Minyak Kelapa Dara NUFERA : http://www.maynetwork.net/nufera/

Pendapat : Tidak patut ketepi peniaga runcit Melayu

SAYA berasa terpanggil untuk mengulas mengenai individu yang mengaku 
suka membeli-belah di pasar raya atau pasar raya besar kerana harga 
barang yang jauh lebih murah berbanding kedai runcit. Betulkah ini 
dapat mengurangkan perbelanjaan mereka?

Saya mengakui ia memang benar dan itu tidak dapat dinafikan. Tetapi 
pernahkah kita bertanya pada diri sendiri, siapa pemilik pasar raya 
dan pasar raya besar berkenaan? 

Sudah tentu pemiliknya bukan Melayu dan Islam. Orang Melayu rata-
rata hanya mampu berniaga runcit. Kekurangan modal, keberanian, dan 
sokongan adalah alasan kenapa orang Melayu tidak mampu untuk 
bersaing pada peringkat lebih tinggi.

Tidakkah kita sedar bahawa setiap pekerjaan yang halal itu hukumnya 
adalah fardu kifayah? Jika peniaga Melayu ini tidak lagi mampu untuk 
berniaga kerana kekurangan sokongan, maka seluruh umat Islam di 
kawasan berkenaan berdosa.

Saya percaya setiap sen yang kita belanjakan di kedai runcit akan 
dibalas dengan pahala. Jadi janganlah kita menjadikan kedai runcit 
ini sebagai pilihan terakhir dan ketika keadaan terdesak saja.

Memang tidak dapat dinafikan harga barangan yang jauh beza di antara 
pasar raya dengan kedai runcit dijadikan alasan yang membuatkan kita 
selalu mengunjungi pasar raya. Tetapi cuba kita amalkan, sebelum 
membeli-belah di kedai runcit, kita niatkan kerana membantu orang 
yang sebangsa dan seagama dengan kita. 

Peniaga juga perlu berubah, jangan hanya menyalahkan takdir atau 
pelanggan saja. Berubahlah dari segi layanan, harga, keselesaan, 
kebersihan dan masa berniaga. Jika kita masih statik dan tidak 
berubah, janganlah kita menyalahkan pelanggan pula. 

Sesekali kunjungilah pasar raya yang terdekat dan fikirkan apa yang 
perlu anda ubah untuk menarik pelanggan ke kedai anda. 

M TARIQ KAMAL,
Negeri Sembilan.

(Daripada Berita Harian Online)

Minyak Kelapa Dara NUFERA adalah produk keluaran bumiputera 100%. 
Dihasilkan melalui kaedah BIOTEKNOLOGI selepas kajian selama 8 Tahun 
bersama UPM. InsyaAllah dapat mengurangkan resdung, asma, gaut dsb 
maklumat lanjut & testimoni : http://www.maynetwork.net/nufera/





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/0Z9NuA/I_qJAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke