--- In [EMAIL PROTECTED], AhmadKori <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> F.   Kesimpulan

> Kesimpulan:  Adalah penting kepada Umat Islam dan pengkritik bahawa
dalam kita ingin menjalankan Hukuman Hudud, maka ada syarat-syaratnya.
Bukan sekadar membincangkan hukum potong tangan hanya kita nampak
potong tangan semata-mata, kerana bila kita menyebut hukum potong
tangan maka satu pakej hukum Allah perlu diterapkan iaitu mesti
mengikut syarat yang ditetapkan. Perbincangan sebegini boleh didapati
dalam kitab muktabar ulama' Fiqh. Semoga ianya dapat memberikan
penjelasan yang sewajarnya kepada Umat Islam dan pejuang Islam, juga
kepada pengkritik. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Reply

Kesimpulan siri Radd:

Saya tidak tahu siapakah yg ditujukan oleh Ustaz AhmadKori dalam siri
Umar alKhattab menggantung sementara hukum had Pencurian itu.

Hipotesis saya spt berikut:

H1 = Golongan sekuler yang menggunakan kasus Umar alKhattab ini untuk
membuat alasan bahawa jika Umar ada autoriti menggantung hudud, maka
pemimpin Islam yg kemudian juga ada hak utk menggantung terus Hudud.

H2 = Golongan liberalis yg berpendapat kasus Umar menjadi hujah bahawa
keadaaan zaman moden menjadi alasan Hudud tidak lagi releven..

H3 = Segolongan hukama' atau fuqaha' yg menjadikan kasus Umar di musim
sariqah (kemarau) ini menjadi hujah bahawa Fatawa dan hukum boleh
berubah jika berlaku perubahan pada unsur realitas spt zaman, masa,
tempat, kondisi dan mujtahid. Fiqh ini adalah fiqh Ibn Qayyim, dan Dr
Qardhawi.

H4 = Ahmad Kori mendokong satu fahaman fiqih bahawa hukum Islam adalah
rigid. Sebarang perubahan terhadap hukumhakam mestilah berdasarkan nas.
Ini bermakna Umar semasa membuat sebarang perubahan polisi atau
hukuman semasa pemerintahannya adalah memiliki nas dari AQ dan Sunnah.
Umar spt juga Nabi saw tidak boleh berijtihad.


Sila tandakan di mana yg releven...atau buat ulasan terhadap hipotesis
saya.

sekian//wsm

s2s







Hukuman ini tidak layak dilakukan oleh Jemaah Islam seperti JIM, Hizbu
Tahrir, Ikwan Muslimin, Tabligh dll, ianya hendaklah dilakukan oleh
Pemimpin Islam, kerana hanya merekalah yang mempunyai authoriti untuk
melakukan demikian dan juga ini merupakan kewajipan negara. Semoga
wujudnya khilafah Islamiyyah yang dapat melaksanakan hukum syarak yang
qathei ini. Amin. 
> 
>  
> 
> Jika ada kesilapan dan kealpaan dalam penulisan saya ini moga
mendapat keampunan dari Allah dan juga saya terbuka untuk menerima
kritikan yang mebina dari orang yang lebih arif, yang bertolak dari
nas bukan dari emosi.
> 
>  
> 
> Sekian wassalam.








------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
$9.95 domain names from Yahoo!. Register anything.
http://us.click.yahoo.com/J8kdrA/y20IAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke