Sistem saraf kawal tindak balas jantung (Bhg 1/2)

http://www.maynetwork.net/colostrum/

KETIKA berehat, jantung berdenyut sebanyak 70 hingga 80 kali
seminit. Kadar denyutan jantung meningkat ketika seseorang bersenam
dan tahap kenaikan denyutan bergantung kepada kecergasan senaman.

Ketika tidur pula, kadar denyutan jantung menurun. Bagaimanapun,
rentak jantung sentiasa sama dan hanya kadar denyutannya berubah-
ubah.

Perubahan kadar denyutan jantung yang normal adalah disebabkan
perubahan keperluan tubuh seseorang. Jantung yang berfungsi sebagai
pam perlu menampung keperluan tubuh badan yang berubah-ubah.

Ini dilakukan dengan meningkatkan kadar pengecutan (kontraksi)
jantung dan juga denyutan jantung. Sistem tindak balas ini dikawal
oleh sistem saraf.

Apabila jantung berdenyut terlalu perlahan dan pada kadar yang tidak
memadai dengan keperluan tubuh, gejala (simptom) akan berlaku.
Sebaliknya, denyutan jantung yang terlalu laju juga akan menimbulkan
masalah.

Ruang bilik jantung memerlukan masa tertentu untuk ia dipenuhi
dengan darah di setiap lingkaran denyutan jantung.

Apabila kadar denyutan terlalu laju, darah tidak dapat mengalir ke
dalam ruang bilik jantung dengan sempurna, dan seterusnya keperluan
tubuh tidak dapat dipenuhi.

Jika jantung berdenyut terlalu cepat atau lambat, ia akan mengganggu
bekalan darah ke organ. Jika tidak cukup darah dipam ke organ dalam
badan, ia boleh menyebabkan banyak masalah, antaranya letih, sesak
nafas, keliru dan kadangkala pitam.

Denyutan jantung yang teratur

Setiap jantung mempunyai empat bilik. Dua bilik di atas dan dua
bilik di bawah. Bilik atas dipanggil atria kiri dan kanan. Manakala
bilik bawah dipanggil ventrikal kiri dan kanan.

Darah yang kembali semula ke jantung akan mengalir ke dalam bilik
jantung atas pada sebelah kanan, seterusnya mengalir ke bilik
jantung kanan di sebelah bawah.

Denyutan jantung akan mengepam darah ke paru-paru daripada bilik
jantung kanan di bawah. Pengaliran darah berlaku secara sehala
kerana adanya injap jantung di antara bilik atas dan bawah, selain
injap jantung di antara bilik bawah dan pembuluh darah ke paru-paru.

Darah yang kembali dari paru-paru mengandungi oksigen dan masuk ke
bilik jantung sebelah atas kiri jantung. Dari sini, pengecutan bilik
atas ini akan mengepam darah masuk ke dalam bilik bawah kiri jantung.

Bersambung di bahagian 2

TESTIMONI PENGGUNA : SAKIT JANTUNG

Sakit jantung saya mula dikesan ketika berusia 40 tahun. Doktor 
mengesahkan bahawa saluran darah saya tersumbat yang mana menjadikan 
saya sukar bernafas dan amat letih. Saya pernah dimasukkan ke 
Institut Jantung Negara (IJN) dan dikehendaki melakukan pembedahan.

Saya cuba mencari iktiar lain dan sahabat saya mencadangkan 
menggunakan Minyak Kelapa Dara kerana dikatakan mampu melancarkan 
perjalanan darah. Saya mengamalkan Minyak Kelapa Dara selama 2 
minggu dan terasa semakin cergas. Kini saya tidak lagi mengalami 
sakit dada..

Rosli Bin Ali
49 Tahun
Rawang Selangor

Lain-lain testimoni: http://www.maynetwork.net/biovco/testimoni1.html

Dapatkan 2 e-Buku PERCUMA bertajuk BIOVCO & SOALJAWAB mengenai 
produk Minyak Kelapa Dara & HARGA DISKAUN UNTUK AHLI BARU 
dengan menyertai biovco groups. Untuk memperolehinya sila hantar email ke : 
[EMAIL PROTECTED] 

atau lawat ke : http://health.groups.yahoo.com/group/biovco/







--------------------

E-Mail sent using the Free Trial Version of WorldMerge, the fastest
and easiest way to send personalized e-mail messages. For more
information visit http://www.world-merge.com

227450




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke