RESDUNG - Risiko jangkitan otak (Bhgn 1/5)
Oleh Shafinaz Sheikh Maznan

http://www.maynetwork.net/biovco

ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan.
Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa yang anda demam.

Apabila ubat-ubatan yang diambil tidak meredakan gejala-gejala demam
biasa, bangun pagi anda mulai diiringi dengan sakit kepala dan rasa
berat pada bahagian muka.

Selepas doktor mendengar sejarah gejala, memeriksa bahagian muka,
dahi dan mungkin menjalankan sinaran-X pada bahagian sinus, anda
disahkan menghidap penyakit sinusitis.

Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih popular sebagai resdung
dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini.

``Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak
ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara
serta telinga tengah.

``Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria
ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus,''
kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala
Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan.

Menurutnya, sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang
muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat
kecil.

Sinus terletak pada bahagian muka - pipi di bawah mata, di antara
dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi
bahagian dahi seseorang.

Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus
frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid.

Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara
teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut
memainkan peranan dalam degungan suara.

``Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa
dan disalirkan ke dalam hidung.

``Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul
dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman
bakteria,'' katanya.

Dr. Amir Izwan yang juga pakar bedah kepala dan leher berkata,
bengkakan di dalam lapisan hidung juga boleh menyebabkan salur sinus
ini tersumbat.

Salah satu punca utama bengkakan dalam hidung ini ialah radang
hidung disebabkan oleh alahan (rhinitis) yang agak berleluasa dalam
masyarakat kita.

Dapatkan siri seterusnya melalui biovco groups :
http://health.groups.yahoo.com/group/biovco/

http://www.maynetwork.net/biovco

===================================================================
Testimoni Pengguna : http://www.maynetwork.net/biovco/testimoni1.html

RESDUNG & ALAHAN

Assalammualaikum,

Saya telah bertahun-tahun mengalami masalah resdung /alahan.
Bermacam-macam ubat, vitamin, food suplement saya cuba tetapi tidak
bersesuaian dengan badan dan darah saya. Malah ia akan menjadi lebih
teruk atau mendapat penyakit lain pula.

Tetapi sejak saya mengamalkan Minyak Kelapa Dara "BIOVCO", saya
telah banyak merasai perubahan dan berkurang dengan ketara. Saya
telah boleh memakan makanan laut yang dulu tidak boleh dimakan
langsung. Hingga kini saya masih menggunakan Minyak Kelapa
Dara "BIOVCO".

Sekian.

Rohidah Abdul Rahman
Jalan 14/4B Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Maklumat lanjut dan pembelian online :
http://www.maynetwork.net/biovco/

atau melalui pengedar berhampiran :
http://www.maynetwork.net/biovco/pengedar.html
===================================================================
Sertai biovco groups dan perolehi :

1. e-Buku PERCUMA
2. Kopun Diskaun pembelian produk
3. Maklumat & testimoni terkini produk

Maklumat lanjut & daftar online : http://health.groups.yahoo.com/group/biovco/

atau daftar melalui email : [EMAIL PROTECTED]

====================================================================  

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke