Lihatlah bagaimana hukum-hakam Jahiliyyah diterapkan ke atas seorang wanita.

http://www.mykhilafah.com/malay/index.php?option=com_content&task=view&id=86&Itemid=27

Pakistan:Kes rogol dibuka semula PDF Cetak E-mail
Tuesday, 28 June 2005

muktarmai.jpgMahkamah Agung Pakistan membatalkan keputusan tidak bersalah atas lima orang lelaki yang dituduh memperkosa seorang perempuan.

Mukhtaran Mai, diperkosa beramai ramai atas perintah Majlis desa dan adat, namun tidak seperti biasanya, dia justeru lantang mebongkar kesnya.

Mukhtaran Mai semakin menjadi simbol dari perjuangan perempuan di Pakistan.

Keputusan mahkamah ini diambil tiga tahun setelah tuduhan Mukhtaran Mai diperkosa beramai-ramai.

Kes ini telah mengundangan kecaman antarabangsa dan menarik perhatian terhadap tindakan perempuan di kawasan pedesaan Pakistan.

Dia menjadi simbol perjuangan perempuan kerana tidak seperti biasanya, dia justeru lantang mengungkap kesnya.

Para tetua adat (Tribal Council) di kampungnya didakwa memerintahkan dirogol setelah saudara lelaki Mai dituduh melakukan hubungan seks dengan seroang perempuan dari keluarga yang berpengaruh.

Namun Mai dan saudara laki-lakinya itu mengatakan tuduhan itu justeru untuk mengabui serangan atas dirinya yang dilakukan sekelompok lelaki dari keluarga berpengaruh tadi.

Awalnya orang-tua Mai tidak mau melaporkan kes anak perempuannya kepada polis kerana akan merusak kehormatan keluarga.

Namun akhirnya orang-tuanya setuju, antara sebabnya kerana Mai tidak mau diam. Enam lelaki dinyatakan bersalah dan dijatuhi hukuman mati, namun 5 diantaranya dinyatakan bebas dalam proses rayuan, sementara tertuduh keenam dikurangi dari hukuman mati menjadi hukuman seumur hidup.

Mukhtaran Mai kemudian menjadi bintang antarabangsa dan melawat ke beberapa negara.

Dia kini mengelola sekolah rendah yang kosnya dari sumbangan yang diperolehi semasa perjalanannya ke luar negeri.

Pemerintah Pakistan pernah melarang dia ke melakukan perjalanan ke luar negeri, namun larangan itu dihapuskan kerana beberapa kritikan, termasuk dari Menteri Luar Negeri Amerika Serikat.

 

Pengadilan 14 orang

Para perogol itu diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Lahore dibebaskan bulan Mac lalu dengan alasan tidak ada bukti.

Mahkamah Agung kini akan mengadili 14 orang - lima di antaranya yang dibebaskan oleh Mahkamah Lahore, lelaki keenam hukuman matinya ditukar menjadi hukuman seumur hidup, dan lapan lelaki lagi dibebaskan oleh Mahkamah Negeri.

Tanggal persidangan masih belum ditetapkan.

Mai, yang berada di mahkamah dengan para aktivis hak asasi mengatakan dia berharap keadilan akan dia perolehi.

"Saya sangat gembira. Saya sangat puas," kata Mai yang berusia 33 tahun.

Hakim tinggi di Mahkamah Agung Iftikhar Chaudry mengatakan dalam keputusannya: "Inspektur Jeneral polis Punjab diperintahkan untuk menahan mereka sambil menunggu rayuan."

Perintah penahanan itu merupakan mekanisme hukum kerana semua 14 orang itu telah berada dalam tahanan. Sumber BBC.

************

Komentar : Seandainya betul seperti yang dilaporkan bahawa saudara lelaki Mai berzina dengan keluarga mulia, maka sepatutnya saudara lelakinya dan wanita tadi dihukum kerana melakukan dosa perzinaan. Namun orang yang tidak bersalah seperti Mai dijadikan balasan 'kejahatan saudara lelakinya'. Sistem hukuman apakah ini? Hukuman Jahiliyyah yang dilaksanakan oleh Tribal Council ini sepatutnya dihalang penguatkuasaannya oleh pemerintah Pakistan, Busharaf. Firman Allah SWT

أأَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ

Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah.

[TMQ Surah Al-Ma'idah 5:50]

Dikemaskini ( Tuesday, 28 June 2005 )



///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke