Melati terharu ucapan pengerusi penganjur

PUTRAJAYA 12 April - Kejayaan memenangi anugerah Pembahas Terbaik dalam debat undang-undang universiti seluruh dunia di Washington cukup mengharukan Melati Abdul Hamid, tetapi ungkapan pengerusi penganjur selepas kemenangan itu meletakkannya seolah-olah berada di kemuncak dunia. (UM)

 

Melati ... Namamu Teratas.

by Merong Wangsa

 

Melati bunga indah, Melati juga sebuah nama indah, di Langkasuka (Perlis) ada Tasik Melati. Tidak jauh dari Tasik tersebut ada Taman Melati Indah, tersergam indah di depan Pejabat Pos Beseri. Bila disebut nama Melati, Merong teringat nostalgia indah di kala pasca SPM. Bukan obssesed dek kerana nama kekasih Merong adalah Melati, semuanya tidak ada kaitan sama sekali. Bulan lepas Merong berkunjung ke Berseri menikmati kueh Teow Tomyam di Beseri, sekali lagi kenangan silam mencuit hati.

 

Hari ini Merong membaca Surat Khabar Utusan Melayu versi Rumi, meyaksikan seorang anak melayu Namanya Melati Abdul Hamid,[1] dinobatkan sebagai pemidato terbaik, debat olok-olok undang-undang antarabangsa. Inilah yang menyebabkan Memori Merong teruja, cerita selanjutnya selepas ini. Dari 2 nama ini memori Merong teringat kepada

1)      Melati – Salim bin Baz

2)      Abdul Hamid – Sultan Abdul Hameed II

 

Melati Versus Salim Bin Baz

 

Melati nama yang telah menerbangkan Merong melalui "time tunnel" melangkau zaman silam, iaitu zaman pasca-remaja semasa bersantai dalam sebuah Halaqah. Semasa mengikuti kelas pembinaan Sistem Islam dari Halaqah Hizbu Tahrir, ada uangkapan nama Seorang bernama Salim Ben Baz, dianya seorang yahudi yang mampu mensyarahkan kitab fiqh Islam; petikan bukunya berbunyi begini

 

Keadaan ini terjadi tentu saja sebelum penghakiman dipisahkan menjadi penghakiman agama dan penghakiman sivil sebagai kesan pengaruh penjajahan. Bukti terdekat mengenai hal ini dapat dilihat melalui berbagai dokumen mahkamah syari'at yang tersimpan di beberapa kota tua seperti Al-Quds (Jerusalem), Baghdad, Damaskus, Mesir, Istanbul, dan lain sebagainya. Hal ini merupakan bukti yang meyakinkan bahwasa hanya syari'at Islam sajalah yang diterapkan oleh para Qadhii. Sehingga orang-orang non muslim dari kalangan Nashrani dan Yahudi mempelajari fiqih Islam dan mengarang dalam bidang ini, sepeti Salim Al Baz yang mensyarah majalah Al Ahkam al Adliyah (yang menjelaskan undang-undang di masa pemerintahan Utsmaniyah, pent.) dan lain-lainnya, yang mengarang beberapa buku dalam fiqih Islam di masa-masa terakhir ini.[2]

 

Iaitu Salim Bin Baz ini merupakan seorang Yahudi tapi keupayaannya agak luar biasa, bisa membicarakan masalah hukum fiqh terkandung dalam majalah Al-Ahkam Adliyyah, dan mengarang beberapa buku Fiqh Islam. Pada mulanya Merong agak ragu juga, tapi setelah diterangkan oleh Sang Guru, barulah aku mengerti. Ujar guruku, "apa yang peliknya, sekarang kaum Muslimin, lawyer kaum Muslimin, anak-anak kaum Muslimin bisa berbicara masalah Undang-undang barat, menafsirkan undang-undang Barat, bahkan kekadang lebih memahami undang-undang barat dari undang-undang Islam". Ya tak ya juga, bisikan hati kecil Merong, teringat seorang kawan lama Merong dari jurusan Undang-undang, pastinya dia mahir dengan undang-undang dan kaedah hukum barat ini.

 

Melati dan Salim bin Baz, adalah dua orang insan yang berbeza, satu kafir hidup dalam sistem Islam, menguasai Fiqh Islam dan Melati Abdul Hamid seorang Muslimah yang hidup dalam sistem Kufur yang menguasai kaedah undang-undang Kufur.

 

Apakah Poin Anda Merong?

 

Mungkin orang akan tertanya-tanya apakah yang Merong ingin sampaikan?

Merong ingin menerangkan bahawa apabila satu sistem kehidupan Islam mewarnai hidup ini, maka orang kafir akan yang terdididik dengan sistem pendidikan Islam dengan kerangka berfikir Islam walaupun mereka tidak masuk Islam. Dan Sebaliknya bila sistem Kapitalisme menguasai kita maka kita terikut-ikut dengan sistem dan kaedah undang-undang buatan mereka. Hatta kita bisa menguasai mereka kaedah perundangan mereka dan mahir berhujah dengan pemikiran mereka. Kalau Syeikh Taqiuddin menerangkan bahawa bagaimana terpengaruhnya orang kafir dalam dengan pemikiran Islam maka Merong sebagai entah ke berapa generasi anak muridnya bisa menunjukkan bahawa ada orang Islam bisa menguasai Fiqh asing contohnya Melati.

 

Apakah sistem pendidikan kita ingin melahirkan Melati-Melati yang bernama indah, berbintikan Muslim tapi Fiqh dengan perundangan kafir. Atau melahirkan Melati yang mahir dengan Fiqh Islam. Yang pasti Salem bin Baz tak akan muncul dalam Sistem Demokrasi hari ini.

 

Pendapat Merong, Salem bin Baz dan Melati adalah produk dari sebuah sistem sosial –politik, sistemlah yang mencorakkan mereka ini. Bersamalah kita bergerak untuk membangun sebuah daulah yang melahirkan produk sosio-budaya-politik Islam, sayanglah kepada Seri Rama dan Sita Dewi anak kesayangan Merong, kerana mungkin ayanandanya sudah menemui azali semasa mereka dalam proses menuju kematangan, aduhai peritnya rasa hidup dalam sistem ini.



[2]  Taqiuddin An-Nabhani, Nizhamul Islam, ms 53



Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah
Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis
Ada yang menghisabnya.

Ahmus


Yahoo! Mail Mobile
Take Yahoo! Mail with you! Check email on your mobile phone.

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
Children International
Would you give Hope to a Child in need?
 
· Click Here to meet a Girl
And Give Her Hope
· Click Here to meet a Boy
And Change His Life
Learn More


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke