Asslamualaikum warahmatullah, Artikel saya di bawah ini mungkin sedikit terlambat. Insya-Allah harap ia masih bermanfaat khasnya dalam menerangkan hukum antara qadha puasa atau fidyah bagi orang tua dan wanita mengandung. Juga hukum memasukkan sesuatu dalam rongga, menelan air liur, merasa masakan dan sebagainya ketika berpuasa.
Selamat mengkaji, wassalam. Puasa Ramadhan: Antara Yang Ditinggalkan dan Ditokok Tambah. Hafiz Firdaus Abdullah ([EMAIL PROTECTED]) Kewajipan berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah satu perintah agama yang dikenali oleh semua umat Islam, malah termasuk oleh kebanyakan orang bukan Islam. Kewajipan ini bermula kira-kira pada tahun 5 Hijrah di Kota Madinah. Dalam tempoh masa yang lama ini, terdapat beberapa amalan yang merupakan sebahagian daripada ibadah puasa Ramadhan yang telah ditinggalkan umat. Pada waktu yang sama terdapat beberapa amalan lain yang bukan merupakan sebahagian daripada ibadah puasa yang telah ditokok tambah oleh umat. Dalam kesempatan ini, penulis ingin menarik perhatian para pembaca sekalian kepada satu perkara yang telah ditinggalkan dan satu perkara yang telah ditokok tambah. Perkara yang ditinggalkan Antara perkara yang telah ditinggalkan umat ialah memanfaatkan kemudahan dan kelonggaran hukum yang diberikan oleh syari‘at Islam kepada orang yang berpuasa. Islam adalah satu agama yang mudah lagi memudahkan. Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah berfirman: áÇó íõßóáøöÝõ Çááøóåõ äóÝúÓðÇ ÅöáÇøó æõÓúÚóåóÇ. “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” [al-Baqarah 2:286]. Berdasarkan firman-Nya ini, Allah telah memberi beberapa kemudahan atau kelonggaran hukum di dalam syari‘at Islam. Sangat dianjurkan untuk memanfaatkan kemudahan dan kelonggaran ini sebagaimana pesan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: Åöäøó Çááøóåó íõÍöÈøõ Ãóäú ÊõÄúÊóì ÑõÎóÕõåõ ßóãóÇ íóßúÑóåõ Ãóäú ÊõÄúÊóì ãóÚúÕöíóÊõåõ. “Sesungguhnya Allah menyukai keringanan-keringanan hukum-Nya diamalkan sebagaimana Ia benci larangan-larangan-Nya dikerjakan.” [Musnad Ahmad – no: 5866 dan dinilai sahih oleh Syaikh Syu‘aib al-Arna’uth] Bagi ibadah puasa, Allah telah memberi kelonggaran hukum kepada tiga kategori keuzuran. Daripada tiga kategori ini, hanya kategori pertama yang dimanfaatkan manakala dua kategori yang selebihnya jarang-jarang dimanfaatkan. Tiga kategori tersebut adalah: Kategori pertama: Keuzuran yang mewajibkan seseorang itu untuk tidak berpuasa dan dia wajib mengqadhanya selepas itu. Ini adalah keuzuran yang dialami oleh para wanita yang didatangi haid dan nifas. Kategori kedua: Keuzuran yang memberi pilihan kepada seseorang untuk berpuasa atau tidak dan faktor keuzuran tersebut hilang selepas bulan Ramadhan berakhir. Maka dia wajib mengqadha puasa yang ditinggalkan. Contohnya: 1. Orang yang bermusafir di dalam bulan Ramadhan lalu dia tidak berpuasa. Setelah bulan Ramadhan dia tidak lagi bermusafir, maka dia wajib qadha puasa yang ditinggalkan itu. [Lebih lanjut rujuk artikel penulis Kemudahan Puasa Ramadhan Ketika Musafir] 2. Orang yang sakit di dalam bulan Ramadhan lalu dia tidak berpuasa kerana yakin sama ada berdasarkan pengalaman atau nasihat doktor pakar bahawa berpuasa akan memudaratkan lagi kesihatannya. Setelah itu dia kembali sihat, maka dia wajib qadha puasa yang ditinggalkan itu. 3. Orang yang terpaksa bekerja keras di dalam bulan Ramadhan sehingga dia tidak terdaya berpuasa. Akan tetapi selepas itu dia tidak lagi membuat apa-apa kerja keras, maka dia wajib qadha puasa yang ditinggalkan itu. 4. Seorang ibu yang mengandung atau menyusukan anak di dalam bulan Ramadhan, dia memilih untuk tidak berpuasa demi menjaga kesihatan diri dan anaknya. Setelah itu dia tidak lagi mengandung atau menyusukan anak. Maka dia wajib qadha puasa yang ditinggalkan itu. Kategori ketiga: Keuzuran yang memberi pilihan kepada seseorang untuk berpuasa atau tidak dan faktor keuzuran tersebut tetap wujud selepas bulan Ramadhan berakhir. Maka dia tidak wajib mengqadha puasa yang ditinggalkan tetapi hanya perlu membayar fidyah, iaitu bagi setiap hari yang ditinggalkan, dia memberi makan kepada satu orang miskin dengan kadar yang dapat mengenyangkan orang tersebut. Contoh bagi kategori ketiga ini: 1. Orang yang mengalami sakit yang tetap atau berpanjangan, seperti kanser, gastrik yang serius, lumpuh atau semata-mata kerana tua. Dia tidak dapat berpuasa sama ada di dalam bulan Ramadhan atau selepasnya. Maka orang seperti ini tidak wajib mengqadha puasa yang ditinggalkannya, dia hanya wajib membayar fidyah. 2. Orang yang terpaksa bekerja keras (hard labour) secara tetap seperti pekerja buruh, pembinaan, lombong dan sebagainya. Dia tidak dapat berpuasa sama ada di dalam bulan Ramadhan atau selepasnya. Maka orang seperti ini tidak wajib mengqadha puasa yang ditinggalkannya, dia hanya wajib membayar fidyah. 3. Seorang ibu yang mengandung atau menyusukan anak di dalam bulan Ramadhan lalu dia tidak berpuasa. Namun menjelang Ramadhan seterusnya, dia telah mengandung kembali atau masih menyusukan anak. Maka bagi si ibu dia tidak wajib mengqadha puasa yang ditinggalkannya, dia hanya wajib membayar fidyah. Dalil bagi kelonggaran kategori pertama: A’isyah radhiallahu 'anha berkata: ßóÇäó íõÕöíÈõäóÇ Ðóáößó ÝóäõÄúãóÑõ ÈöÞóÖóÇÁö ÇáÕøóæúãö æóáÇó äõÄúãóÑõ ÈöÞóÖóÇÁö ÇáÕøóáÇóÉö. “Apabila yang demikian itu (haid) menimpa kami, maka kami disuruh (oleh Rasulullah) mengqadha puasa namun tidak disuruh untuk mengqadha solat.” [Shahih Muslim – no: 335 (Kitab al-Haid)] Daripada keterangan A’isyah di atas, dapat difahami bahawa seorang wanita yang didatangi haid tidak diwajibkan bersolat dan berpuasa. Ini kerana perkataan “...disuruh mengqadha puasa namun tidak disuruh untuk mengqadha solat” menunjukkan dua ibadah tersebut pada asalnya tidak diwajibkan dalam waktunya ke atas wanita yang didatangi haid. Hukum yang sama diterapkan ke atas wanita yang didatangi nifas. Hikmah kelonggaran ini adalah kerana apabila seorang wanita didatangi haid dan nifas, mereka mengalami gangguan yang berat ke atas kesihatan badan mereka. Ini kerana pertukaran hormon dan kehilangan darah pada saat itu sememangnya memberi kesan ke atas kesihatan tubuh badan. Mewajibkan puasa dan solat pada keadaan seperti ini hanya akan memberatkan lagi kesan yang sedang dihadapi. Dengan itu Allah memudahkan kepada mereka untuk tidak berpuasa dan tidak bersolat pada saat didatangi haid dan nifas. Perhatikan juga bahawa di dalam kelonggaran ini, mereka hanya diwajibkan mengqadha puasa dan bukan solat. Sekalipun solat adalah ibadah yang paling penting, mengqadhanya akan memberatkan para wanita kerana ia melibatkan jumlah yang banyak dan pengulangan yang kerap. Berbeza dengan mengqadha puasa, ia tidak melibatkan jumlah yang banyak mahupun pengulangan yang kerap. Sememangnya Allah adalah tuhan yang Maha Bijaksana dan Maha Mengasihi. [Lebih lanjut rujuk buku yang disunting oleh penulis berjudul Petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah Berkenaan Haid, Istihadah dan Nifas terbitan Jahabersa, Johor Bahru 2004] Dalil bagi kelonggaran kategori kedua dan ketiga: Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala: íóÇÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇ ßõÊöÈó Úóáóíúßõãú ÇáÕøöíóÇãõ ßóãóÇ ßõÊöÈó Úóáóì ÇáøóÐöíäó ãöäú ÞóÈúáößõãú áóÚóáøóßõãú ÊóÊøóÞõæäó (183) ÃóíøóÇãðÇ ãóÚúÏõæÏóÇÊò Ýóãóäú ßóÇäó ãöäúßõãú ãóÑöíÖðÇ Ãóæú Úóáóì ÓóÝóÑò ÝóÚöÏøóÉñ ãöäú ÃóíøóÇãò ÃõÎóÑó æóÚóáóì ÇáøóÐöíäó íõØöíÞõæäóåõ ÝöÏúíóÉñ ØóÚóÇãõ ãöÓúßöíäò Ýóãóäú ÊóØóæøóÚó ÎóíúÑðÇ Ýóåõæó ÎóíúÑñ áóåõ æóÃóäú ÊóÕõæãõæÇ ÎóíúÑñ áóßõãú Åöäú ßõäÊõãú ÊóÚúáóãõæäó (184). Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. [al-Baqarah 2:183-184] Daripada dua ayat di atas jelas bahawa puasa adalah wajib kecuali kepada orang yang sakit atau musafir. Pengecualian ini adalah kerana orang yang sedang sakit atau musafir lazimnya mengalami kesukaran untuk berpuasa. Maka “kesukaran” adalah faktor penentu sama ada untuk berpuasa atau tidak. Berdasarkan kaedah qiyas, mana-mana orang yang mengalami kesukaran untuk berpuasa sekalipun tidak sakit atau musafir, seperti pekerja keras (hard labour) dan ibu yang mengandung atau menyusukan anak, mereka juga dikecualikan daripada kewajipan berpuasa. Sama ada mereka wajib mengqadha puasa yang ditinggalkan atau hanya membayar fidyah, hal ini ditentukan oleh firman Allah: “…kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.” Pembeza antara mengqadha puasa atau membayar fidyah adalah dengan memerhatikan sama ada faktor keuzuran yang menyebabkan dia meninggalkan puasa masih wujud atau tidak. Jika faktor keuzuran telah hilang, maka baginya ialah: “…kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain…”. Jika faktor kesukaran masih wujud, maka baginya ialah: “…dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.” Mungkin timbul persoalan lanjut bahawa terdapat beberapa riwayat daripada kalangan sahabat bahawa ayat 184 surah al-Baqarah telah dibatalkan oleh ayat 185, iaitu: ÔóåúÑõ ÑóãóÖóÇäó ÇáøóÐöí ÃõäÒöáó Ýöíåö ÇáúÞõÑúÂäõ åõÏðì áöáäøóÇÓö æóÈóíøöäóÇÊò ãöäú ÇáúåõÏóì æóÇáúÝõÑúÞóÇäö Ýóãóäú ÔóåöÏó ãöäúßõãú ÇáÔøóåúÑó ÝóáúíóÕõãúåõ æóãóäú ßóÇäó ãóÑöíÖðÇ Ãóæú Úóáóì ÓóÝóÑò ÝóÚöÏøóÉñ ãöäú ÃóíøóÇãò ÃõÎóÑó íõÑöíÏõ Çááøóåõ Èößõãú ÇáúíõÓúÑó æóáÇó íõÑöíÏõ Èößõãú ÇáúÚõÓúÑó æóáöÊõßúãöáõæÇ ÇáúÚöÏøóÉó æóáöÊõßóÈøöÑõæÇ Çááøóåó Úóáóì ãóÇ åóÏóÇßõãú æóáóÚóáøóßõãú ÊóÔúßõÑõæäó (185) (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. [al-Baqarah 2:185] Dalam ayat di atas, orang yang tidak berpuasa kerana sakit atau musafir diwajibkan mengqadha puasanya. Ayat di atas tidak lagi membezakan sama ada faktor keuzuran masih wujud atau telah hilang. Untuk menjawab persoalan ini, perlu diketahui bahawa maksud nasikh dan mansukh di sisi generasi Salaf bukanlah bererti pembatalan hukum sepertimana yang dikenali masa kini tetapi ia bererti pengkhususan atau pengecualian atau penjelasan daripada satu keumuman. [Lebih lanjut rujuk I’lam al-Muwaqi‘in oleh Ibn al-Qayyim (edisi terjemahan oleh Asep & Kamaluddim; Pustaka Azzam, Jakarta 2000), jld. 1, ms. 39 (Muqaddimah, Bab Pengertian Nasikh & Mansukh) dan al-Muwafaqat oleh al-Syaitibi (diteliti oleh ‘Abd Allah Darraz & Ibrahim Ramadhan; Dar al-Ma‘arif, Beirut 1996), jld. 3, ms. 75 (Bab al-Nasakh dengan maksud al-Takhsis, wa al-Taqyid wa al-Bayan).] Maka ayat 185 surah al-Baqarah bukanlah membatalkan ayat 184, tetapi ia mengkhususkan bahawa orang yang tidak berpuasa kerana sakit atau musafir hendaklah mengqadha puasanya. Akan tetapi pengkhususan ini hanyalah bagi orang yang mampu mengqadha, yakni yang telah hilang faktor kesukarannya. Adapun bagi orang yang tidak mampu mengqadha kerana faktor kesukaran masih wujud, mereka tidak termasuk di dalam pengkhususan ini. Rujukan mereka tetap kepada ayat 184 surah al-Baqarah. Perkara yang ditokok tambah Perkara yang ditokok tambah ke dalam ibadah puasa sehingga benar-benar memberatkan umat Islam ialah perkara-perkara yang dianggap membatalkan puasa. Syaikh Yusuf al-Qaradhawi menulis: Para ahli fiqh radhiallahu 'anhum telah memperluas pembahasan hal-hal yang membatalkan puasa sedemikian rupa sehingga saya tidak yakin hal-hal tersebutpernah terfikir di benak seorang jua daripada para sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, yakni orang-orang yang menyaksikan secara langsung penurunan al-Qur’an, yang memahami secara terus pesanan Allah dan Rasul-Nya dengan sebaik-baik pemahaman dan yang berpegang teguh kepadanya denga sebaik-baiknya. Banyak ahli fiqh telah memperlebarkan wilayah pembahasan akan hal-hal yang dianggap membatalkan puasa. Para fuqaha Mazhab Hanafi telah menyebut sekitar 57 perkara manakala fuqaha Mazhab al-Syafi‘e tidak kalah banyaknya. Sejumlah ulama’ masa kini bahkan memperincikan hal-hal yang dapat membatalkan puasa secara aneh. Mereka membuat kaedah-kaedah lalu membangun di atasnya cabang-cabang persoalan yang tidak terhitung bilangannya. Namun kaedah-kaedah itu sendiri tidak didasarkan kepada dalil-dalil yang kuat daripada al-Qur’an dan al-Sunnah. Ada di antara mereka yang berkata bahawa kemasukan sesuatu benda, seperti kerikil umpamanya, ke dalam rongga badan orang yang berpuasa akan membatalkan puasanya. [Fiqh al-Siyam (edisi terjemahan oleh Ma’ruf Abdul Jalil dan rakan-rakan dengan judul Fiqh Puasa; Era Intermedia, Solo 2001), ms. 118 & 107-108] Perkara yang sebenarnya membatalkan puasa hanya empat iaitu makan, minum bersetubuh dan mengambil apa yang berupa kenikmatan kepada diri seperti menghisap rokok. Dalilnya adalah hadis daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda bahawa Allah berfirman (Hadis Qudsi): ßõáøõ Úóãóáö ÇúÈäö ÂÏóãó áóåõ ... ÅöáÇøó ÇáÕøöíóÇãó Ýóåõæó áöí æóÃóäóÇ ÃóÌúÒöíú Èöåö, íóÏóÚõ ÇáØøóÚóÇãó ãöäú ÃóÌúáöíú æóíóÏóÚõ ÇáÔøóÑóÇÈó ãöäú ÃóÌúáöí æóíóÏóÚõ áóÐøóÊóåõ ãöäú ÃóÌúáöí æóíóÏóÚõ ÒóæúÌóÊóåõ ãöäú ÃóÌúáöí. Setiap amal anak Adam adalah bagi dirinya…kecuali puasa maka ia adalah untuk Aku dan Aku sendiri akan membalasnya. Dia (anak Adam) (1) meninggalkan makanan kerana Aku dan (2) meninggalkan minuman kerana Aku dan (3) meninggalan kenikmatan kerana Aku dan (4) meninggalkan isterinya (tidak bersetubuh) kerana Aku. [Shahih Ibn Khuzaimah – hadis no: 1897 dengan isnad yang dinilai sahih oleh Muhammad Mustafa al-‘Azami] Adapun selain empat perkara di atas, ianya tidak membatalkan puasa. Memasukkan pen ke dalam mulut, merasa masakan dengan lidah (kemudian diludah keluar), menelan air liur, mencuci telinga dengan cotton buds, debu yang masuk ke dalam hidung, titisan ubat mata yang mengalir ke dalam rongga mata dan sebagainya, ini semua tidak membatalkan puasa kerana ia bukanlah makanan dan minuman atau suatu kenikmatan kepada tuan punya diri. Sebagai contoh, menelan air liur tidak pernah dikenali sebagai satu minuman bagi manusia dan menelannya jarang-jarang menghasilkan kenikmatan kepada orang yang normal. Seandainya menelan air liur adalah satu minuman, nescaya tidak ada orang yang mati kehausan jika terdampar di padang pasir. Demikian juga suntikan ubat ke dalam darah seperti insulin kepada pesakit kencing manis, maka ia tidak membatalkan puasa. Adapun suntikan yang berupa cecair glukosa seperti yang diberikan kepada pesakit yang tidak dapat makan dan minum seperti biasa, maka dalam hal ini terdapat dua pendapat, yang pertama berkata tidak batal manakala yang kedua berkata batal. Yang benar adalah pesakit itu sendiri tidak perlu berpuasa kerana kesakitan sehingga ke tahap tidak dapat makan dan minum masuk ke dalam kategori keuzuran yang amat dianjurkan untuk tidak berpuasa. Apa sahaja yang memasuki tubuh badan orang yang berpuasa, sama ada melalui rongga-rongga yang terbuka atau melalui cara lain, ia tidak membatalkan puasanya selagi mana benda yang masuk itu bukan makanan, minuman atau sesuatu yang memberi kenikmatan kepada orang tersebut. Dalil yang lazimnya digunakan oleh pihak yang mengatakan batal puasa bagi seseorang yang memasuk sesuatu ke dalam rongga badannya ialah hadis berikut: ÃóÓúÈöÛú ÇáúæõÖõæÁó æóÈóÇáöÛú Ýöí ÇáÇöÓúÊöäúÔóÇÞö ÅöáÇøó Ãóäú Êóßõæäó ÕóÇÆöãðÇ. Sempurnakanlah wudhu’ dan bersungguh-sungguhlah dalam menyedut air ke dalam hidung (dan menghembusnya) kecuali jika kamu sedang berpuasa. [Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani di dalam Shahih Ibn Majah – hadis no: 333 (Kitab Thaharah, Bab Anjuran menyedut air ke dalam hidung…)] Berdasarkan sabda Rasulullah “…kecuali jika kamu sedang berpuasa” mereka memahami bahawa seseorang itu dilarang menyedut air ke dalam hidung apabila sedang mengambil wudhu’ dalam keadaan berpuasa. Jika dimasukkan air, ia akan membatalkan puasa. Kemudian fahaman ini diqiyaskan kepada semua rongga tubuh badan. Fahaman ini adalah tidak tepat kerana pengecualian yang dimaksudkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bukan ditujukan kepada menyedut air ke dalam hidung tetapi kepada “bersungguh-sungguh” dalam penyedutan tersebut. Dalam erti kata lain, yang dimaksudkan oleh Rasulullah ialah, apabila berwudhu’ dalam keadaan berpuasa, tidak perlu bersungguh-sungguh menyedut air ke dalam hidung kerana dibimbangi sebahagiannya akan masuk jauh ke dalam sehingga ditelan sebagai “minuman.” [Syaikh Yusuf al-Qaradhawi - Fiqh al-Siyam, ms. 117] Demikian dua perkara yang ingin dibawa kepada perhatian para pembaca sekalian, satu berkenaan beberapa kemudahan dan kelonggaran hukum yang kini lazimnya ditinggalkan, kedua berkenaan perkara-perkara yang dianggap membatalkan puasa yang sebenarnya merupakan tokok tambah di atas apa yang sebenarnya tidak disyaratkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Pasti sahaja terdapat beberapa perkara lain yang masih memerlukan perhatian para pembaca sekalian. Antara perkara yang kini ditinggalkan oleh sebahagian umat Islam ialah mengakhirkan sahur sebelum berpuasa. Sebahagian umat Islam kini bersahur pada lewat malam sebelum mereka tidur. Sunnah baginda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang mulia mengajar kita bahawa sahur hendaklah dilewatkan sehingga ke saat jelas kepada kita waktu Subuh telah masuk. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: ÊóÓóÍøóÑõæÇ ÝóÅöäøó Ýöí ÇáÓøóÍõæÑö ÈóÑóßóÉð. Bersahurlah kerana sesungguhnya di dalam sahur ada keberkatan. [Shahih al-Bukhari – hadis no: 1923 (Kitab Puasa, Bab Keberkatan bersahur)] ÝóÕúáõ ãóÇ Èóíúäó ÕöíóÇãöäóÇ æóÕöíóÇãö Ãóåúáö ÇáúßöÊóÇÈö ÃóßúáóÉõ ÇáÓøóÍóÑö. Pembeza antara puasa kita dengan puasa Ahli Kitab ialah makan sahur. [Shahih Muslim – hadis no: 1096 (Kitab Puasa, Bab Keutamaan sahur…)] ÇáÓøóÍõæÑõ Ãóßúáõåõ ÈóÑóßóÉñ ÝóáÇó ÊóÏóÚõæåõ¡ æóáóæú Ãóäú íóÌúÑóÚó ÃóÍóÏõßõãú ÌõÑúÚóÉð ãöäú ãóÇÁòº ÝóÅöäøó Çááåó æóãóáÇóÆößóÊóåõ íõÕóáøõæäó Úóáóì ÇáãõÊóÓóÍøöÑöíúäó. Makan sahur adalah keberkatan makan janganlah kamu tinggalkannya sekalipun kamu hanya minum seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas orang yang bersahur. [Dikeluarkan oleh Ibn Hibban dan dinilai hasan oleh Syaikh al-Albani dalam Shahih al-Jami’ al-Shagheir – hadis no: 3683] Antara perkara lain yang ditokok tambah pula ialah: 1. Mewajibkan lafaz niat sebelum puasa. Membaca lafaz niat untuk berpuasa atau untuk mana-mana ibadah lain seperti wudhu dan solat sebenarnya adalah tidak perlu, jauh sekali daripada bersifat wajib. Yang wajib adalah seseorang itu mengetahui dengan sedar ibadah apa yang bakal dilakukannya. Jika seseorang itu lazimnya diganggu dengan perasaan was-was, maka dianjurkan melintaskan di dalam hati sekadar “Inilah puasa aku” atau “Inilah solat Zohor aku”. Jika masih was-was maka boleh menyebutnya secara lisan. Jika setelah itu masih was-was, maka janganlah diberi perhatian lagi keran aia tidak lain adalah permainan syaitan. 2. Menetapkan waktu imsak 5 atau 10 minit sebelum masuknya waktu Subuh. Tindakan ini sebenarnya menjauhi sunnah dan bukan mendekatinya atas alasan “berhati-hati.” Lebih-lebih lagi pada masa kini, umat Islam tidak perlu “berhati-hati” terlanjur makan dan minum kerana mereka dapat mengetahui masuknya waktu Subuh dengan tepat dengan merujuk kepada jadual waktu solat masing-masing. Firman Allah 'Azza wa Jalla: æóßõáõæÇ æóÇÔúÑóÈõæÇ ÍóÊøóì íóÊóÈóíøóäó áóßõãú ÇáúÎóíúØõ ÇáÃóÈúíóÖõ ãöäú ÇáúÎóíúØö ÇáÃóÓúæóÏö ãöäú ÇáúÝóÌúÑö. Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. [al-Baqarah 2:187] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Make a clean sweep of pop-up ads. Yahoo! Companion Toolbar. Now with Pop-Up Blocker. Get it for free! http://us.click.yahoo.com/L5YrjA/eSIIAA/yQLSAA/wpWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/