NABI MUHAMMAD SEORANG VEGETARIAN ?

 

Tidak dinafikan nabi Muhammad banyak mengambil makanan dari biji-bijian, sayur-sayuran serta buah-buahan. Sebagai contoh, roti yang paling kerap baginda makan diperbuat dari tepung barli yang tidak diayak. Mengikut Sahl bin Saad, “Aku tidak pernah melihat nabi memakan roti yang diperbuat dari tepung putih yang diayak sehingga baginda wafat.” Beliau ditanya oleh seseorang, “Bagaimana kamu membuat tepung tanpa diayak?” Sahl bin Saad menjawab, “Kami menumbuk barli (sya’ir) kemudian menghembus untuk membuang kulitnya. Kemudian kami menggunakan yang baki untuk memasak dan makan.” (Bukhari)

 

Buah tamar memang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan nabi. Mengikut satu riwayat dari Aisyah, beliau berkata, “Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadang kala diberikan kepada kami sedikit daging.” (Bukhari-Muslim)

  

Nabi juga tidak mengabaikan sayur. Mengikut Abdullah bin Jaafar, “Saya melihat Rasulullah memakan tamar basah dan sayur dari jenis mentimun.”  (Riwayat Bukhari-Muslim)

 

Walau bagaimanapun, yang jelas sekali ialah nabi Muhammad bukannya seorang vegetarian. Hal ini disebabkan baginda menjamah daging-daging haiwan dan memanfaatkan produk tenusu, walaupun pengambilannya tidaklah secara berlebihan. Daripada ‘Amr bin Umayyah, “Beliau melihat Rasulullah memotong daging kambing untuk dimakan dengan menggunakan sebilah pisau. Apabila suara azan berkumandang Baginda berhenti dan terus bangun untuk melaksanakan solat.” (Riwayat Bukhari-Muslim)

 

Mengikut riwayat yang lain, Abu Hurairah berkata, “Nabi Muhammad menyuruh agar susu kambing dibawa kepada Baginda dan selepas dibawa, Baginda meminum segelas daripadanya. Kemudian apabila Baginda diberikan gelas yang kedua Baginda tidak menghabiskannya dan bersabda, ‘orang Islam minum dengan satu perut, sedangkan yang kafir minum dengan tujuh perut’.” (Riwayat Muslim)

 

Tambahan dari itu nabi tidak pernah melarang umat Islam memakan daging. Berhubung dengan ini baginda pernah bersabda, “Gigitlah daging sedikit demi sedikit dengan gigi-gigi kamu. Cara ini lebih lazat dan lebih membantu penghadaman.” (Riwayat Tarmuzi-Hasan)

 

Vegetarian dan Kemudaratannya

 

Amalan nabi di sudut pemakanan ada hikmahnya kerana daging haiwan adalah penting untuk kesihatan seseorang. Dr. Susan Kleiner, R.D, PhD., pemilik High Performance Nutrition di Mercer Island, Washington, berkata, “Masyarakat membaca laporan yang mengatakan daging merah (red meat) menajdi penyebab kepada kanser dan sakit jantung justeru mereka merumuskan daging hendaklah dijauhi. Apa yang mereka tidak sedari ialah golongan yang menghidap penyakit-penyakit ini ialah dari kalangan yang memakan daging lebih dari 10 auns setiap hari. Sebaliknya pengambilan daging sebanyak 3 - 5 auns setiap hari boleh dianggap sebagai amalan yang menyihatkan.”

 

Tambahan dari itu, mereka yang vegetarian akan mengalami kekurangan vitamin B12 dalam badan. Kekurangan bahan ini boleh menyebabkan penyakit pernicious anaemia menyerang seseorang. Ia boleh membawa maut di samping mendatangkan kerosakan yang teruk pada sistem saraf dan penghadaman. (Dunne, L. The Nutrition Almanac, 3rd ed. (McGraw Hill; New York), p. 32-33; Garrison, R. & Somer, E. The Nutrition Desk Reference, 3rd ed., (Keats Publishing; CT), p. 126.)

 

Pengamal vegetarian berkeyakinan mereka boleh memperoleh vitamin B12 dari alga, tempeh dan ragi (brewer’s yeast). Sebahagian mereka membanyakkan pengambilam spirulina dan tempeh untuk memperolehinya. Kesemua amalan ini adalah sia-sia belaka kerana kajian menunjukkan pengambilan bahan-bahan ini tidak meningkatkan kadar vitamin B12 sedikit pun dalam badan seseorang. (Scheer, James. Health Freedom News, (Monrovia, CA), March 1991, p. 7)

  

Di samping itu, pengamal vegetarian juga mudah mengalami kekurangan omega-3. Secara dasarnya badan kita memerlukan omega-3 dan omega-6 secara seimbang. Kedua-duanya ialah asid-asid lemak yang penting untuk kesihatan manusia. Antara asid lemak yang perlu diambil dalam bentuk makanan (kerana ia tidak dikeluarkan oleh badan manusia) ialah asid linolenik atau linolenic acid (salah satu bentuk omega-3) dan asid linoleik atau linoleic acid (salah satu bentuk omega-6). Sayur-sayuran mengandungi banyak asid linoleik (omega-6) tetapi sebaliknya kebanyakan asid linolenik (omega-3) perlu diperolehi dari produk-produk berasas haiwan terutamanya ikan dan telur. Tidak dinafikan, asid linolenik (omega-3) juga boleh diperolehi dari sayur-sayuran hijau (dark green leafy vegetables) dan biji-bijian sempurna (whole grains) tetapi kadarnya teramat rendah. Oleh kerana sayur-sayuran dan herba mengandungi lebih banyak asid lemak omega-6, mereka yang hanya memakan sayur akan memperolehi omega-6 secara yang berlebihan berbanding omega-3. Kadar asid lemak omega-3 yang rendah akan melemahkan sistem pertahanan badan di samping meningkatkan risiko seseorang menghidap kanser. Kadar asid lemak omega-6 yang tinggi pula meningkatkan risiko seseorang mendapat sakit jantung. (Horrobin, DF. Reviews in Pure and Applied Pharmacological Sciences, vol 4 (Freund Publishing House; 1983), pp. 339-383; Harmon, D. et. al., Jnl of Amer Geriat Soc, 1976 24:1: pp. 292-298; Meerson, Z, et al., Bulletin Exper Biol Med, 1983 96:9: pp. 70-71)

 

Tambahan dari itu kajian menunjukkan omega-6, walaupun berlebihan di dalam darah seseorang, tidak akan bertukar menjadi omega-3, tidak seperti mana yang dijangkakan oleh pengamal-pengamal vegetarian.........................

 

Untuk membaca artikel ini sepenuhnya dapatkan Majalah i terbitan Karangkraf

(DIMUATKAN DALAM MAJALAH-i BULAN JANUARI, 2006)

 

Nukilan Dr. Danial Zainal Abidin, (M.B.Ch.B. Universiti Alexandria)

Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,

Pengamal Perubatan Selama 20 Tahun,

Motivator Mutiara FM (Radio Pulau Pinang) Selama 10 Tahun,

Penulis 10 buah buku, Kolumnis Majalah i.

WeB:    http://formulacemerlang.com/

 

SUDAHKAH ANDA MENDAPAT BUKU-BUKU TULISAN DR DANIAL? BUKU BELIAU 'TIP-TIP CEMERLANG DARI QURAN' MERUPAKAN 'TOP 10' RANGKAIAN POPULAR BOOKSTORE. SILA RUJUK:

http://www.popular.com.my/index.jsp?cid=4&page=0&rid=-1


 



///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke