Banyak orang sunni kata syiah sesat, tapi dalam bab pemimpinan yang mengikut kesederhanaan Rasulullah SAW dan para ulama salaf, maka mereka lebih mengikutinya dari kita yang mengaku mendapat hidayah.
 
Satu fenomena yang ganjil!!!
 
I seek refuge by Allah, from Satan the disgraced.
In the name of Allah, most merciful, most passionate.
[2.204] Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu).
 
[2.205] Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.
 
[2.206] Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertaqwalah engkau kepada Allah" timbulah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). Oleh itu padanlah ia (menerima balasan azab) neraka jahannam dan demi sesungguhnya, (neraka jahannam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal.
 
[2.207] Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.
 
[2.208] Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
 
[2.209] Maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke dalam kesalahan disebabkan tipu daya Syaitan itu), sesudah datang keterangan-keterangan yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
 
[2.210] (Orang-orang yang ingkar itu) tidak menunggu melainkan kedatangan (azab) Allah kepada mereka dalam lindungan-lindungan awan, bersama-sama dengan malaikat (yang menjalankannya), padahal telahpun diputuskan perkara itu (balasan azab yang menimpa mereka); dan kepada Allah jua kembalinya segala urusan.
 
[2.211] Bertanyalah kepada Bani Israil, berapa banyak keterangan-keterangan yang telah Kami berikan kepada mereka (sedang mereka masih ingkar)? dan sesiapa menukar nikmat keterangan Allah (dengan mengambil kekufuran sebagai gantinya) sesudah nikmat itu sampai kepadaNya, maka (hendaklah ia mengetahui) sesungguhnya Allah amat berat azab seksaNya.
 
[2.212] Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).
 
SodaqAllahul'Adzim
 
ﻡﻠﻋﺍﷲﺍﻮ

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍﻮ

Hizamri

----- Original Message -----

Harta milik Presiden Iran cuma rumah, kereta lama

http://www.maynetwork.net/

TEHERAN  Jan. - Ingin mengetahui harta-harta yang dimiliki Presiden
Iran, Mahmoud Ahmadnejad?

Ketika mengambil alih kepimpinan negara tahun lalu, beliau cuma
memiliki sebuah kereta dan rumah lama.

Senarai aset beliau yang diumumkan menunjukkan akaun banknya kosong
selain hanya memiliki sebuah kereta berusia 30 tahun.

Menurut laporan akhbar tempatan, antara aset Mahmoud yang tersenarai
adalah rumah berusia 40 tahun seluas 175 meter persegi yang terletak
di daerah penduduk sederhana rendah di timur Teheran, kereta Peugeot
504 buatan tahun 1977 dan dua akaun semasa.

Satu akaun digunakan untuk menerima bayaran gaji kerja lamanya
sebagai profesor universiti dan satu lagi kosong yang digunakan
semasa menjadi gabenor jeneral di wilayah barat Ardebil.

Mahmoud, 48, memenangi pilihan raya pada Jun lalu dikatakan seorang
presiden yang berjiwa rakyat dan sahabat kepada orang-orang miskin
perlu mengemukakan senarai aset kepada ketua hakim mengikut
perlembagaan negara. - AFP

http://www.maynetwork.net/


///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]




YAHOO! GROUPS LINKS





Yahoo! DSL Something to write home about. Just $16.99/mo. or less

Kirim email ke