Akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan beberapa
kejadian lemas di kolam renang terutamanya di kalangan
kanak-kanak, juga peristiwa lemas di laut dan sungai
yang melibatkan orang dewasa.

Apakah hikmah atau pengajaran yang dapat diambil oleh
kita semua atas semua perkara yang berlaku ini ? Yang
pasti pihak yang berwajib harus meningkatkan tahap
keselamatan mereka dan kecekapan mereka untuk
memberikan rawatan pertolongan cemas. Tapi apa pula
tindakan yang patut diambil oleh kita semua ?

Dalam Islam perkara ini telah dijelaskan oleh Rasul
saw sendiri apabila baginda menggalakkan umatnya
memahirkan diri dalam berenang. Begitu jauh pandangan
baginda ketika berada di sebuah negara padang pasir,
yang sukar mendapat hujan, yang tiada sungai-sungai
yang dalam, tetapi menyuruh umat baginda belajar
berenang. Setiap sesuatu itu adalah mengikut niatnya,
jika kita ingin belajar berenang ini kerana hendak
menghidupkan sunnah baginda maka itulah yang lebih
afdhal selaras dengan sambutan Maulidur Rasul yang
beberapa hari sahaja lagi.

Mungkin umat Islam berasa sukar untuk berenang di
kolam-kolam awam kerana peraturan pakaian renangnya
yang tidak dibenarkan menutup aurat. Sebenarnya bukan
pihak pengurusan kolam renang awam yang tidak
membenarkan penggunanya tidak menutup aurat, akan
tetapi kita kurang pengusaha-pengusaha pakaian Islam
yang boleh mereka bentuk pakaian renang yang sesuai
untuk orang Islam lelaki dan wanita.

Untuk orang Islam lelaki agak mudah sedikit untuk
mendapatkan pakaian renang yang membolehkan mereka
berenang di kolam renang awam. Gunakan seluar “tight”
panjang serta dilapik pula dengan seluar “short” yang
longgar yang fabriknya daripada jenis yang boleh
digunakan untuk berenang di kolam renang awam. Ianya
boleh dibeli dikebanyakkan pasaraya, di Giant Senawang
ada terdapat seluar tersebut dan kosnya antara RM 30 –
RM 40.

Agak mengecewakan kolam renang milik Majlis
Perbandaran yang terletak di Taman Paroi Jaya Seremban
di kawasan yang majoritinya beragama Islam tidak
digunakan sepenuhnya oleh penduduk sekitar untuk
menghidupkan sunnah nabi ini. Belum pun pernah saya
mendengar mana-mana masjid , surau atau pertubuhan
Islam yang menganjurkan kursus berenang khususnya
untuk anak-anak walaupun banyak kejadian lemas
disiarkan di akhbar. Sedangkan kos untuk berenang di
tempat tersebut adalah amat murah untuk kanak-kanak ,
hanya RM 1 selama 2 jam (harap kerajaan akan kekalkan
kadar ini).

Usia kanak-kanak ialah usia yang paling mudah untuk
mereka belajar berenang. Kanak-kanak ini haruslah
diajar berenang dengan cara yang betul. Sikap ibu bapa
yang membiarkan anak-anak mereka berenang di
kolam-kolam renang awam yang bahagian kanak-kanak dan
dewasanya tidak berpagar akan hanya mengundang maut.
Ibu bapa haruslah memastikan terlebih dahulu anak-anak
mereka tahu berenang. Anak-anak pula lebih mudah
belajar berenang jika ibu bapa mereka sendiri yang
mengajar mereka. Mulakan dengan senaman sebelum
berenang, teknik menahan nafas, teknik mengambil
nafas, teknik menghembus nafas dalam air, teknik
terapung, pengawalan kaki dan tangan ketika berenang
dan seterusnya.

Oleh yang demikian adalah diseru kepada semua umat 
Islam di Malaysia ini menghidupkan kembali sunnah nabi
untuk kebaikan kita bersama.

ROZMAL MALAKAN, Kg. Bongek, N.Sembilan





 Layari  http://rozmal.blogspot.com



                
__________________________________ 
Do you Yahoo!? 
Yahoo! Mail - Helps protect you from nasty viruses. 
http://promotions.yahoo.com/new_mail


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/0Z9NuA/I_qJAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke