalah yang 
tidak diingini.

Sekiranya anda dikesan mempunyai tekanan darah tinggi, jangan panik. 
Tekanan darah tinggi yang rendah dan sederhana boleh dirawat. Lebih 
cepat lebih baik.

- Rencana ini disediakan dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Angin 
Ahmar (Nasam), sebuah pertubuhan bukan kerajaan tentang strok yang 
ditubuhkan pada 1996. 

=====================================================================
Testimoni : http://www.maynetwork.net/biovco/testimoni1.html

TESTIMONI PENGGUNA : 

Saya seorang ibu tunggal berusia 39 tahun. Mengidap tekanan darah 
tinggi sejak 9 tahun yang lalu. Setiap hari mengambil ubat atenolol 
dan tekanan darah 130/90. Kalau saya stress tekanan darah boleh naik 
sehingga 180/100 dan waktu itu saya kena masuk hospital.

Saya menggunakan BIOVCO sejak lebih sebulan yang lalu. Minggu lepas 
saya berjumpa doktor untuk pemeriksaan rutin dan tekan darah saya 
110/70. Berat badan saya pada mulanya 62kg sekarang sudah turun ke 
58.5kg. Saya sangat bersyukur dengan perubahan ini. Sewaktu mula-
mula mengunakan BIOVCO saya rasa mengantuk yang amat sangat, tak 
boleh nak buat kerja. Tapi saya lawan rasa mengantuk itu dengan 
melakukan senaman ringan iaitu berlari setempat sehingga rasa 
mengantuk itu hilang. Sekarang rasa mengantuk dah tak ada lagi.

Saya juga menjadikan BIOVCO ini sebagai losyen muka disapu sebelum 
tidur, kesannya mula nampak sekarang. Kulit menjadi lebih lembab dan 
pori pada wajah semakin mengecil. Bukan itu sahaja, BIOVCO memberi 
kesan kepada PMS (pre-menstrual sindrome). Sebelum haid saya akan 
mengalami sakit kepala yang amat sangat disertai dengan sakit di 
bahagian paha.

Apa yang lebih penting pada saya adalah kesihatan. Kalau badan sihat 
hati lebih senang, dan wajah akan jadi berseri. Semoga pengalaman 
saya menggunakan BIOVCO ini memberi manfaat kepada yang belum 
menggunakannya.

Aini Sait
Tanjung Batu
Miri Sarawak
=====================================================================

Maklumat lanjut : http://www.maynetwork.net/biovco/
Pembelian online : http://www.maynetwork.net/pembelian.html

Sertai biovco groups dan dapatkan e-buku PERCUMA, maklumat dan 
testimoni terkini serta "DISKAUN PEMBELIAN ISTIMEWA" melalui SMS

Maklumat lanjut dan pendaftaran online sila lawat ke : 
http://health.groups.yahoo.com/group/biovco/

atau daftar melalui email : [EMAIL PROTECTED]
===================================================================== 

  

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke