Allah dan RasulNya lebih berhak diredhainya (TMQ)
Tidak, malah demi meredhai diktator Uzbekistan, Sheikh al-Azhar menyerang Khilafah dan jihad serta menjustifikasi penyembelihan di Andijan.
Telah sampai kepada kita dari yang membenarkan dan dibenarkan, Nabi SAW, sejak berkurun yang lalu, perkataan yang memberikan kesan yang tidak akan pernah hilang seperti didalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari
Sekiranya telah hilang rasa malu pada mu, berbuatlah sesuka hatimu
Sheikh ini tidak lagi mempunyai rasa malu kepada Allah dan hambaNya-pada hari ini, 27/5/2005, dalam sebuah kenyataan, beliau telah dengan jelas menjustifikasi penyembelihan oleh diktator Tashkent di Andijan. Sumber berita rasmi
Tentera-tentera upahan
Sheikh ini juga menyerang Khilafah dan jihad serta Hizbut Tahrir dan gerakan-gerakan Islam yang lain. Beliau berpandangan bahawa penyinambungan kembali kehidupan Islam, yang diperjuangkan oleh Hizbut Tahrir dengan menegakkan Khilafah Rashidah, sekiranya berlaku, akan membawa kita kembali kezaman silam dan kita akan jauh ketinggalan. Si sheikh lupa akan kefardhuan dan keagungan Khilafah - martabat kaum muslimin akan ditinggikan dengannya dan dengannya juga kaum muslimin akan menjadi kaum yang tergagah.
Sekiranya kata-kata ini datangnya adalah dari orang biasa dikalangan manusia, kita akan mengatakan bahawa dia merupakan seorang yang jahil dan akan kita doakan agar orang tersebut ditambahkan ilmu agamanya oleh Allah sehingga ia sedar bahawa Khilafah merupakan mahkota kefardhuan dan jihad merupakan puncak Islam. Dengan ini ia akan meninggalkan kesalahannya dan kembali kepada kebenaran, sesungguhnya Allah maha Pengampun dan Penyayang.
Adapun sekiranya yang mengeluarkan kata-kata sedemikian adalah seorang yang mungkar, yang tahu tetapi menolak, yang memakai pakaian ulama dan menggunakan nama sheikh al-Azhar, maka (penyebab) kehancuran ini amat dibenci oleh Allah dan RasulNya. Adalah amat menyedihkan sekali mengenangkan al-Azhar kini dipimpin oleh seorang sheikh yang taat kepada penguasa, melebihi ketaatan kepada Tuhan sang penguasa, bilamana al-Azhar pada suatu masa merupakan cahaya kepada kegelapan, dipimpin oleh ulama yang dipercayai, yang bersegera dalam menjalankan kebaikan dan kerana Allah, tidak pernah takut kepada celaan mereka yang mencela. Sesungguhnnya kami hanya berserah kepada Allah dan kepada Allah segalanya akan kembali.
Adakah tembakan rambang yang dilepaskan yang membunuh orang-orang tua, kanak-kanak dan wanita memerlukan politik untuk difahami seperti yang dikatakan mengenai sheikh ini ? Sesungguhnya penyembelihan ini merupakan sesuatu realiti yang tidak dapat dipertikaikan lagi; munculnya diktator bangsat ini juga suatu realiti yang dapat disaksikan. Begitu juga dengan pengepungan mereka yang berada di
Tambahan pula, adakah sheikh ini tidak mendengar berita yang disampaikan melalui media
Dan tidakkah sheikh ini memperoleh berita mengenai pembunuhan didalam penjara di seluruh
Wahai Kaum Muslimin !
Meskipun (akibat karenah sheikh ini) wujud bahaya akibat dari apa yang keluar dari mulut si sheikh ini dan meskipun sheikh ini memegang nama yang mulia (sheikh al-Azhar) dan walaupun Rasululah SAW pernah bersabda, yang dikeluarkan oleh At-Thabrani (Sesungguhnya aku bimbang atas umatku kesilapan orang-orang alim dan perdebatan munafik mengenai Al-Quran), kami tidak pernah bimbang dengan penyesatan yang dilakukan oleh sheikh ini. Kaum muslimin telah sedar dan nampak akan penyelewengan - dapat membezakan yang tidak berisi dan berisi yang buruk dan baik. Mereka tidak pernah senang dengan si sheikh penguasa ini dan tidak pernah yakin dengannya; malahan setiap kali beliau membuat kenyataan, kaum muslimin tidak pernah mengambil kenyataan tersebut secara serius. Kaum muslimin memandang bahawa kenyataan-kenyataannya ini diasaskan kepada kebatilan kerana mengetahui
bahawa sheikh ini amat rapat dengan para penguasa, memuji dan meninggikan mereka dan kaum muslimin juga mengetahui bahawa segala fatwa yang dikeluarkan oleh sheikh ini datangnya dari para penguasa mengikut keinginan mereka.
Sesungguhnya kesilapan para ulama akan memberi kesan kepada masyarakat kerana para ulama merupakan mereka yang paling awal didalam melakukan kebaikan dan merupakan mereka yang akan berada di barisan pertama dalam menyeru ke jalan Allah dan RasulNya. Manusia akan senang dengan mereka, mengikuti mereka kearah kebaikan. Oleh itu, adalah dibimbangkan bagi umat yang mungkin akan mengikuti para ulama akibat dari kesilapan mereka dan tersesat akibat dari kesesatan mereka.
Adapun mengenai Syed Tantawi (sheikh al-Azhar) ini, kami yakin bahawa kenyataan-kenyataannya tidak akan mempengaruhi hamba Allah yang ikhlas malah ianya akan menjatuhkannya dan menjatuhkan si diktator
Wahai Kaum Muslimin !
Meskipun kaum muslimin merasakan kesakitan yang amat sangat di Andijan, dan meskipun telah berlaku penyembelihan besar-besaran di seluruh Uzbekistan, sehingga si diktator menghalang berita mengenainya disiarkan kecuali berita-berita tidak bermakna yang dirancangkannya, seperti yang telah disiarkan oleh AFP pada 30/5/2005, Hizbut Tahrir akan terus berdakwah, dengan izin Allah, dalam usaha untuk mengembalikan kehidupan Islam dengan menegakkan Khilafah Rashidah yang akan mencabut mata-mata penjenayah seperti Karimov dan menghancurkan mereka, menolak dengan kekuatan dan menghapuskan kebatilan si sheikh, lalu mengembalikan kebenaran. Khilafah juga akan menghancurkan imperialisme, menghalau negara-negara imperialis (dari tanah kaum muslimin) dan akan menghalang dan menggagalkan rancangan-rancangan jahat mereka. Inilah Khilafah yang yang dijanjikan Allah kepada hambaNya yang soleh. Inilah Khilafah yang telah
dikhabarkan oleh Rasulullah yang mulia dan Hizbut Tahrir akan terus memperjuangkannya sehinggalah ia berjaya didirikan. Kaum kuffar dan penyokong-penyokongnya tidak akan berjaya menghalang penegakkan Khilafah ini; ia akan berdiri dengan izin Allah dan ia pasti akan merendahkan mereka, meskipun mereka berusaha untuk menghalang (penegakkannya).
Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka dan Allah akan memastikan cahayaNya terus hidup meskipun ini dibenci kaum kafir (TMQ 61:8)
Hizbut Tahrir
23 Rabiul Awal 1426
Bersamaan 31/5/2005
Discover Yahoo!
Find restaurants, movies, travel & more fun for the weekend. Check it out!
///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.